|
PANDUAN MENANAM PANDAN
Pengenalan
Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke
atas. Daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung.
Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung. Sejenis tumbuhan
yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan
pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke
rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.
Penyediaan Tanah
Pokok ini boleh membiak melalui akar
dan anak pokok. Sediakan lubang berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm.
Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam
lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.
Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan
campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut
sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan
tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.
Penjagaan
Siram anak pokok apabila perlu.
Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok. Tabur baja NPK
(21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm/pokok bagi
tanaman seperti di sekitar rumah.
Tiada perosak dan penyakit serius
menyerang pokok pandan. Daun pandan boleh dipetik selepas 12 bulan
ditanam.
Rantaian
laman web mengenai pandan
Di bawah diturunkan tapak-tapak web mengenai tanaman pandan, jenis-jenis pandan
dan fungsinya. Sila klik
pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
|