Nama saintifik bagi betik ialah Carica papaya L.
dari keluarga Caricaceae, dikenali juga sebagai 'paw-paw' merupakan sejenis
tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai
berasal dari West Indies atau Mexico.
Di Malaysia, terdapat beberapa jenis betik yang dibiak-biak
secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri. Betik jenis
tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan
mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri
mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew.
Keperluan tanaman betik adalah seperti berikut:-
Faktor Iklim
Sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang sama rata
sepanjang tahun. Keperluan hujan tidak kurang dari 1200 mm setahun dan
keadaan kemarau boleh menyebabkan keguguran bunga-bunga betik. Suhu sesuai
untuk tanaman betik ialah diantara 21-33oC. Tidak sesuai
ditanam di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakarannya yang
cetek pokok mudah tumbang.
Faktor Tanah
Memerlukan tanah bersaliran baik. Jenis tanah yang mudah dibanjiri air
adalah tidak sesuai. Bagi tanah-tanah yang sederhana sesuai/bermasalah
betik boleh ditanam dengan pengurusan yang bersesuaian bergantung kepada masalah
yang dihadapi. Masalah dan cara mengatasi adalah seperti berikut:-
CEC sederhana Rendah
Ikut program pembajaan yang disyorkan dan gunakan tambahan baja organik.
Lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu
Pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu. Kemudian buat batas
atau timbunan, sediakan lubang tanaman yang sempurna dan ikuti program pembajaan
yang disyorkan.
Sangat salir
Adakan sistem pengairan dan gunakan bahan-bahan organan sebagai baja tanaman.
Curam
Elakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor,
membina teres atau tapak pentas. Sediakan parit kontor dan lain-lain.
Diantara kultivar-kultivar betik yang disyorkan ialah:-
Subang 6
Sesuai untuk diproses kerana warna isinya yang menarik serta saiz buahnya
seragam. Ia juga boleh dimakan segar kerana senang dihiris dan tidak mudah
patah. Jenis ini sangat subur pada peringkat awal pertumbuhan dan berbuah
awal, lebih kurang 42-44 minggu selepas disemai. Buah yang masak mempunyai warna
kulit kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada
bintik-bintik atau lebam manakala tekstur isinya bagus dan mantap, dengan
kandungan gula yang rendah.
Sitiawan
Betik jenis ini lebih sesuai untuk diproses atau ditinkan kerana hasilnya tinggi
dan isinya yang pejal. Ia mempunyai tumbesaran yang sangat subur,
ketinggian yang sederhana dan cepat berbuah, kira-kira 44-45 minggu selepas
disemai.
Batu Arang
Mempunyai ketinggian pokok yang sederhana tetapi cepat berbuah. Ianya mula
berbunga 4-6 bulan selepas disemai dan mengambil masa selama 5 bulan untuk buah
membesar dan masak. Tumbesaran dan penghasilan pokok amat sensitif kepada
faktor-faktor alam persekitaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.
Eksotika
Betik Eksotika ialah hasil kacukan secara berulang-ulang
diantara jenis luar negeri Sunrise Solo dengan jenis tempatan Subang 6.
Hasil kejayaan ini, betik Eksotika merupakan jenis yang berpotensi untuk
pasaran. Pokok Betik Eksotika sederhana tingginya dan mula berbunga pada
peringkat umur 3-4 bulan selepas ditanam. Buah akan dihasilkan dan
kematangannya akan mengambil masa selama antara 4 ke 5 bulan, dewasa pokoknya
setinggi lebih kurang 80 cm dari permukaan tanah.
Kesemua pokok betik eksotika akan menghasilkan buah jantina
iaitu bermofrodit dan buah betina. Buah bermofrodit berkeadaan panjang
berbentuk pir, kecil di bahagian pangkal dan besar menirus ke bahagian hujung.
Sementara buah betina berbentuk bulat. Berat sebiji diantara 600-800 gm
dan mempunyai kandungan gula yang tinggi 14-15 TSS. Isinya tebal berwarna
samar kemerahan, rongga ovarinya kecil, berbau wangi dan lazat rasanya.
Betik Panjang
Nama lain: Betik Sekaki atau Betik Hong Kong. Daerah Batang Padang
merupakan pengeluar betik sekaki terbesar di Perak. Kawasan bekas lombong
terutamanya di kawasan Bidor adalah merupakan kawasan yang terbanyak menanam
betik sekaki di Daerah Batang Padang.
