Varieti:
MKBe 1 - Pilihan MARDI. Buah melebihi 15 scm panjang, bilangan segi
5, warna buah hijau kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah
sepokok adalah antara 14-105.
Penanaman
Bendi boleh
ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah
gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.
Penyediaan Tanah
Bajak dan gembur
tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2
minggu sebelum menanam. sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja
organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.
Menanam
Tanam biji
benih sedalam 2.5 di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak
tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut
satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk
satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 cm panjang.
Membaja
Tabur baja
sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu.
Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Pokok |
Kadar/Hektar |
1
2
3
4 |
Sebelum menanam
1 bulan
2 bulan
3 bulan |
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 |
300 g
16 g
32 g
32 g |
4 tan
0.2 tan
0.4 tan
0.4 tan |
Menyiram
Siram sekali
sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok
mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.
Merumput
Cabut rumput jika
perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba
tersebut.
Sungkupan
Buat sungkupan
daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal
rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Memangkas
Setelah semua
hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari
paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima
tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti
dengan pembajaan.
Kawalan Musuh dan Penyakit
Musuh:
Musuh utama
tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek bendi (earias
fabia), ulat penggulung daun (syleta derogata) dan kepinding
buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.
Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.
Penyakit:
Penyakit daun Cercespora -
Penyakit utama
tanaman bendi (bintik daun) yang terdapat pada daun tua di mana daun-daun
ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh
dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun
hendaklah mengikut arahan label.
Penuaian
Buah-buah bendi
boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari
tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu
buah. Penuaian mula dilakukan ketika:-
-
50 hingga 55
hari selepas menanam.
-
5 hingga 6 hari
selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.
-
Buah berukuran
10 hingga 12 cm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya
rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.
Pada peringkat ini
buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah
dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan
seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap
2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan
10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar.
Kawalan Rumput:
Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas
sebelum 2-3 hari biji benih ditanam. Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3
bulan. Rumput yang tumbuh diantara batas boleh dikawal dengan penyemburan
racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupunm secara manual. Dengan
cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas batas yangmana
boleh digunakan untuk musim.
Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang
telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik
atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang.
Ia hanya boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan
plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab.
Buah-buahan yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8
hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan
bandingan 70 hingga 75 peratus.
Rantaian ke laman web:
Di bawah diturunkan tapak-tapak web
mengenai tanaman bawang. Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-