|
PANDUAN MENANAM PISANG - MUSA PARADISIACA L.
(Tanaman Jangka Pendek dan
Sederhana) Sila klik pada
tajuk-tajuk di bawah:-
PENGENALAN:
Nama saintifik : Musa paradisiaca L.
Nama tempatan : Pisang
Keluarga :
Musaceae
Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla
dan M. balbisiana Colla. Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses
menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah
koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli,
serbuk, minuman dan juga cuka. Pemerosesan buah pisang di peringkat matang
terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.
VARIETI PISANG
Terdapat beberapa jenis pisang iaitu:-
-
Pisang Berangan
Mula mendapat pasaran meluas. Kebanyakan memilih berangan sebagai makanan
pisang segar. Berat setandan ialah 12-22 kg, mempunyai 8-12 sisir dengan
setiap sisir mempunyai 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 12-18 cm
dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. Buah bersaiz sederhana hingga besar,
berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulitnya
agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah
dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan
manis rasanya.
-
Pisang Mas
Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5-9 sisir setandan dan 14-18 jejari bagi
setiap sisir. Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat.
Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan. Isi pejal, berwarna kuning
keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis.
(Pisang Mas dari
Wikipedia- klik).
-
Pisang Cavendish
Mula diusahakan secara komersil dan kebanyakan hasilnya dieksport. Jenama
dagangan seperti Gros Michel, Grand Naine dan lain-lain terkenal di Filipina
atau Australia. Di Malaysia, jenama seperti Montel, Comel, Cabana atau Sun
King Banana juga merupakan kultivar Cavendish. Berat setandan ialah 25-40
kg dan mempunyai 15-25 sisir bagi setiap tandan. Jejari berukuran diantara 15-22
cm panjang dan garis pusat 3.5 - 4.0 cm. Kulit buah adalah tebal dan mudah
tanggal dari sisirnya. Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan
lembut, berbau wangi dan manis rasanya.
-
Pisang Embun
Ditanam untuk hidangan segar. Berat setandan antara 20-40 kg dan mempunyai
10-25 sisir bagi setiap tandan dan 14-25 jejari bagi setiap sisir. Panjang
jejari ialah 15-20 cm dan besar diantara 3.5 - 4.0 cm garis pusat. Kulit
buah licin dan berwarna kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna krim,
sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis.
(Pisang Embun dari Wikipedia - klik).
-
Pisang Rastali
Digemari sebagai pisang sajian segar. Berat setandan antara 10-18 kg
dengan 5-9 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12-16 jejari.
Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah sangat nipis
tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak. Isi buah
lembut dan berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat
jika belum masak sepenuhnya.
-
Pisang Lang
Sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi
setiap tandan dengan 7-10 jejari bagi setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm
panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah
masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak
digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
-
Pisang Nipah
Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan
12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari
diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan
padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi
berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya.
Pisang nipah juga disebut pisang kapok.
(Pisang Nipah dari Wikipedia
- klik).
-
Pisang Raja
Boleh dimakan segar atau dimasak untuk sajian. Berat setandan ialah 10-15
kg dengan 6-9 sisir dan setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari
15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah tebal, berwarna kuning setelah
masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim oren dan bertekstur kasar.
-
Pisang Nangka
Berat setandan 12-14 kg dan mempunyai 6-8 sisir. Setiap sisir mempunyai
14-24 jejari. Jejarinya bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana
hingga besar. Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam
sedikit rasanya. Pisang nangka tahan disimpan.
-
Pisang Awak
Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat setandan
18-22 kg dan mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir mempunyai 10-16 jejari.
Panjang jejari ialah 10-15 cm dan besarnya 3-5 cm garis pusat. Kulitnya
tebal dan isinya putih keras dan melekit. Kadangkala kultivar ini
mempunyai biji.
-
Pisang Putar
Pisang Putar dari
Wikipedia - klik.
Pisang Serendah
Pisang Nipah dari
Wikipedia - klik.
Pisang Tanduk
Pisang Nipah dari
Wikipedia - klik.
Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti
Pisang berangan, Cavendish dan Rastali. Pisang yang biasa di masak atau
diproses adalah seperti pisang Nangka, pisang Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah
dan pisang Awak.
PANDUAN MENANAM :
Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman
pisang. Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta
rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC
sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang
negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah
peroi sesuai untuk pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga
beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah
yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan
batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan
cahaya yang terbuka. Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan
berlarutan dan pokok bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan
berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang
berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. Tiupan angin turut
mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan
mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah. Penanaman pisang tidak
digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.
Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-
Sulur Dara
Sulur Pedang
Sulur Payung |
- Akar akar sudah
terbentuk
- Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
- Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah. |
Sistem Penanaman:
-
Tanaman Tunggal
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan.
Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar.
Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
-
Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan
durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman
utama. Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900
pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan
juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2
kaki). Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja
fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.
Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau
dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan
sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali
sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan
pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem
kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan
kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini,
hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu
generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada
3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali
sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah
dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja
pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.
Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm)
dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah
seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem
berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang
mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam
sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga
iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
Program Pembajaan Tanaman Pisang
Bulan
selepas
tanam |
Jenis baja |
Pisang Mas
Kadar pembajaan
(g/pokok) |
Pisang
Berangan, Rastani, Cavendish
(g/pokok) |
|
Semasa tanam |
CIRP
8:8:8
GML |
100
60
100 |
100
60
60 |
|
1
2
3
4
5
6
9 |
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15 |
60
100
100
150
150
100
50 |
100
150
150
150
150
75
250 |
|
12 |
!2:12:17:2
15:15:15 |
150
- |
-
250 |
|
13
!5 |
GML
15:15:15 |
1000
150 |
1000
200 |
|
18 |
12:12:17:2
15:15:15 |
180
- |
-
250 |
|
21 |
12:12:17:2
15:15:15:
MOP |
180
-
50 |
-
300
100 |
|
24 |
12:12:17:2
15:15:15 |
180
- |
-
400 |
CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate
MOP - Muriate of Potash
GML - Ground Magnesium Limestone
Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air di antara 1500-2500
mm/tahun atau 8-12 liter sehari.
Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air
dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan
untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh
dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang
boleh menguntungkan. Namun begitu tanaman pisang dikatakan tidak dapat
bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24 jam.
Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan
menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan
mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan
peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu
sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi
pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual
iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8
bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara
pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada
aras tanah.
Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan
pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu
dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh
untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang
tidak dapat menampung buah yang berat.
Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan
membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga
pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak
buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya
pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.
Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat
kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi
kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh
penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.
Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan
buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung
anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12
minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang
kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara
sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas
di tanah.
PENYAKIT TANAMAN PISANG:
-
Bintik-bintik Daun atau Penyakit Sigatoka
Bintik-bintik daun atau sigatoka kuning adalah disebabkan oleh kulat
Mycosphaerella musicola atau Cercospora musae (peringkat konodia) manakala
Mycosphaerella fijinensis pula dikenali sebagai Sigatoka hitam. Kulat ini
senang membiak di kawasan yang lembab dan mempunyai sistem saliran yang kurang
baik. Keadaan taburan hujan yang tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat
ini. Serangan berlaku pada daun yang matang. Daun akan menjadi
perang dan kering dan dari jauh pokok kelihatan seperti terbakar.
Serangan teruk pada peringkat pokok pisang sedang berbuah menyebabkan bilangan
daun atau keluasan daun hijau yang berfungsi berkurangan seterusnya
mengakibatkan saiz buah dan bilangan sisir buah berkurangan. Buah muda
tidak akan masak dan buah yang matang akan masak lebih awal dan mutunya
terjejas. Serangan pada peringkat pokok muda boleh mengakibatkan pokok
akan mati.
Syor Kawalan:
- ladang hendaklah bersih dan mempunyai saliran yang sempurna.
- buang sulur yang tidak dikehendaki dan daun yang diserang Sigatoka.
- pembajaan dilakukan dengan secukupnya.
- sembur racun kimia yang disyorkan setiap 10 hari sekali.
- racun kulat yang digunakan adalah mancozeb, benomyl, tridemorph,
propiconazole,
maneb dan thiophnate-methyl. Sedikit campuran minyak seperti Orchex
dicampurkan
dalam bancuhan boleh membantu melanjutkan kekesanan racun kulat tersebut.
-
Penyakit Layu Panama
Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium f.sp. cubense ras no. 1
yang mudah menyerang pada pisang Rastali dan Embun. Pisang Emas dan
Berangan rintang terhadap penyakit ini. Kulat ini akan memasuki akar
pisang melalui tebukan dan kerosakan bermula disebabkan serangan nematod atau
luka pada bahagian akar. Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam
saluran sistem pemakanan pisang tersebut terutama di bahagian umbisi.
Akibatnya saluran makanan tersumbat dan mengganggu pengaliran air dan zat
makanan.