CARA MENANAM
Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan
saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam
air tidak sesuai bagi tanaman betik. Pohon betik akan hidup subur di
kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang. Cahaya
matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak bagi tanaman
betik.
PENYEDIAAN BIJI BENIH
Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi
tanaman setiap hektar tanah dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman
jika ada yang tidak hidup selepas ditanam. Biji benih elok disemai ke
dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm. Isikan polibeg dengan
campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai dan 1 bahagian
bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu). Sebelum biji benih disemaikan,
adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan
terkena serangan kulat.
Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan
tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan
terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram
dan kecambahannya akan terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa
satu minggu. Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di
merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput. Selain anak
benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh
diubah ke ladang.
KAWASAN PENANAMAN
Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak.
Gali lubang sedalam 30 cm dan 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m,
boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok sehektar. Semasa menanam gaulkan tanah
di permukaan atas dengan baja phosphate sebanyak 200 g -250 g. Pilihlah
musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam, kalau masa hujan yang banyak
boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik yang belum berfungsi itu
menjadi busuk.
Pembajaan
Jarak tanaman
Kepadatan tanaman
sehektar
(pokok)
Umur pokok
(bulan)
Jenis baja
kadar baja mengikut jenis tanah (kg/pokok)
Tanah mineral
Tanah pasir
sebelum/semasa menanam
Pembajaan Asas
TSP
Organan
0.25
5.0
0.25
6.00
1.8m x 2.7m
2.0m x 2.7m
2.0m x 3.4m
2.5m x 3.0m
2.7m x 3.0m
2000
1800
1420
1300
1200
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
> 5 bulan
15:15:15 15:15:15
15:15:15
12:12:17:2
12:12:17:2
0.05
0.05
0.05
0.10
0.35
0.05
0.05
0.10
0.35
0.35
setiap 2 bulan
setiap 3 bulan
setiap 6 bulan
12:12:17:2
12:12:7:2
Organan
0.35
-
2.0
0.35
6.00
-
KAWALAN RUMPAI
Apabila pokok muda, rumpai di keliling pokok dikawal dengan mencangkul atau
mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok boleh juga dikawal dengan
semburan racun glufosinate ammonium (Basta). Selepas itu, ' 'spot
spraying' dengan Glufosinate ammonium atau paraquat dibaut setiap 2 bulan
sekiranya perlu. (Racun herba sistemik seperti Glyphossate dan 2, 4-D
Amine tidak boleh digunakan untuk betik).
MENJAGA MUTU BUAH
Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4
bulan selepas ditanam. Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga
bentuk dan saiz buah yang seragam.
PENGAIRAN
Jika musim terlampau kering, pokok-pokok betik perlu disiram
air, jika tidak pertumbuhannya akan terganggu. Kekurangan air juga boleh
menyebabkan bunga-bunga betik menjadi gugur.
Antraknos (Colletotrichum gleosporioides)
Dahan dan ranting mati pucuk. Batang kering dengan cepat,
bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang.
Daun menjadi kecut dan gugur. Bahagian yang diserang
mempunyai garis-garis perang gelap di hujung. Amalkan
pertanian yang baik dan guna racun kulat mengikut label seperti
mancozeb, thiophanate-metyl, prochhloraz zinc complex.
Musnahkan buah dan daun yang berpenyakit.
Reput Akar (Phytopthora parasitica)
Daun muda menjadi layu,
daun tua menjadi kuning dan patah terkulat di sekeliling batang
sebelum jatuh. Pokok tidak tahan kemarau dan senang tumbang
bila ditiup angin. Amalkan pertanian yang baik.
Cabut dan musnah pokok yang berpenyakit dan jaga kebersihan
ladang. Gunakan racun Benomyl (0.1%) atau
Mancozeb (0.1%) serta elakkan dari air bertakung dalam kawasan bertanam
Daun berumpun dan kerekot
(Cladosporium oxysporum)
Vektor: Kutu Trip
Hanya terdapat pada betik ekxotika.
Pucuk daun kelihatan cacat dan terdapat bintik daun serta bintik
berlubang 1-3 mm. Pada daun tua kelihatan binti perang,
sekelilingnya berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot.
Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai daun ssahaja.
Pokok keliahtan bantut dan buah menjadi kecil. Gunakan racun
serangga mengikut label untuk mengawal kutip trip serta racun
kulat yang sesuai.
