|
PENANAMAN KACANG
SOYA HIJAU MKS 2
PENDAHULUAN
Terdapat beberapa jenis kacang soya iaitu jenis Palmetto, Acadian, Improved Pelican dan CES 434.
Kacang soya hijau telah dikenalpasti sebagai tanaman yang berpotensi di Malaysia. Ia telah
ditanam dengan meluas di Jepun, Taiwan dan China. Lenggainya yang berwarna
hijau muda dimakan sebagai makanan ringan. Kacang soya hijau sangat kaya
dengan zat protein (12% daripada berat basah), vitamin, mineral dan faktor Omega
- 3. Di Malaysia, Varieti MKS 1 telah disyorkan sebagai varieti yang
sesuai untuk pengeluaran tempatan.
Ciri MKS 1
Ciri Am
Sifat pertumbuhan
Tinggi pokok
Tempoh kemunculan
Tempoh 50% berbunga
Tempoh matang |
:
:
:
:
:
|
tegak
70 cm
7 hari
40 hari
70 hari |
Ciri Batang
Batang
Tabiat cabang sisi |
:
:
|
Berbulu jarang
Ada / pendek menegak |
Ciri Daun
warna daun
Panjang daun
Lebar daun
Bentuk daun
Keadaan bulu pada daun |
:
:
:
:
:
|
Hijau
13.1 cm
8.6 cm
B8ujur
Hampir tidak berbulu |
Ciri Bunga dan Lenggai
Warna kelopak
Bilangan biji/lengga
Panjang lenggai
Lebar lenggai |
:
:
:
:
|
Ungu
Kebanyakan 2, kadangkala 1 atau 3
2-5.5 cm, 3-5.8 cm
1.3 cm |
Ciri Biji Segar
Warna biji
Berat biji |
:
:
|
Hijau
muda
50 gm / 100 biji |
HASIL DAN KEGUNAAN KACANG SOYA HIJAU
|
Bentuk Hasil |
Berat (ton / hektar) |
Kegunaan |
|
Keseluruhan pokok
Pokok tanpa lenggai
Pokok bersama lenggai tanpa daun
Lenggai hijau segar
Biji hijau segar |
25
18
10
7
4 |
Makanan ternakan
Makanan ternakan
Makanan manusia
Makanan manusia
Makanan manusia |
PENANAMAN
Penanamannya
memerlukan tanah yang berteksur baik (melainkan tanah pasir dalam) serta mempunyai daya pegangan air yang
baik. Elakkan menanam di kawasan air bertakung. Jenis tanah yang
amat sesuai ialah tanah jenis gembur sederhana dan tanah gembur padat. Suhu yang sesuai
adalah di antara 15-300 C dan mendapat hujan tahunan sebanyak 1,000
mm setahun. Sebelum menanam, tanah perlu dibajak dan disikat sehingga
menjadi peroi halus sedalam 22 cm. Tidak perlu membuat batas melainkan
penanaman air. pH tanah yang sesuai adalah diantara 6.0-6.5.
Kacang soya hijau
ditanam dengan menggunakan biji. Jarak tanaman yang sesuai ialah 50 cm di
antara baris dan 10 cm antara pokok di dalam baris. Ini memberikan
kepadatan tanaman 200,000 pokok / hektar. Biji benih perlu dirawat
terlebih dahulu sebelum menanam.
Varieti MKS 1
boleh dipungut hasilnya dalam tempoh 70-75 hari selepas menanam (bergantung
kepada iklim dan keadaan tanah). Jika lambat dipungut, biji akan menjadi
keras dan kualitinya menjadi rendah. Pokok dipotong pada paras 2 cm dari
tanah. Lenggai-lenggai diasingkan (untuk makanan manusia) dan pokok yang
telah diasingkan lenggainya boleh dijadikan makanan arnab.
