|
PANDUAN MENANAM MANGGIS - Garcinia Mangostana L.
(Tanaman Jangka Panjang)
Manggis
(Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam
keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika
diantara 20oC dan 30oC Ia memerlukan keadaan
lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai
dengan pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang
sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan
kawasan dataran banjir.>
Kultivatar Yang Disyorkan
Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis
adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak
berubah dari bakanya. Sila klik pada
tajuk-tajuk di bawah:-
Pengurusan Air:
Pengurusan air
sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang.
Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang bru diubah, lambat
pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi
mengatasi masalah ini, seelok-eloknya pokok diubah ke ladang pad awal musim
hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.
Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembuangan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan
menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik
kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada
masa pengeluaran buah akan mewujudkan saingan dalam mendapatkan bahan makanan.
Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.
>Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro
mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air.
Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak Kadar alir air
bagi kepala penyebar mikro adalah diantara 2-60 liter sejam pada tekanan 2-60
psi.
Kawalan Serangga Bagi Tanaman Manggis
|
Jenis Serangga |
Bahagian diserang/simptom |
Syor Kawalan |
1. Pelombong Daun
(Phyllocnictis citrella)
|
Larva memakan inti daun melalui saluran atau
liang-liang yang dibuat. Daun yang diserang menjadi
berkilat seolah-olah melecur dan bahagian tepi daun kelihatan
pudar dan bergulung. Larva membesar di dalam daun dan
menjadi kepompong dalam lipatan daun.
|
Jika tahap kerosakan tinggi, kawalan boleh
dibuat dengan menyembur daun-daun yang terlibat dengan racun jenis
serap seperti dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif. |
2. Pengorek Buah
(Curculio sp.)
|
Kumbang dewasa bertelur di kulit buah pada
peringkat pembesaran buah dan larva membesar di dalam buah.
Larva yang hampir jadi kepompong memakan isi buah hingga ke biji
dengan membuat lubang hampir dengan tangkal buah. Apabila
buah jatuh, larva akan masuk ke dalam dan menjadi kepompong di
dalam tanah. (boleh hidup 2-6 minggu sebelum muncul
sebagai kumbang dewasa).
|
Belum ada syor kawalan tertentu kecuali dengan
membuang buah yang jatuh ke tanah dengan segera.
|
Kawalan Penyakit Bagi Tanaman Manggis
|
Jenis Penyakit |
Bahagian diserang/simptom |
Syor Kawalan |
1. Cerana Zignoela
(Zignoela garcianneae)
|
Menyerang dahan dan batang.
Tempat diserang akan bengkak dan bercerana. Daun akan layu
dan luruh. Pokok akan mati.
|
Musnah pokok yang
diserang dengan menebang dan membakar kesemua bahagian pokok untuk
mengawal penyakit dari merebak. |
2. Cendawan Angin
(Corticum salmonicolor)
|
Menyerang
batang dan dahan pokok. Bahagian yang diserang akan
menjadi merah samar dan diselaputi oleh bebenang.
Daun-daun dan pucuk di dahan yang diserang akan kecut dan layu
dan terus mati.
|
Dikawal dengan
memperbaiki sistem pengudaraan di keliling pokok. Cantas
dahan yang terlalu rapat. Jika perlu sembur bahagian pokok
yang diserang dengan racun kulat berasaskan kuprum.
|
Kerosakan Lain:
-
Gamosis
Selain penyakit, pokok manggis mengeluarkan sejenis gam berwarna kuning yang
boleh merosakkan dahan dan buah. Buah yang rosak akan mengeluarkan gam dan
ini akan menyebabkan buah menjadi keras dan berasa pahit. Kerosakan ini
berlaku apabila dahan atau buah tercedera akibat tersentuh secara mekanikal.
Masalah ini lebih ketara apabila getah kuning terdapat di dalam buah yang telah
matang. Gam ini kadang-kadang tidak kelihatan pada kulit buah.