Bintik Berlubang
(Corynespora cassiicola)
Daun matang kelihatan bintik-bintik perang muda berbentuk bulat dan
berlubang di tengash sehingga 5 mm lebar. Musnahkan
daun-daun yang dijangkiti terutama daun yang tua dan duan gugur.
Amalkan pertanian yang baik dan pembajaan yang mencukupi.
Lalat Buah (Bactrocera spp.) Berenga mengorek serta memakan isi buah menyebabkan isi buah menjadi lembut
dan busuk. Musnah buah yang diserang dengan cara menanam ke dalam tanah
sedalam satu kaki. Pasang perangkap methyl-eugenol. Gunakan racun
seperti cypermethrin.
Hamama Merah (Tetranychus spp.) Menyerang bahagian pucuk, daun dan buah pada semua peringkat dengan
menghisap cairan. Serangan meningkat di musim kemarau. Sebur dengan
racun hamama tetradifon.
Kutu Trip (Thrips parvispinus) Menyerang bahagian pucuk, daun muda dan kudup bunga pada semua peringkat
pertumbuhan. Menghisap cairan dari bahagian yang diserang. Sembur
dengan racun serangga seperti deltamethrin.
MEMUNGUT HASIL
Selepas lebih kurang 8-9 bulan ditanam, pokok betik jenis ini
sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna
kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada peringkat ini, buahnya senang
dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu dapat dihindarkan
dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah yang
dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok,
hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa
pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan
ke sepuluh selepas ditanam di ladang.
Umumnya buah betik dituai pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga
kembang. Oleh sebab peringkat kematangan betik sangat berkait rapat dengan
perubahan warna kulit buah, penuaian sering dilakukan berdasarkan indeks
warna buah tersebut. Buah betik sudah boleh dituai sebaik sahaja terdapat
perubahan warna pada kulit buah. Perubahan warna kulit buah ini biasa mula
berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.
Indeks warna 1
:
Berwarna hijau sepenuhnya. Belum matang, tidak akan masak dengan sempurna
Indeks warna 2
:
Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan, sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks warna 3
:
Warna kulit lebih hijau daripada kuning sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks warna 4
:
Warna kulit lebih kuning daripada hijau, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 5
:
Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 6
:
Kulit berwarna kuning sepenuhnya, masak sepenuhnya.
Buah pada indeks warna 1 masih tidak sesuai dipetik kerana kematangannya tidak
jelas. Walaupun isi sudah kemerahan, kulitnya masih hijau dan buah ini
dikhuatiri tidak masak dengan sempurna dan kandungan pepejal larut kurang
daripada 10%. Di Hawaii, buah petik yang masak perlu mengandungi jumlah
pepejal larut 11.5% bagi memenuhi gred piawaian. Buah betik untuk tujuan
eksport sebaik-baiknya dituai pada indeks warna 2 atau selewat-lewatnya pada
indeks warna 3. Buah pada peringkat ini lebih tahan terhadap operasi
pengendalian lepas tuai dan tempoh penyimpannya lebih panjang. Buah ini
mempunyai ciri-ciri rasa yang memuaskan setelah masak. Penuaian buah pada
indeks warna 4 dan 5 pula mungkin hanya sesuai untuk pasaran tempatan kerana
hayat penyimpanannya pendek iaitu buah akan masak dengan cepat. Buah-buah
ini juga tidak sesuai untuk pengangkutan yang jauh kerana tidak tahan terhadap
himpitan sama sendiri disebabkan buah sudah lembut.
Indeks Warna Buah Betik Eksotika
Penuaian mestilah dilakukan dengan cermat kerana buah betik
sangat mudah tercedera. Penuaian yang sebaik-baiknya ialah dengan memulas
tangkai menggunakan tangan.
Spesifikasi piawaian dan
gred ini adalah untuk Betik Eksotika (II) yang nama botaninya Carica
Papaya L.Var.Eksotika dari famili CARICACEAE. Nama asalnya MARDI
Backcross Solo.
Definasi
Terma
Bagi tujuan spesifikasi
tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-
Tahap kematangan
(terdiri dari 6 indeks)
Indeks 1 :
Seluruh permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Tidak sesuai
untuk pasaran.
Indeks 2 :
Permukaan kulit berwarna hijau dengan sedikit tompok kekuningan.
Buah telah matang.
Indeks 3 :
Permukaan kulit berwarna hijau melebihi permukaan yang berwarna kuning.