Tanda-tanda serangan pada peringkat pokok muda ialah pucuknya yang masih
bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk juga akan
kelihatan kekuningan dan disamping itu daun-daun lain kelihatan patah terkulai.
Tandan buah juga menghadapi masalah yang sama dan kering. Pokok-pokok yang
diserang selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.
Syor dan Kawalan:
- kebersihan kebun hendaklah sentiasa dijaga.
- gunakan sulur yang sihat dan tanam mengikut jarak yang disyorkan.
- sistem saliran kebun yang baik.
- setakat ini belum ada kawalan kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini.
- pokok yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan dengan segera.
-
Penyakit Moko Pisang
Sila lunsur
di sini untuk penerangan mengenai penyakit tersebut. (klik)!
PEROSAK TANAMAN PISANG:
Program kawalan
penyakit dan perosak hendaklah dijalankan dari peringkat awal
penanaman sehingga ke peringkat penuaian hasil. Kebersihan ladang,
cantasan daun berpenyakit dan tua, pembinaan saliran dan pembungkusan
tandan buah adalah aktiviti yang perlu dijalankan bagi mengurangkan kos
kawalan penyakit dan perosak. Antara penyakit utama yang menyerang pisang
ialah Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella sp), Penyakit Layu Panama
(Fusarium oxysporium) dan Penyakit Bintik Daun Cordana (Cordana musae).
Manakala perosak utama tanaman adalah Pengorek Umbisi Pisang
(Cosmopolites sordidus germ), Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odoiporus
longgicolis, Oliv, Ulat Gulung Daun (Erionate thrax) dan ialah lalat Buah
(Bactocera musae).
-
Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus Germ)
Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran
dengan tanah. Ia tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling
lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Serangan teruk
menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur
bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika
serangannya merebak sehingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan
mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.
Kawalan:
Cara Kultura:
Guna sulur yang sihat sahaja sebagai bahan tanaman. Jalankan rawatan
dengan cara memotong di sekeliling umbisi dan celup dalam air panas bersuhu 55oC
selama 5-10 minit.
Pemasangan Perangkap
Batang pisang tua yang dipotong-potong 2-3 kaki dibelah dan ditelungkupkan.
Kumbang-kumbang akan bersembunyi di bawah belahan batang pisang tersebut.
Pungut kumbang tersebut dan musnahkan.
Cara Kimia
Siram dengan bancuhan racun Dieidrin pada kadar 0.1% a.i. di pangkal pokok
pisang yang diserang dan permukaan rhizom yang dipotong ketika membuang sulur.
Celupkan sulur-sulur ke dalam larutan bancuhan racun Dieldrin dengan kadar 0.1%
a.i.
-
Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odolporus longicollis Oliv)
Menyerang dengan memakan tisu-tisu batang pisang dan bahagian tengah batang
membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna
coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah
apabila ditIup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan
kerosakan.
Syor dan Kawalan:
- buang dan musnahkan semua batang-batang yang ditebang dan sulur yang diserang
- tanam sulur-sulur yang bebas dari serangan perosak ini
- sembur racun serangga Dieldrin dengan kepekatan 0.1% pada pangkal batang
pisang yang diserang
-
Ulat Gulung Daun (Erionota thrax)
Selalu menyerang pada semua jenis pisang. Serangan teruk boleh
mengakibatkan daun menjadi kering dan pokok terencat. Serangga ini
bertelur sebiji-sebiji pada daun muda. Setelah menetas larvanya
bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya
cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang.
Ia menggulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang putih. Di
waktu siang ia bersembunyi di dalam gulungan daun. Jika gulungan daun ini
terbuka, larva atau kepompong akan terdedah. Daun yang bergulung akhirnya
kering dan tidak berfungsi.
Syor-syor Kawalan:
- pungut dan musnahkan larva
- serangga pemangsa semulajadi atau parasit dapat memusnahkan telur serangga
-
Lalat Buah
Menyerang buah yang masak. Larvanya akan merosakkan buah dan tidak boleh
disimpan lama dan dipasarkan. Tanda-tanda buah yang telah diserang apabila
masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor
semasa lalat buah dewasa bertelur.
-
Nematoda
Menyerang pada bahagian akar pisang. Biasanyanya berlaku pada tanaman
pisang generasi kedua. Kerosakan lebih lazim berlaku di tanah peroi
daripada di tanah berat. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam.
berbintil-bintil dan pecah terutama dekat bahagian umbisi dan menjadi reput.
Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan
kekurangan air. Pokok yang belum berbuah bahagian tepi daun kelihatan
kering manakala pokok yang berbuah serangannya mengakibatkan saiz tandan kecil,
buahnya kering dan menjadi keras serta hitam semasa muda lagi. Pokok yang
diserang ini mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium
oxysporium yang akan menambahkan lagi kerosakan pada akar seterusnya pokok
pisang akan mati.
Syor Kawalan:
- gunakan sulur yang sihat, bersihkan akar-akar umbisi dan lakukan rawatan
dengan merendam
dalam air bersuhu 55oC selama 10 minit.
- musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang
nematod.
- tabur dengan racun kimia bagi kawalan nematod seperti Fenamiphos dengan kadar
20g/pokok
atau Carbofuran (Furadan 3G) dengan kadar 100g/pokok, kekerapan menabur 4
kali setahun.
- semua buah pisang hendaklah dibungkus dengan plastik pada peringkat muda.
Masa yang sesuai
pembungkusan ialah setelah buah sisir terakhir terbentuk dianggarkan
10-14 hari selepas berjantung.
Potong jantung dan biarkan lelehan getahnya kering, semburkan racun
klorpirifos pada kadar 0.04%
a.i. untuk mengawal kutu trip dan bungkus dengan plastik yang telah
dilubangkan.
-
Kutu Trips
Apabila populasinya tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit
pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang
terganggu.
Syor kawalan:
suntikan racun serangga seperti klopirifos dengan kadar 0.1% a.i., diazinon
dengan kadar 0.1% a.i. atau deltamethrin dengan kadar 0.1% a.i. pada jantung
pisang.
-
Rumpai
Kawalan rumpai dilakukan dengan cara manual (menggunakan cangkul, tajak atau
mesin sandang) atau kimia. Sungkupan dengan menutupkan kawasan keliling
pokok pisang yang menggunakan lalang, rumput kering, batang dan daun pisang
boleh juga mengawal rumpai. Secara kimia rumpai dikawal dengan racun
seperti paraquat, glifosat dan glufisonat-ammonium.
INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG
|
Indeks 1 - |
Hijau tua keseluruhan.
Buah belum matang untuk dituai. |
Indeks 2 -
|
Hijau dengan sedikit
kuning. Buah matang, sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh
menggunakan kapal laut. |
Indeks 3 -
|
Lebih hijau daripada
kuning. Buah matang, tidak sesuai dituai untuk penghantaran jauh
menggunakan kapal laut. |
|
Indeks 4 - |
Lebih kuning daripada
hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran
tempatan. |
Indeks 5 -
|
Kuning dengan sedikit hijau
pada hujung buah. Buah masak, hanya sesuai untuk pasaran
tempatan. |
Indeks 6 -
|
Kuning keseluruhan.
Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat
terbaik untuk dimakan segar. |
Indeks 7 -
|
Kuning jingga. Buah
terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka
hayat amat singkat. |
Hasil pisang bergantung pada pemilihan kawasan, kultivar, pengurusan di ladang
sehinggalah siap pembungkusan dibuat. Faktor cuaca yang sesuai dan tanah
yang subur juga menyumbangkan pengeluaran yang menguntungkan.
Anggaran Hasil Tanaman Pisang
|
Jenis Pisang |
Jarak Tanaman |
Bil.Pokok Sehektar |
Hasil/Pokok (kg) |
Jumlah |
Hasil Sehektar (MT) |
| |
|
|
Pokok Induk |
Ratun 1 |
Ratun 2 |
|
Berangan
Mas
Rastali
Cavendish |
3 m x 3 m
2.5 m x 2.5 m
3 m x 3 m
3 m x 3 m |
1,100
1,600
1,100
1,100 |
22
12
18
40 |
18
10
15
32 |
12
8
10
25 |
52
30
45
97 |
52
43
45
95 |
Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah
berakhir. Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan
sempurna. Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti
saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang
tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.
Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari
yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah
muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi. Pada hujung jejari buah
matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah tertanggal tetapi
benang sari buah muda berwarna hijau. Buah matang tua berwarna hijau
kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat.
Penuaian buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula
pengeluaran jantung.
Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu
dilakukan dengan menakik batang pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah
tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah
dengan keadaan tandan tergantung. Bagi pisang jenis besar seperti Embun
dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang
pokok dan seorang lagi menyambut buah. Apabila pokok telah ditebang, buah
disambut oleh salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan
span. Tangkai tandan kemudiannya dipotong.