Kawalan atau cara mengatasinya adalah dengan menjaga buah atau dahan supaya
tidak rosak. Buah yang telah matang perlu dipetik secara manual dan tidak
dibiarkan jatuh ke tanah. Kawalan gamosis secara terperinci masih belum
diperolehi.
-
Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dijalankan sejak awal pertumbuhan lagi terutama di pangkal
pokok bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air.
Kawalan dilakukan dengan menggunakan sungkupan di pangkal pokok yang terdiri
daripada lalang atau rumput kering. Sekiranya perlu, rumpai di keliling
pokok manggis boleh dikawal secara manual dengan menggunakan cangkul sementara
rumpai yang terdapat di antara barisan boleh dikawal dengan menggunakan mesin
pemotong rumput. Tanaman penutup bumi seperti jenis kekacang juga boleh
digunakan untuk mengawal rumpai yang dengan sendiri boleh mengawal hakisan tanah
serta meningkatkan kesuburan tanah. Bagi pokok manggis yang matang rumpai
dikawal dengan menyembur racun rumpai seperti paraquat (1.0 kg/ha) atau
glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha).
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH):
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa
hari sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada TDMH yang telah
ditetapkan bagi racun-racun perosak. Sebagai panduan TDMH bagi racun
perosak yang digunakan pada tanaman manggis adalah seperti berikut:-
|
Racun
Perosak |
TDMH
(bilangan hari) |
1. Racun berasaskan kuprum
2. Dimethoate
|
tiada
23
|
Indeks kematangan dan penuaian Buah Manggis
Tanaman ini dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan apabila pokok lebih daripada
lapan tahun. Pada permulaan hasil adalah rendah tetapi hasil seterusnya
meningkat mengikut umur pokok. Manggis biasanya berbuah setahun sekali.
Buah manggis mengambil lebih kurang 13-14 minggu untuk
matang. Tanda kematangan ialah apabila ada perubahan pada warna kulit
buah. Buah yang belum matang berwarna hijau kekuningan dan akan bertukar
menjadi hijau dengan tompok-tompok ungu atau kemerahan pada peringkat matang.
Keseluruhan buah akan bertukar kepada warna coklat kemerahan dan seterusnya
kehitaman apabila buah cukup masak. Terdapat berbagai-bagai peringkat
kematangan dalam satu pokok pada masa yang sama dan untuk memudahkan pengutipan
hasil indeks warna yang berikut digunakan sebagai indeks kematangan.
Perubahan warna daripada satu indeks warna ke satu indeks warna seterusnya
mengambil masa satu hari pada suhu 25oC - 30oC.
| Indeks 1 |
: |
Hijau kekuningan dengan sedikit kesan merah. |
|

Indeks warna buah manggis |
Indeks 2
|
:
|
Hijau
kekuningan dengan sedikit kesan kemerahan. Kulit buah
apabila dipotong masih lagi mengandungi lateks kuning dan isinya
masih melekat kuat pada kulit. Mutu buah yang dipetik pada
peringkat ini tidak dapat diterima. |
|
Indeks 3
|
:
|
Merah
kekuningan dengan tompok-tompok kemerahan sekeliling buah.
