|
Masa Membaja |
Jenis Baja |
Kadar/Ha |
Kadar/Pokok |
Penyediaan batas
Sebelum menanam
60 hari lepas tanam |
Tahi ayam reput
NPK 12:12:17:2+TE
NPK 12:12:17:2+TE |
4 tan
600 kg
200 kg |
1.2 kg
180 g
60 g |
Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik. Pembajaan di peringkat 60 hari
selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.
Pengurusan Air:
Boleh dilakukan dengan menyiram
atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis
mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang
rendah. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan
operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0
liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m.
Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh dibina
untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.
Pendebungaan Berbantu
Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah. Bunga yang tidak
didebunga akan busuk dan gugur. Debunga dari kultivar yang sama
adalah serasi. Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga
seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu. Sekiranya racun
serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan
menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.
Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi
(8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka. Debunga
daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan.
Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu
bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina. Selepas tujuh hari
bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.
Pengurusan Penyakit dan Perosak
Penyakit Kulapuk Downy
(Merebak melalui tiupan angin)
Disebabkan oleh Kulat Pseudoperonospora cubensis. Simptom:
Bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun.
Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungu-unguan.
Serangan teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan mati dan buah menjadi bantut.
Kawalan:
Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15%
b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari,
sekali.
Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)
Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichorocearum menyerang daun.
Simptom: Terdapat kulat berdebu di bawah daun dan batang pokok.
Bahagian berpenyakit menjadi perang, kuning dan berkedut.
Kawalan:
Musnahkan pokok dan buah yang diserang. Sembur
dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali
jika perlu.
Melecuh Anak Benih/Reput
Pangkal (Merebak
melalui tanah dan air)
Penyebab: Phytophthora sp., Pythium sp. dan Rhizoctonia sp. Simptom:
Serangan berlaku pada batang atau di mana terdapat tanda-tanda cedera
berair dan kelihatan nekrotik.
Kawalan:
Gunakan biji benih yang sihat. Rawat biji
benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g
biji benih. Pastikan saliran elok di kawasan tanaman.
Mozek Virus
(Merebak melalui biji benih /
kutu daun).
Penyakit ini menyerang semua bahagian pokok. Simptom: Daun
berbintik-bintik berwarna hijau pucat, berkerekod dan pokok terbantut.
Kawalan: Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit
Hawar Daun (Merebak
melalui angin)
Kulat Rhizoctonia sp. menyerang daun. Terdapat spora-spora berwarna
keperangan di tempat serangan.
Kawalan:
Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan
kadar 3 g racun / 1000 g biji benih. Gunakan biji benih yang sihat,
amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit.
Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali
jika perlu.
Kematangan Dan
Pengutipan Hasil
Buah labu manis dipungut
apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam bagi kultivar Early Price.
Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke
kuning. Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.
Berat buah labu manis adalah
diantara 1-2 kg sebiji. Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu
bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh
90 hari. Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan.
Kawalan
Rumpai
Rumpai di atas batas dicabut
dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri
daripada lalang atau rumput kering. Jika perlu racun rumpai seperti
glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur
untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum
berbuah. Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan
rumpai di permukaan batas.
Penyemburan racun perosak
hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil. Ini
berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan.
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil
|
Racun
perosak |
Tempoh
(hari) |
|
metalaxyl
captan
benomyl
carbaryl
trichlorfon
malathion
diazinon
dimethoate
mancozeb |
7
7
3
e
7
3
7
14
14 |
RANTAIAN KE
LAMAN-LAMAN LABU
Sila klik pada
rantaian laman di bawah ini:-