PENJAGAAN
Mengawal Rumpai
Dilakukan sebanyak dua kali iaitu yang pertama dilaklukan 2-3 minggu selepas
menanam dan kali kedua 6-7 minggu selepas menanam. Bahan kimia yang
disyorkan ialah Lasso sebanyak 3 1/2 liter/ha (2 1/2 pain/ekar).
Membaja
Baja campuran mengandungi 34-45 kg/ha (30-40 lb/ekar) Nitrogen, 67-90 kg/ha
(60-80 lb/ekar) Fosfat dan 45-67 kg/ha (40-60 lb/ekar) Kaliam. Separuh
dari baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Posfat diguna sewaktu
menanam. Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam. Sebagai
tanaman luar musim di sawah padi di Kelantan dan Terengganu baja seperti berikut
boleh digunakan:-
|
Nitrogen |
- |
0-34 kg/ha (0-30 lb/ekar) Sulphate of ammonia atau Nitro - 26 |
|
Posfat |
- |
45-67 kg/ha (40-60 lb/ekar) - 1/2 bahagian CIRP, 1/2 bahagian Double
Super phosphate |
|
Kaliam |
- |
22-45 kg/ha (20-40 lb/ekar) Potassium sulfate |
|
GML |
- |
112-337 kg/ha (100-300 lb/ekar) |
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
PULANGAN
Anggaran kos
pengeluaran sehektar kacang soya hijau ialah RM2,718 - RM3,000. Keuntungan
bersih yang boleh diperolehi adalah antara RM11,000 (tanah gambut) dan RM11,282
(tanah mineral) sehektar. Kiraan ini berdasarkan hasil lenggai segar
sebanyak 7 tan/ hektar yang dijual pada harga RM2.00 / kg. pada peringkat
ladang.
Kelebihan
Kacang Soya
Kacang soya
merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.
Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan
berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan
dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.
Kacang soya kaya
dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada
ladang'. Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan
protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5
quart susu atau 2 paun keju. Selain protein ia mengandungi vitamin B
kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam
galian dan tiada kolesterol. Protein kacang soya dikatakan protein yang
lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein
terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh. Protein soya juga
digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta,
hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan.
Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-
Kencing manis
Kandungan karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada
kanji langsung. Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit
kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa
mengeluarkan gula.
Penyakit kulit
Protein kacang soya tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala
kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan
kulit. Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami
ekzema dan penyakit kulit lain. Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya
dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka
ringan juga cepat sembuh.
Anemia
Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan
yang sangat sesuai untuk pesakit anemia. Pesakit anemia biasanya mengalami
keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil
hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.
Tulang dan
sendi
Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah
putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka,
mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya
dalam diet mereka. Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam
diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri. Dengan
itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam
diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus
haid.
Sebagai baik untuk tulang, soya juga dikatakan sangat baik untuk wanita putus
haid sebagai sumber estrogen yang selamat digunakan. Bahkan ia juga dapat
mengurangkan kesan-kesan yang teruk akibat putus haid seperti panas membara,
peluh malam, tidak dapat tidur, mudah naik radang, kekeringan vagina dan
beberapa masalah lain. Melalui kajian moden, saintis mendapati protein
kacang soya juga dapat mengurangkan risiko barah payu dara. Kacang soya
yang kaya dengan bahan 'isoflavonas' dipercayai dapat menghalang kesan-kesan
buruk daripada hormon estrogen. Seterusnya mengurangkan risiko
pembentukan sel-sel barah tersebut. Kacang soya juga dapat mengurangkan
risiko barah prostat. Diet yang banyak menggunakan kacang soya dikatakan
dapat menyihatkan tisu-tisu prostat.
Selain kaya dengan
zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga
tiada kandungan laktosa dan mudah hadam. Oleh itu hasilan soya juga sesuai
untuk kanak-kanak dan juga bayi. Biasanya doktor akan syorkan susu
rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu
rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti
ekzema.
Ada pendapat
mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat
menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan. Walau
bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya
hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi. Mengikut saintis barat,
3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada
tahap maksimum.
|