PANDUAN MENANAM SELOM

 


Pokok selom tumbuh meliar di atas paya

 

PENGENALAN

Selom (Oevanthe javanice) adalah dari keluarga Umbelliferae.  Ia merupakan sayuran ulam pembuka selera yang sangat digemari terutama oleh orang-orang Melayu.  Selom juga digunakan sebgai ramuan nasi ulam dan laksa.


MENANAM

Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar.  Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.


PEMBAJAAN

Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas
(7.5 x 1.2m)
Kadar/Hektar
(650 batas)
1 sebelum menanam Baja organan 6 kg 4 tan
2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 0.4 kg 0.25 tan



PENGUTIPAN HASIL

Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan  sehektar dan hasil purata ialah 14 tan / hektar.

PENGAIRAN

Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-

Jenis Serangga / Penyakit Kawalan
Ulat Ratus (Army Worm) (Spodopteraw litura) Sembur racun fenvalerate
Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph) Sembur racun malathion
Ulat Pangkas (Cut Worm) (Agrotis xpsilon) Sembur racun fenvalerate
Ulat Pluttela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thurintgiensis.
Amalkan tanaman giliran.
Reput Lembut (Erwinia carotovora) Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan
tentukan saliran yang baik.
Bintik Daun (Leaf Spot) (Cercospora spp.) Rawat biji benih dengan thiram
 Reput Daun (Leaf Rot) (Corticum solani) Cabut dan buang pokok yang berpenyakit

 [ke Laman Utama]   [ ke belakang ]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 11:23:27 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.