Indeks 4 :
Masak. Permukaan kulit berwarna kuning melebihi permukaan yang
berwarna hijau.
Indeks 5 :
Seluruh permukaan kulit berwarna kuning dengan sedikit tompok hijau.
Indeks 6 :
Terlalu masak, keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning. Tidak digalakkan untuk dipasarkan.
Kotor
Buah yang terdapat kesan-kesan kotoran yang tidak dibersihkan seperti
kesan getah, serangga, tanah dan lain-lain bahan asing.
Segar
Keadaan buah tidak kecut dan kulit tidak berkedut.
Cacat
Buah yang bentuknya tidak normal seperti bengkok dan berbonggol.
Cacat Rupa
Tanda-tanda yang mencacatkan rupa seperti berbintik dan kesan parut
serta tidak boleh dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah.
Kesan ini meliputi 10% - 25% permukaan kulit buah.
Rosak
Buah yang rosak akibat kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam
dan busuk atau reput akibat serangan penyakit dan makhluk perosak serta
kesan seperti cacat rupa yang melebihi 25% permukaan kulit buah.
Tahap Kematangan
Seragam
Konsainan yang mengandungi satu indeks tahap kematangan atau gabungan 2
indeks yang terdekat.
Keperluan Minima
Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit,
kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia.
Tangkai buah yang tidak melebihi 0.5 cm
Telah mencapai peringkat kematangan yang mencukupi (indeks 2 -
indeks 5) seperti yang dikehendaki oleh pasaran.
Pengelasan Gred dan Saiz
Gred 1:
Kandungan bahan pepejal larut > 10oBrix
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 5%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 10%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 10%)
Saiz yang seragam: berat > 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
Gred 2:
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 10%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 15%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 20%)
Saiz yang seragam: berat > 300 gm x 600 gm (maksimum
kelonggaran: 5%)
Luar Gred: Buah yang tidak memenuhi ciri di atas.
Pembungkusan dan Perlabelan
Pembungkusan
Betik Eksotika daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan
bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan
lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan
tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.
Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak
melebihi 30 kg.
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi
maklumat berikut:-
- Tarikh
- Nama / Kod Penanam
- Nama / Kod Pengeksport
- No. Kad Pengenalan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred
Persampelan
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah
berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits atau kaedah
statistik yang dipersetujui.
Penyimpanan buah-buahan pada suhu rendah boleh melambatkan proses buah
masak. Walau bagaimanapun, kebanyakan buah tropika dan subtropika
peka terhadap suhu rendah. Buah-buahan tersebut boleh mengalami
kerosakan fisiologi yang dikenali sebagai kecederaan dingin apabila
didedahkan pada suhu di bawah had kritis. Suhu kritis kecederaan
dingin bagi kebanyakan buah tropika adalah sekitar 10-15oC
.
Tahap kecederaan dingin pada produk yang peka terhadap suhu rendah
bergantung pada jangka masa penyimpanan serta rendah suhu.
Tahap kematangan juga mempengaruhi berlakunya kecederaan dingin.
Buah pada peringkat praklimakterik iaitu pada peringkat awal kematangan
lebih peka kepada kecederaan dingin berbanding dengan buah pada peringkat
pascaklimakterik.
Bagi buah betik, tahap dan simptom
kecederaan dingin yang berlaku berbeza-beza mengikut varieti dan kaedah
penyimpanan. Kecederaan dingin pada betik Solo berlaku pada
suhu penyimpanan 7oC,
manakala bagi betik Eksotika, simptomnya mula kelihatan pada keadaan
berikut:-
setelah disimpan selama 5 hari pada suhu 10oC
setelah disimpan selama 4 minggu pada suhu 12oC
Simptom kecederaan dingin:
Antara simptom kecederaan yang
biasa berlaku pada buah betik ialah:-
lekukan pada permukaan kulit
bintik-bintik berwarna perang/hitam
peningkatan serangan kulat dan penyakit
masak tidak seragam atau tidak masak
lebam
Mengatasi kecederaan dingin:
Beberapa
kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya
ialah dengan mengolah suai keadaan penyimpanan, pengawalan atmosfera
di sekeliling buah, pengawalan kelembapan, penyimpanan pada tekanan
rendah, penggunaan bahan kimia dan modifikasi genetik.
