|
PANDUAN MENANAM SAWI
|
|
|
PENGENALAN
Nama saintifik: Brassica Sp.
Famili : Cruciferae
Nama tempatan: Sawi hijau/bunga, sawi putih, sawi jepun, sawi pahit.
Ada beberapa jenis sawi yang tergolong di bawah famili
Cruciferae ini. Jenis sawi yang popular ialah sawi hijau, sawi putih,
sawi jepun dan sawi pak choy. |
|
sawi hijau |
|
|
KULTIVAR YANG DISYORKAN
-
Sawi hijau / sawi
bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)
Jenis yang paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman
semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan
bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna
hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi
putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan
air atau hujan.
-
Sawi putih Pak
Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun
bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau.
Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta
tirus di bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika
dibanding dengan sawi hijau.
-
Sawi jepun Siow
Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang
dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga compact di bahagian
pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak prominent dan hujung
daun bulat.
-
Sawi pahit
(Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee) Jenis ini tumbuh cepat dan
mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih besar
dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya
diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh
dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.
PENYEDIAAN TANAH
Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan
kelembapan yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi
dan menjejaskan kualitinya. Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur
berjaring boleh mengatasi masalah ini. Tanah perlu dibajak dan
digembur sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5
m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
MENANAM
Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5 kg
biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat
dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan
ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari,
penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris
(alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Batas (7.5 x 1.2m) |
Kadar/Hektar (650 batas) |
|
1 |
sebelum menanam |
Baja organan |
6 kg |
4 tan |
|
2 |
2 minggu |
NPK 15:15:15 |
0.4 kg |
0.25 tan |
|
3 |
3 minggu |
NPK 15:15:15 |
0.5 0.4 kg |
0.25 tan |
PENGAIRAN
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam
musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai
dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun
glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-
Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw litura Sembur racun fenvalerate
Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph) Sembur racun malathion
Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilon Sembur racun fenvalerate
Ulat Pluttela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
Reput Lembtu (Erwinia carotovora) Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik.
Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)
Rawat biji benih dengan thiram
-
Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solani
Cabut dan buang pokok yang berpenyakit
-
Siput :
Siput panjang kecil
Siput panjang besar
Siput kacang
Siput leper kecil |
-
-
-
- |
makan daun dan anak pokok
makan daun dan anak pokok
makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar
makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar |
Kawalan secara kimia dengan menggunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.
Ikut label untuk kadar penggunaan yang berkesan. Kawalan kimia dilakukan
setelah batas sedia untuk ditanam sebelum biji benih sayur disemai.
Kawalan lain ialah secara kultur iaitu dengan mengadakan saliran yang baik
kerana tanah yang sangat basah akibat air bertakung atau batas yang rendah dan
bersebelahan parit yang bertakung menggalakkan serangan.
TEMPOH MENGUTIP HASIL:
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut
dengan memotong pada paras tanah. Hasilnya boleh juga dipungut apabila
pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16
tan/hektar dan hasil purata ialah 14 tan/hektar.
TEMPOH DILADANG MENGUTIP HASIL:
Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan:-
|
Jenis Racun |
|
Tempoh diladang kutip
(Bil hari) |
acephate
cypermethrin
carbaryl
chlorotalonil
dimethote
fenvalerate
mercaptodimethur
permethrin
profenofos
tptriazophos |
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- |
14
5
14
14
7
7
14
7
14
14 |
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Tanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk pasaran.
Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.
| Nutrien |
|
Tanda Kekurangan |
| Nitrogen |
- |
Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut |
| Fosforus |
- |
Pokok
terencat, daun kurang dan kecil, warna masih hijau. |
| Kalium |
- |
Tanda kekuningan bermula di tepi daun tua dan kemudiannya akan merebak. |
| Magnesium |
- |
Melibatkan daun tua di mana bahagian diantara urat daun kekuningan. Daun juga akan gugur. |
| Kalsium |
- |
Pucuk terbantut dan mati. |
| Sulfur |
- |
Simptom di daun muda dimana keseluruhan daun menjadi hijau muda dan kemudiannya hijau kekuningan. Daun juga melengkung (cupped). |
| Kuprum |
- |
Pertumbuhan daun muda terencat dan kekuningan berklorosis. |
| Zink |
- |
Kekuningan diantara bahagian urat daun muda. |
| Molibdenum |
- |
Daun tua berklorosis dan tepi daun akan kering. |
| Ferum |
- |
Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan keadaan ini akan merebak ke urat daun. Juga boleh merebak ke daun tua. |
| Mangan |
- |
Bintik kuning halus antara urat daun muda. |
| Boron |
- |
Pucuk kerekot dan batang menjadi pendek. |
KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL
Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh
juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan sehektar dan hasil purata ialah 14 tan / hektar.
Pengeluaran hasil adalah mengikut jenis sawi:-
Sawi hijau / bunga
Sawi putih
Sawi jepun
Sawi pahit |
14-16 tan/ha.
14-16 tan/ha.
12-14 tan/ha.
20-30 tan/ha. |
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
PROGRAM KERJA SEHEKTAR TANAMAN SAWI
|
Hari selepas tanam |
Gerak kerja |
Catatan |
|
- 4 |
Penyediaan tanah:
- Meracun rumpai dan tanaman sebelumnya.
- Pembajakan
- Penyediaan batas
- Pengapuran
- Baja asas.
|
Racun glufosinate-ammonium pada
kadar 0.5 kg/ha.
Ground magnesium limestone (GMK) pada kadar 5 tan sehektar
Tahi ayam pad kadar 3-5 tan sehektar. |
| - 2 |
Meracun pra-cambah |
Metalachlor |
| 0 |
Penanaman - biji benih ditabur
terus |
Kadar biji benih ialah 1.5 kg
sehektar |
| 6 |
Sembur baja daun
Kawalan kulat dan serangga |
Baja 15:15:6:4
Gunakan racun permethrin atau mancozen |
| 9 |
Membaja
Penjarangan pokok |
Baja 15:15:15 pada kadar 150 kg
sehektar
Kadar penjarangan ialah 10-15 cm |
14
|
Merumput
|
Secara
manual/glufosinate-ammonium pada kadar 0.5 kg sehektar dan gunakan alat
penyembur bertudung |
|
Menyembur baja daun |
Baja 15:15:6:4 |
|
Kawalan serangga dan
kulat |
Gunakan Bacillus thurengiensis.
Gunakan racun permethrin atau mancozeb. |
| 15 |
Membaja |
Baja 15:15:6:4 pada kadar 200 kg
sehektar |
| 20 |
Kawalan serangga dan kulat
Membaja |
Gunakan racun permethrin atau
mancozeb.
Baja 15:15:6:4 pada kadar 250 kg sehektar |
| 27 |
Memungut hasil |
|
RANTAIAN KE LAMAN SAWI
|