|
PANDUAN
MENANAM SALAK
Dua jenis salak yang dimajukan secara komersil pada masa ini ialah salak
tempatan (Salacca glabrescens Griff) dan salak Indonesia (Salacca edulis Reinw).
Di antara salak tempatan yang popular ialah salak raja, salak belulang, salak
nangka dan salak kesumba. Salak Indonesia yang popular di sini terdiri daripada
salak medan dan salak bali.
Dari segi mutu, salak Indoneisa adalah teknologi penanaman salak perlu diberi
perhatian:
PENDEBUNGAAN
Bagi salak tempatan, pendebugaan boleh berlaku melalui angin dan serangga.Ini
berbeza dengan salak Indonesia yang memerlukan pendebugaan berbantu kerana tidak
banyak spesies serangga yang tertarik dengan debunganya. Bagi pegeluaran secara
komersil, pendebugaan berbantu adalah digalakkan untuk pegeluaran hasil yang
lebih tinggi.
NAUNGAN
Pokok salak memerlukan naungan yang berbeza megikut peringkat pertumbuhan pokok.
Pada peringkat awal pertumbuhannya, pokok salak memerlukan 70-80 % naungan
tetapi apabila pokok telah matang, ianya memerlukan 40-50 % naungan sahaja.
SISTEM PENANAMAN
Sistem penanaman dan jarak tanaman bergantung kepada jenis lindungan dan tahap
kesuburan tanah. Bagi sistem tanaman yang disyorkan ialah 6 m X 3 m dengan
menggunakan pokok Gliricidia sebagai pokok pelindung.
TANAH
Salak sangat sesuai ditanam pada tanah lom berlempung yang tinggi kandungan
bahan organik, bersaliran baik dan kecuraman permukaan tanah kurang daripada 10
%. Penanaman juga sesuai dikebanyakan jenis tanah mineral, tetapi memerlukan
penyelenggaraan yang lebih rapat terutama dari segi pembajaan dan naungan.
PEMBIAKAN
Satu masalah utama dalam industri tanaman salak ialah pembiakan. Penanaman
menggunakan biji benih akan menghasilkan nisbah pokok jantan dan betina yang
tidak menentu dan mutu buah yang tidak seragam. Kajian menunjukkan bahawa
penanaman salak tempatan dengan menggunakan biji benih akan menghasilkan 50%
pokok betina. Penyelidikan sedang dijadikan oleh MARDI untuk menggunakan kaedah
pembiakan tampang.
Pembiakan tampang dapat menjamin mutu buah salak. Dengan itu masalah pokok
jantan tidak timbul. Di antara kaedah pembiakan tampang yang digunakan ialah
keratan batang salak, anak sulur dan teknik belah empat.
Daripada ketiga-tiga kaedah di atas, teknik penggunaan anak sulur lebih mudah dan
dapat menghasilkan anak sulur yang banyak. Menggunakan kaedah ini, setiap pokok
dapat mengeluarkan 2-10 sulur dan bilangan sulur dapat ditingkatkan sehingga
20-30 dengan mematikan pucuk pokok induk.
PEMANGKASAN
Dua kaedah pemangkasan perlu dijalankan dari masa ke masa; iaitu:-
-
pemangkasan pelepah untuk memudahkan pemetik buah serta mengawal
serangan musuh dan penyakit melalui pengudaraan.
-
pemangkasan anak sulur di peringkat awal pertumbuhan untuk
mengelakkannya daripada menyaingi pertumbuhan pokok induk. Pemangkasan juga akan
memudahkan kerja-kerja pengendalian dan penuaian apabila pokok salak mula
megeluarkan hasil. Ia paling sesuai dilakukan selepas musim menuai.
HASIL
Pokok salak mula megeluarkan hasil tiga tahun selepas ditanam di ladang. Hasil
akan bertambah dari tahun ke tahun dan mencapai 6-9 kg/pokok/tahun pada tahun ke
tujuh.
PEROSAK BUAH SALAK
Lihat
penyakit dan perosak buah salak di sini !
RANTAIAN LAMAN SALAK:
|