|
PANDUAN MENANAM
HALIA
|
|
|
Pengenalan
Halia (Zingiber
officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk
memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai
rempah perasa dalam makanan dan ubat.
Halia ditanam
samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut.
Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan
tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa
sawit, getah dan buah-buahan.
|
Jenis-jenis Halia
Jenis-jenis utama
yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia
Indonesia.
PENANAMAN
Tanah dan Iklim:
Halia sesuai
ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran
baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian
menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun
ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan
taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit
naungan.
PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN
Halia ditanam
daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom
yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit
bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom
disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk
percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai
sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33
keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman
dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam
selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu
keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan
tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAH
Tenggala dan
gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara
batas.
MENANAM DI LADANG
Sebaik-baiknya
halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan.
Ini membantu percambahan rizom-rozom. Musim kemarau berikutnya pula
mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani
biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi; dan
20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun jarak tanaman
yang disyorkan ialah 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan
pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,796 pokok sehektar.
Atur
keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan
letakkan rizom dengan 'mata' menghala ke atas. Kambus dan kejapkan tanah.
Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas
menanam.
Pembajaan bagi jarak tanaman halia 0.25 m x 0.5 m
|
Kepadatan tanaman
sehektar (pokok) |
Keperluan
benih sehektar |
Masa membaja |
Jenis baja |
Kadar baja
sehektar |
Umur mula
berhasil (bulan) |
Tempoh
pengeluaran hasil |
Anggaran
hasil sehektar |
51,200
|
1,500 kg umbisi |
1 MST
24 HLT
56 HLT
84 HLT
112 HLT
140 HLT |
Tahi ayam
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2 |
3-5 mt
300 kg
300 kg
300 kg
300 kg
300 kg |
8-9
Halia tua
4.5-5
Halia muda |
-
|
15-22 mt
9.0 mt
|
Nota: MST - Minggu sebelum tanam
HLT -Hari lepas tuai
PENJAGAAN
-
Pembajaan
Disyorkan mengikut
keadaan tanah.
Tanah gambut - gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os
dan 236 kg K20
sehektar. Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang
mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os
dan 112 kg K20
sehektar.
-
Merumput
Sekurang-kurangnya
1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
MEMUNGUT HASIL
Halia dituai
sebagai halia muda yang berumur 41/2 - 5 bulan dan halia tua berumur 9 bulan
selepas menanam. Kelewatan memungut hasilnya akan meninggikan kandungan
sabut.
PENYAKIT, PENYEBAB SERTA KAWALANNYA
-
Layu baketeria
(Ralstonia soslanacearum)
Daun kering perang keemasan, layu dan kering. Batang dan rhizom menjadi
lembik dan busuk. Guna benih dari pokok yang bebas penyakit. Musnah
pokok yang berpenyakit dan elak menanam halia di kawasan yang sama.
Dapatkan saliran ladang yang baik.
-
Reput akar
(Phytophthora spp.)
Bahagian yang diserang berair dengan cepat dan reput. Gilirkan tanaman
-
Ulat pengorek
(Udasspes folus)
Sembur racun Pemethrin atau Methamidophos.
-
Bintik Daun
(Phyllosticta zaingibera)
Sembur racun kulat Benomyl.
PENGUTIPAN HASIL
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5
bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning).
Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan
kehilangan air dan mutunya merosot. Hasil tua adalah diantara 12-18
tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar. Hasil purata halia tua ialah
15 tan/hektar.
RANTAIAN LAMAN HALIA
Sila klik pada
tajuk-tajuk di bawah ini:-
|