Peringkat Pembesaran Buah Pisang
|
Jenis Pisang |
Umur Pokok Pisang
Selepas Tanam |
| |
Keluar Jantung |
Pembentukan Sisir
Akhir |
Peringkat Buah Matang |
|
1. Berangan
2. Mas
3. Rastali
4. Cavendish |
9 bulan
6 bulan
9 bulan
9 bulan |
10 bulan
6 1/2 bulan
10 bulan
10 bulan |
12 bulan
8 bulan
12 bulan
13 bulan |
Penuaian Buah Mengikut Umur Kematangan
|
Kultivar |
Tarikh Penuaian
(minggu selepas berjantung) |
|
1. Cavendish
2. Mas
3. Berangan
4. Embun
5. Rastali
6. Nangka
7. Tanduk
8. Awak |
20-23
7-9
11-14
12_15
11_13
22
20
9 |
|
|
|
|
ALAT MEMBUNGKUS BUAH PISANG
(sumber: Berita Pertanian Bil.
57 Jul-Dis 1998)
Alat membungkus
buah pisang adalah satu teknologi yang direka khas bertujuan untuk memudahkan
kerja-kerja pembungkusan tandan buah pisang di ladang. Alat ini dapat
meningkatkan kecekapan pembungkusan dan membolehkan pekebun melaksanakan kerja
dengan mudah, cepat dan selamat serta menjimatkan tenaga, masa dan kos.
Dengan penggunaan
alat ini, kerja-kerja pembungkusan buah pisang dapat dilakukan oleh seorang
pekebun sahaja. Pekebun tidak memerlukan tangga, bangku, kotak kayu atau
tong besi untuk mencapai tandan pisang yang tinggi. Cara lama didapati
merumitkan, mengambil masa, cerewet malah merbahaya kepada pekebun. Alat ini
terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rangka, galah dan rak.
|
|
 |
|
dari jarak dekat |
|
|
 |
 |
|
Alat kelengkapan yang diperlukan |
caranya senang, cepat dan selamat |
Rangka:
Rangka berbentuk U
diperbuat daripada keluli yang tahan karat, kuat dan ringan. Saiz rangka
dibuat mengikut saiz beg yang digunakan. Rangka bersaiz 36 cm x 36 cm
adalah sesuai untuk beg 75 cm lebar (berlapis dua) dan rangka 40 cm x 40 cm
untuk beg berukuran 83 cm lebar. Beg biasa berukuran 120 cm panjang, 0.02
mm tebal, berwarna biru dan terdapat lubang-lubang kecil di seluruh permukaan
beg. Rangka ini akan disambung kepada galah dengan sistem kunci skru.
Galah:
Batang galah
diperbuat daripada aluminium yang tahan karat; kuat dan ringan. Ia
berbentuk seperti teropong. Ia terdiri daripada tiga bahagian dan setiap
bahagian berukuran 134 cm. Ia boleh dipanjangkan sehingga 4 meter.
Hujung galah ini dipasang dengan sebatang skru besi untuk menyambung kunci skru
yang ada pada rangka. Sistem kunci skru ini membolehkan galah aluminium
digunakan sebagai alat serbaguna untuk menyambung pelbagai alat serbaguna untuk
menyambung pelbagai alat-alat pertanian seperti pisau mencantas, gergaji dan
lain-lain.
Rak:
Rak dibuat
daripada besi dan berukuran 85 cm panjang. Di bahagian bawah berbentuk
tajam dan bahagian atas berbentuk seperti sepasang tanduk. Rak ini dibenam
ke dalam tanah dan bahagian atasnya digunakan untuk menyokong alat bagi memasang
beg politena pada rangka. Alat ini mampu digunakan oleh seorang pekebun
untuk membungkus 150 sehingga 180 tandan buah pisang sehari bergantung kepada
jarak tanaman, permukaan tanah dan kemahiran pekebun.
BAGAIMANA MENGELAKKAN PISANG AWAK BERBIJI
(sumber: Suara KPW Oktober
1993)
Bagi mengelakkan
Pisang Awak Biji dari berbiji, persediaan anak benih pisang sebelum menanam
adalah mustahak. Sulur pokok pisang yang dipilih mestilah dibuang akarnya
sehingga habis terlebih dahulu. Dengan menanam sulur pisang yang tidak
berakar, pokok pisang ini tidak akan mengeluarkan buah yang berbiji.
