PANDUAN MENANAM LIMAU NIPIS

 

 

Pengenalan

Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan.  Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat.  Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.  Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

CARA-CARA MENANAM

Membiak:

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut.  Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam:

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m.  Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama.  Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.

Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m.  Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.  Siram sejurus selepas menanam.  Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.

Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu.  Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

Cantasan:

Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

Kawalan Rumpai

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok.  Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai

PENJAGAAN

Pembajaan

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-

  • Baja tumbesar        :    NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja untuk buah     :    NPK Mg (12:12:17:2)

Baja ditabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.  Kadar dan masa membaja adalah seperti berikut:-

Umur Pokok
(tahun)
Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa
1 Tumbesar 0.3  ) 3 kali setahun
2   0.5  ) *Permulaan musim hujan
3   1.0  ) *4-5 bulan kemudian
       ) *sebelum musim kering
       
4 Baja Buah 1.5  ) 2 kali setahun
5   1.8  ) *Permulaan musim hujan
       ) *4-5 bulan kemudian iaitu
       )  selepas mengutip hasil
6   2.3  
Ke atas   2.5  


HASIL

Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut.  Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.

Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

 [ke Laman Utama]   [ ke belakang ]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 11:14:23 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.