|
TANAMAN KELADI
Nama
Botani
Famili |
:
Colocasia esculenta
: Araceae |
UBI KELADI
Dua jenis keladi yang popular
di Malaysia ialah jenis Xanthosoma dan Colocasia. Jenis Xanthosoma
dikenali sebagai Keladi Telur dan selalunya ditanam di sekeliling rumah.
Jenis Colocasia pula adalah lebih popular di mana ianya diusahakan secara
komersial.
Iklim dan Tanah
Memerlukan keadaan panas dan
lembap dengan purata suhu harian diantara 21o-30oC.
Ia ditanam di kawasan-kawasan rendah dan juga di kawasan yang tingginya sehingga
1,800 a.p.l. Purata hujan yang diperlukan ialah lebih kurang 250 mm
setahun. Sesuai hidup di kebanyakan jenis tanah yang kaya dengan bahan
organan. Hasil yang tinggi boleh didapati di tanah yang subur dan sentiasa
berkeadaan lembap atau mempunyai air yang tinggi.
Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak piring dan digembur sebanyak 2 kali untuk mengelakkan
pertumbuhan umbisi, selepas itu alur sedalam 25 sm disediakan bagi penanaman
sulur.
Menanam
Keladi dibiakkan dari
sulur-sulur keladi berujur 2 bulan. Sulur-sulur diambil dari pokok-pokok
brumur 5-6 bulan. Sulur-sulur dicabut keluar daripada tanah dan dipotong
sebahagian daripada umbi dan pucuknya dan ditinggalkan tangkai sepanjang lebih
kurang 30 sm.
Merumput dan Menimbus Tanah
Merumput diantara pokok dibuat secara manual dan dengan menggunakan racun
paraquat; dimana kerja-kerja menimbus tanah ke dalam alur-alur boleh dilakukan
serentak dengan merumput. Kerja-kerja menimbus tanah ini perlu dilakukan
supaya ubi-ubi tidak terdedah.
Membuang Sulur
Sulur-sulur yang tidak dikehendkai yang tumbuh di sekeliling pokok perlu dibuang
untuk mengelakkan persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan zat-zat
makanan. Bagi satu musim, pembuangan sulur sebanyak 3 kali dilakukan.
Pembuangan sulur dibuat pada umur 3 bulan, 5 bulan dan 7 bulan selepas menanam.
Pembajaan
Dibuat selepas kerja-krja merumput dan pembuangan sulur. Baja ditabur di
tepi pokok keladi dengan jarak 15 sm dari pangkal.
Kadar Pembajaan
Yang Disyorkan
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Hektar |
1
2
3 |
1 bulan
3 bulan
5 bulan |
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 |
100 kg
200 kg
200 kg |
Kawalan Serangga / Penyakit
Ulat
pemakan daun
Penyakit Hawar Daun
Reput Umbisi |
-
Sembur dengan racun
Carbaryl atau Fenvalerate sekiranya perlu.
- Kutip dan bakar semua daun dan ubi yang diserang.
- Musnahkan pokok dan ubi yang diserang, amalkan tanaman
giliran. |
Pengutipan Hasil:
Ubi-ubi keladi biasanya boleh dipungut selepas 7-8 bulan ditanam.
Kematangannya ditentukan apabila daun-daun kelihatan kekuningan dan
beransur-ansur menjadi layu dan kering. Ubi dan pokok keladi dicabut
keluar dari tanah dengan menggunakan tangan. Selepas itu, tangkai daunnya
dipotong dengan jarak 8-13 sm daripada ubi. Akar-akar serabut di keliling
ubinya hendaklah dibuang dan dimasukkan ke dalam bakul. Hasil yang boleh
diperolehi ialah 18 tan/hektar.
KELADI TIKUS (Thyphonium flagelliforme)
(Suntingan: Berita Pertanian Bil. 59 Tahun 2000)
Keladi Tikus
boleh ditanam sebanyak 300 pokok pada batas yang berukuran 750 sm x 120 sm
dengan jarak tanaman 15 sm x 15 sm. Hasil dipungut ketika pokok
berumur 5 bulan. Sebanyak 60 pokok Keladi Tikus menghasilkan berat 1
kg. Keladi Tikus ditanam dari anaknya yang boleh dibeli dengan RM0.70
sepokok. Keladi Timur boleh dipasarkan kepada Syarikat Farmasi.
Dari kajian yang dibuat mendapati pokok ini boleh membantu merawat penyakit barah
melalui beberapa kaedah tertentu. Prospek tanaman Keladi Tikus
adalah amat cerah pada masa akan datang, memandangkan permintaan yang
banyak dari syarikat perubatan.
PENYAKIT TANAMAN KELADI DAN
KAWALANYA
-
Hawa daun (Phytopthora colocasiae)
Bintik-bintik berwarna ungu atau perang pada daun bergaris pussat 1-2 cm.
Bintik ini membesar dan mengeluarkan cecair kekuningan. Amalkan
tanaman giliran.
-
Reput umbisi (Sclerotium folfsii)
Menyerang bahagian ubi akibat daripada luka semasas merumput, menggembur
atau memungut hasil. Elakkan dari mencederakan ubi. Musnahkan
dengan membakar pokok dan ubi yang diserang.
Rantaian laman Keladi
|