Pegaga yang nama
saintifiknya Centella Asiatica adalah dari keluarga Umbelliferae / Apiacea.
Ia adalah sejenis herba merayap yang kecil, semusim, daunnya panjang, berbentuk
ginjal dan bulat di hujung. Tekstur daun licin dan tangkal daun panjang
(lebih kurang 20 cm). Batangnya jenis merayap (stolons), bewarna hijau
kemerahan, melilit antara satu sama lain. Bunganya berwarna merah jambu
kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat berhampiran dengan
permukaan bumi. Setiap bunga dilitupi oleh 2 'bracts' berwarna hijau.
Bunga jenis 'hermaphrodite', kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai
5 stamen dan 2 style. Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus
ke bawah. Rizom berwarna kekuningan dan diselaputi dengan rerambut.
Seluruh pokok digunakan sama ada untuk tujuan perubatan ulam atau dimasak gulai.
KEPERLUAN TANAH
Pegaga sesuai ditanam di tanah jenis lom dengan kandungan bahan organik yang tinggi.
JENIS-JENIS PEGAGA
Jenis-jenis pegaga yang terdapat pada masa kini adalah pegaga biasa (pegaga ubi), pegaga salad dan
pegaga nyonya (kerinting).
PENGAIRAN
Pengairan adalah
penting terutama sekali jika pegaga ditanam di kawasan terbuka.
PENANAMAN
Pegaga ditanam
dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20 cm x 20 cm. Ia
mudah dibiakkan secara aseksual menggunakan rizom / batang rayap dengan
sekurang-kurangnya 2 nodus. Walaupun ia boleh tumbuh dibawah cahaya
matahari tetapi kebanyakan jenis pegaga perlu kawasan yang redup dan tanah
lembap.
Jadual tanaman pegaga bagi jarak 0.2m x 0.2m
|
Kepadatan tanaman
sehektar (pokok) |
Keperluan
benih sehektar |
Masa membaja |
Jenis baja |
Kadar baja
sehektar |
Umur mula
berhasil (bulan) |
Tempoh
pengeluaran hasil |
Anggaran
hasil sehektar |
160,000 rumpun
|
160,000 anak pokok |
1
MST
Setiap 2 minggu |
Tahi ayam
15:15:15 |
3-5 mt
500 kg
|
80-90 hari
|
60-70 hari
|
18-22 mt
|
Nota: MST - Minggu sebelum tuai
PEMBAJAAN
Baja organik (tahi
ayam) pada kadar 5.0 tan / hektar digaulkan ke dalam tanah sebelum menanam.
Baja hydro 16:16:16 kg / pokok dengan kadar 500 kg per hektar dibubuh setiap 2
minggu.
PENUAIAN
Pegaga boleh
dituai mengikut umur matang iaitu dalam lingkungan 60-90 hari. Semasa
menuai, tanah dilonggarkan dahulu dengan menggunakan tangan sebelum pokok
dicabut atau dipotong sahaja pokok dan tinggalkan akarnya kerana ia boleh diguna
semula.
RANTAIAN LAMAN MENGENAI PEGAGA