Kandungan lateks dalam kulit berkurangan sedikit dan bahagian ini
masih tidak mudah dipisahkan daripada kulit. Buah yang
dipetik pada peringkat ini sedia untuk dihidangkan selepas 3-4
hari diperam pada keadaan ambien. Indeks warna ini adalah
peringkat yang paling awal sesuai bagi memetik buah. |
|
Indeks 4
|
:
|
Keseluruhan kulit buah berwarna kemerahan dengan tompok-tompok
merah yang jelas. Lateks masih terdapat dalam kulit manakala
isi boleh diasingkan daripada kulit. Buah yang dipetik pada
peringkat ini sesuai untuk pasaran eksport. |
|
Indeks 5
|
:
|
Coklat
kemerahan pada seluruh permukaan kulit. Buah yang dipetik
pada peringkat ini sudah boleh dihidangkan tetapi kulitnya yang
tebal masih mengandungi lateks. Untuk eksport, buah mestilah
dipetik tidak melampaui peringkat ini. |
|
Indeks 6
|
:
|
kemerahan pada seluruh permukaan buah. Buah yang dipetik
pada peringkat ini sudah sedia untuk hidangan kerana mutu dan
citarasanya adalah memuaskan. Isi dan kulit mudah diasingkan
manakala kulit sudah tidak mengandungi lateks lagi. |
Indeks 7 |
: |
Ungu
Gelap atau kehitaman pada seluruhpermukaan kulit. Buah pada
peringkat ini adalah terlalu masak. |
Pengutipan buah manggis lazimnya tidak dapat dibuat serentak kerana pembungaan
berlaku berperingkat-peringkat. Kebiasannya buah dipetik setiap dua atau
tiga hari dengan memilih buah yang sudah sedia dipetik sahaja. Buah perlu
dipetik dengan cermat dan elakkan dari jatuh terhempas ke tanah bagi mengatasi
gamosis. Buah boleh dipetik dengan tangan, penggunaan tangga digalakkan
bagi pokok yang tinggi. Galah yang mempunyai cangkuk dan perangkap jaring
dihujung juga sesuai untuk digunakan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
-
Pengendalian di ladang
Buah-buah yang dipetik, dikumpul di dalam bakul atau bekas yang sesuai serta
dialas dengan span atau kain bagi mengelak dari kecederaan secara mekanikal
seperti hentakan, himpitan dan gegaran. Bakul-bakul yang berisi buah perlu
dihantar dengan cepat ke rumah pembungkusan untuk mengelakkan kerosakan dan
penurunan mutu.
-
Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Di rumah pembungkusan, buah dipilih. Buah yang buruk, terlalu muda,
terlalu kecil dan sampah sarap dibuang sebelum proses seterusnya. Bagi
penyediaan buah untuk tujuan eksport ke negara tertentu, pengasingan mengikut
indeks warna yang dikehendaki boleh dilakukan di peringkat ini. Buah
dimasukkan ke dalam tangki air bersih bagi membuangkan sampah sarap dan kotoran
yang terlekat pada buah tanpa mencederakannya. Span atau kain boleh
digunakan semasa membasuh. Air perlu diganti dengan yang bersih dari
semasa ke semasa. Buah kemudiannya di susun di atas rak-rak atau meja
bertingkat bagi mengeringkan air pada permukaan kulit. Kipas boleh juga
digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan.
-
Penggredan
Buah digred mengikut saiz. Penggredan dengan tangan boleh dilakukan dengan
berasaskan penentuan gred.
- berat sebiji buah 100 gm atau lebih, iaitu lebih kurang 8.10 biji/kg.
- kulit buah bersih, tidak cedera, bebas dari kesan penyakit atau kerosakan oleh
serangga.
- kulit sederhana tebal, pejal tetapi tidak keras.
- tiada kesan getah kuning (resin) pada kulit dan tangkai.
- ulas isi putih bersih dana tidak jernih disebabkan oleh kecederaan.
-
Pembungkusan
Buah disusun dengan teratur dan padat di dalam kotak. Lapisan pengalas
digunakan bagi mengurangkan geseran, himpitan diantara buah dengan permukaan
kotak. Reka bentuk kotak berbeza mengikut jenis pasaran, sistem
pengendalian, kehendak pengguna dan muatannya selain mengambil kira kekuatan
mekanikal, kemudahan untuk dikendalikan, lubang perudaraan yang mencukupi dan
kemudian mengaturnya di atas kenderaan dan di bilik penyimpanan.
-
Penyimpanan
Bagi pasaran segar, penggunaan bilik sejuk pada suhu 5oC dan
kelembapan relatif 85% adalah kaedah yang sesuai untuk penyimpanan manggis.
Dalam keadaan ini, buah manggis boleh disimpan sehingga 4 minggu.
Pengangkutan
Jenis pengangkutan yang boleh digunakan untuk mengangkut buah manggis ke
destinasi pasaran adalah tertakluk kepada jarak perjalanan, jangka masa
penyimpanan buah dan kos yang terlibat.
|