Kaedah mengolah suai keadaan penyimpanan memberi kesan positif pada
buah betik. Kaedah ini dapat dilakukan dengan berbagai-bagai
cara. Antaranya adalah dengan penyimpanan tertangguh, iaitu
menyimpan buah yang peka terhadap suhu dingin pada suhu ambien untuk
seketika sebelum disimpan pada suhu dingin, penyimpanan berselang-seli
pada suhu dingin dan suhu ambien dan pendedahan buah pada suhu lebih
tinggi sedikit daripada suhu kecederaan dingin.
Kaedah mengekalkan kelembapan persekitaran yang tinggi semasa
penyimpanan juga boleh membantu mengelakkan kecederaan dingin.
Caranya ialah dengan pembungkusan atmosfera terubahsuai. Sistem
penyimpanan yang sesuai dan pengawalan suhu yang optimum amat penting
untuk memanjangkan tempoh simpanan sesuatu komoditi. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius dalam merancang pengeluaran dan
pemasaran komoditi-komoditi yang mempunyai potensi eksport.
Sebarang pertanyaan, sila
hubungi:-
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Kementerian Pertanian Malaysia
Bangunan FAMA POINT, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
Bandar Baru selayang, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-61389622 Faks: 603-61383650 / 61385200
Emel:
fama@pop.moa.my
Laman web:
http://www.famaxchange.org/index.php
TEKNOLOGI LUAR NEGARA -
PEREBAHAN TANAMAN BETIK
(Sumber: Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)
Jabatan Pertanian dan Perhutanan
serta Pusat Penelitian tanaman kawasan tropika di Taiwan telah mencuba
kaedah merebahkan batang betik di bawah kaedah menanam
betik di bawah jaring tahan sinar lampu ungu. Teknik ini didapati
memberikan kebaikan-kebaikan seperti berikut:-
Merendahkan paras kedudukan buah (memudahkan
penjagaan)
Mengurangkan kerosakan akibat tiupan angin
Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil (pertambahan
hasil 30% berbanding penanaman terbuka)
Mencepatkan pengeluaran bunga.
Memanjangkan jangkamasa pengeluaran hasil
Mencegah serangan perosak dan penyakit.
Dengan ini ramai petani melaksanakan
teknik ini sehingga meliputi 1000 hetar atau 25% daripada keseluruhan )
kawasan betik di Taiwan.
Perbezaan keadaan pokok betik yang
direbahkan dengan tidak direbahkan
Perkara
Tanpa direbahkan
Direbahkan
Pemerhatian
Ukuran
tinggi batang
135 cm - 137 cm
113 cm - 115 cm
Tinggi
batang berkurangan lebih kurang 22 cm
Kedudukan
buah di pohon
(dari pangkal)
84.1 cm - 93.6 cm
50.6 cm - 75.5 cm
Kedudukan
buah di pohon lebih rendah sebanyak
18.1 - 33.5 cm
Masa
berbunga
94 - 155 hari
101 - 157 hari
Masa
berbunga bertambah sebanyak 2-7 hari
Jumlah buah
dihasilkan/pokok
23 -32 biji
19 - 34 biji
Purata
pertambahan jumlah buah dihasilkan
sebanyak 2 biji.
Tempoh
pengeluaran hasil
285 hari
303 hari
Tempoh
pengeluaran hasil lebih panjang 18 hari.
Apabila
pokok betik telah mencapai paras yang sesuai direbahkan (36 cm - 39 cm),
ikat batang betik dengan tali rafia (plastik), tarik sehingga pokok betik
condong dan ikat hujung tali pada kayu yang dipacakkan ke dalam tanah
(lihat rajah di bawah). Kaedah ini adalah yang paling afisien
diantara tiga cara merebahkan batang betik. Dua cara lain ialah (a)
merebahkan batang betik dan membenamkannya ke dalam tanah (b) merebahkan
batang betik dengan ditekan menggunakan batang buluh.
Walau bagaimanapun kedua-dua
kaedah ini mempunyai kelemahan masing-masing. Cara (a) boleh
menyebabkan kecederaan tanaman yang memerlukan jangkamasa yang lama untuk
pemulihan. Akibatnya masa berbunga dan mengutip hasil terlibat,
jumlah hasil menurun, ukuran batang pokok dan buah mengecil dan tanaman
mudah diserang penyakit.
Cara (b) pula mengambil masa
dan rumit untuk dilakukan, ini menambah kos dari segi bahan, masa dan
buruh. Dengan ini, kaedah perebahan betik dengan tali rafia /
plastik lebih popular di kalangan petani di Taiwan.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
25 January 2010 05:44:59 PM