ALAT KHAS PENGGALI ANAK PISANG
Alat ini merupakan
'penggali mata leper' yang dibuat sedikit pengubahsuaian dengan menambahkan alat
pemijak bebas (boleh berpusing) ke atasnya mengikut kehendak pengguna.
|
Cara
Penggunaan:
Pilih anak pisang yang
hendak digali dan sesuaikan alat pemijaknya. Tekan dengan
sebelah kaki pada alat pemijak sehingga mata penggali masuk ke dalam
tanah dan memotong umbisi pisang. Cungkil keluar anak pisang
yang telah terpotong itu dengan cara menolak batang penggali ke kiri
atau ke kanan.
Kelebihan Penggunaan Alat Ini:
Mudah,
cepat dan berkesan tanpa memudaratkan anak pisang. Kepunyaan
menggali bergantung kepada tenaga seseeorang. Purata keupayaan
menggali dianggarkan antara 150-180 pokok seorang (bergantung kepada
jarak tanaman). Anggaran harga se unit diantara RM30-40
(1993). |
|

Alat ini telah dicipta oleh Cawangan
Kejenteraan Pertanian, Ayer Hitam, Johor pada tahun 1993 |
MESIN PENGHIRIS PISANG (UNTUK MEMBUAT KEREPEK PISANG)
Alat ini mula
direka pada tahun 1996 oleh sepasukan jurutera dari Bahagian Kejuruteraan
Pertanian, Jabatan Pertanian. Konsep rekacipta ialah menghasilkan sebuah
mesin yang boleh menghiris pisang dengan cepat, menghiris secara menegak /
mendada, ketebalan hirisan yang sekata dan terus digoreng. Mesin ini
terdiri daripada komponen seperti berikut:-

Dicipta pada tahun 1996 oleh Bahagian
Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian |
-
Kerangka badan
Diperbuat dari keluli tahan karat. Berfungsi untuk mengawal hirisan pisang
supaya jatuh terus ke dalam kuali.
-
Cakera pemotong
Berukuran 300 mm garispusat, diperbuat daripada keluli tahan karat dan dipasang
dengan dua bilah pisau penghiris berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada
keluli tahan karat. Tebal pisau penghiris ini 1.5 mm menghasilkan
ketebalan hirisan 1.5 mm berpusing dengan kelajuan 230 rpm. Di bahagian
atas cakera pemotong terdapat kepingan keluli tahan karat yang dipasang dua
bentuk acuan pisang. Salah satunya berbentuk memanjang untuk menghasilkan
hirisan memanjang dan yang lainnya berbentuk bulat untuk menghasilkan kerepek
pisang berbentuk bulat.
-
Penutup
Berbentuk Corong
Diperbuat dari keluli tahan karat adalah dipasang untuk menutupi bahagian cakera
pemotong. Ia juga berfungsi untuk mengawal hirisan pisang supaya jatuh
terus ke dalam kuah.
|
-
Pemacu Kuasa
Sebuah motor elektrik 0.5 kk yang berpusing dengan kelajuan 1410 pusingan
seminit (psm).
-
Sistem
transmisi
Terdiri daripada kombinasi talisawat dan takal dengan nisbah 2:12. Kuasa
daripada mepacu dapat memusingkan cakera pemotong dengan lejuan 230 psm.
-
Kuali
Berukuran 750 mm garispusat dan sebuah dapur gas ditempatkan di bahagian bawah
cakera pemotong supaya hirisan pisang boleh digoreng secara terus.
-
Saiz Mesin
800 x 500 x 1500 mm dan berat keseluruhannya ialah kira-kira 90 kg.
Operasi Mesin Menghiris Pisang
Mesin ini boleh
menghiris pisang dengan dua bentuk hirisan iaitu bentuk memanjang atau bulatan
bergantung kepada saiz buah pisang. Biasanya, kerepek pisang nipah
dihasilkan dalam bentuk hirisan memanjang kerana saiz buahnya kecil, manakala
kerepek pisang tanduk dihasilkan dalam bentuk hirisan bulat kerana saiz buahnya
besar. Kuali pengoreng diletakkan di bawah cakera pemotong supaya hirisan
yang telah dipotong jatuh terus ke dalam kualti untuk digoreng.
Kos Mesin
Kos keseluruhan
pembinaan mesin penghiris pisang ini ialah RM1,700.00 dimana kos bahan ialah
RM1,300.00 dan kos upah sebanyak RM400.00
(kos pada tahun 1996).
Faedah:
- Dapat mengurangkan kos operasi
- enjimatkan masa
- Meningkatkan hasil kerja
- Dapat meningkatkan tahap kepuasan hasil pelanggan.
|