|
PANDUAN MENANAM NANAS (Tanaman Jangka Pendek dan
Sederhana)
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
KUMPULAN NANAS
Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae
adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la
banyak ditanam di Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di
Malaysia, Nonas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan
Pulau Pinang.
Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak,
Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di
Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.
KUMPULAN CAYENNE
- Sarawak
- Smooth cayenne
- Hilo
KUMPULAN SPANISH
- Nanas Merah (Singapore Spanish)
- Masmerah
- Nanas Hijau (Selangor Green)
- Nangka
- Gandol (No. 19 atau 'java hybrid')
- Betik
KUMPULAN QUEEN
- Moris (Mauritius)
- Bintangor (Moris Sarawak)
VARIETI NANAS
- Nanas Moris
- Nanas Sarawak
- Nanas Pada (Nanas Sawit)
- Nanas Josapine (A25-34)
-
Nanas Maspine
NANAS MORIS:
Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar
yang ditanam pada masa ini. Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai
kelemahan masing-masing. Nanas Moris kecil, isi berwarna keemasan,
agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Walau
bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan daunnya
berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya.
Indeks kematangan Nanas Moris
Indeks 1
|
:
|
Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang
- belum matang
- belum boleh dituai |
Indeks 2
|
:
|
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit
kuning diantara mata di pangkal buah
- peringkat pecah warna (buah matang)
- belum sesuai dimakan segar
- sesuai dieksport melalui laut |
Indeks 3
|
:
|
Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal
buah hijau kekuningan
- buah matang
- boleh dimakan segar tapi belum enak
- sesuai dieksport melalui laut dan udara |
Indeks 4
|
:
|
25% mata
buah berwarna kuning
- buah mulai masak
- boleh dimakan segar
- sesuai dieksport melalui udara |
Indeks 5
|
:
|
50% mata
buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport |
Indeks 6
|
:
|
Lebih 75%
mata buah berwarna kuning oren
- buah masak
- baik untuk dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport |
Indeks 7
|
:
|
Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren
- buah masak ranum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk dieksport
|
NANAS SARAWAK:
Bagi nanas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi
yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Varieti Sarawak juga
menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendan terutama di kawasan
gambut. Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga rentan terhadap gejala teras
hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu rendah.
NANAS PADA (NANAS SAWIT)
Nanas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada
nanas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat.
NANAS JOSAPINE:
Varieti ini jauh lebih
baik daripada Moris dan Sarawak. Rintang terhadap gejala teras
hitam. Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui
pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Selain
daripada itu nanas ini juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk
hidangan segar.
Berasaskan sistem
pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya
ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk
betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).
Ciri-ciri Utama Josapine:
- Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
- Daun hijau keunguan, tidak beduri.
- Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.
- Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.
- Sulur dan ratunnya baik.
Perbandingan ciri-ciri
Josapine dengan Moris dan Sarawak adalah seperti berikut:-
|
Varieti |
Berat
(kg) |
Empulur
mm) |
Jumlah Pepejal Laut (%) |
Asid
%) |
Bil
Sulur
Buah) |
Duri |
Berbuah
Awal |
Kualiti
Penyimpanan |
Gejala
Teras
HItam |
Tindak
Balas
Berbunga |
|
A25-34 |
1.3 |
28 |
16.8 |
0.63 |
2.-3 |
- |
***** |
***** |
r |
***** |
|
Moris |
1.0 |
24 |
15.9 |
0.49 |
0 |
- |
**** |
*** |
tr |
***** |
|
Sarawak |
2.2 |
28 |
13.7 |
0.61 |
0 |
- |
* |
*** |
tr |
** |
Petunjuk: ***** = sangat baik
r = rintang
* = tidak baik
tr = tidak rintang
Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:
- Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).
- Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.
- Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.
- Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.
Ciri-ciri Buah:
- Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
- Buah berbentuk silinder.
- Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.
- Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).
- Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.
- Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.
- Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak.
- Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10%oC
selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
Iklim dan Tanah:
Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-30oC.
Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata.
Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut,
diantara pH 4.5-6.0. Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah
sentiasa lembap dan terlalu masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan
rata.
Penyediaan Tanah:
Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur
sebelum menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). Tanah perlu dikapur
sekiranya pH terlalu rendah (bawah pH 4.5)
Amalan Kultur:
- Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.
- Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman
pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.
- Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163
kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan
selepas ditanam. Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860
kg sehektar setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg
12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.
- Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g
ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air.
Penyemburan dibuat pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.
-
Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon
(300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).
-
Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.
Pembajaan
| Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Hektar |
|
1
2
3
4
5 |
Sebelum menanam
Semasa menanam
3 bulan
6 bulan
9 bulan |
Kapor
CIRP
NPK 12:12:17:2
NPK 12:6:22:3
NPK 12:6:22:3 |
2.5 tan
200 kg
200 kg
500 kg
500 kg |
Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga
| Bil |
Racun |
Bahan Aktif |
Kadar |
Jumlah/ha |
Ketinggian
Kemasaman Tanah |
|
1
2
3
4
5
6 |
Carbaryl
Dimethoate
Amitraz
Mercaptodimethur
Diazinon
Cypermethrin |
85%
38%
20%
50%
52%
5.5% |
9g / 4.5 lit.air
6 ml / 4.5 lit.air
10 ml / 4.5 lit.air
10 g/10 lit. air
7.5 ml / 4.5 lit.air
7.5 ml / 4.5 lit.air |
1.8 kg
1 lit
0.8 lit
500 g
1.5 lit
1.3 lit |
7
14
7
7
7
7 |
Racun Untuk Kulat
| Bil |
Racun |
Nama Dagangan |
Bahan Aktif |
Kadar Bancuhan |
Ketinggian
Kemasaman Tanah |
|
1
2
3
4 |
Mancozeb
Maneb
Copper oxychloride
Tridemorph |
Dithane M-45
Pro-Maned 80
Zepercide 870
Calixin |
80%
80%
87%
84.3% |
7-9/4.5 lit.air
30-40/18 lit.air
10-20 g/10 lit.air
5 ml/4.5 lit.air |
7
14
7
7 |
Kawalan Rumpai:
Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah
dilakukan setiap 3 bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan
sehingga 6 bulan sekali.
Kawalan Jambul dan Sulur:
Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5
- 6.5 sm untuk membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2
sulur disimpang pada setiap pokok untuk dijadikan bahan tanaman.
Indeks Kematangan Nanas Josapine
Indeks 1
|
:
|
Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna
kemerahan.
- buah belum matang
- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
- belum sesuai untuk dituai. |
Indeks 2
|
:
|
Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara
mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
- buah telah matang (peringkat pecah warna)
- 50% isi berwarna keemasan
- belum sesuai dimakan segar
- boleh dieksport melalui laut |
Indeks 3
|
:
|
Buah
berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah
bertukar warna keorenan.
- buah matang hijau
- 75% isi berwarna keemasan
- boleh dimakan segar tapi masih belum enak
- sesuai untuk ekport melalui laut dan udara |
Indeks 4
|
:
|
Lebih
kurang 25% mata buah berwarna keorenan.
- buah suku masak
- lebih 75% isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
- baik untuk dimakan segar
- sesuai untuk pemprosesan minuman
- sesuai untuk eksport melalui udara. |
Indeks 5
|
:
|
Lebih
75% mata berwarna keorenan
-
buah separuh masak
- keseluruhan isi berwarna keemasan
- isi pejal, berjus, manis dan harum
- baik untuk dimakan segar
- baik untuk pemprosesan minuman
- masih boleh dieksport melalui udara |
Indeks 6
|
:
|
Lebih kurang 75% mata buah berwarna
keorenan
- buah tiga suku masak
- isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum
- masih boleh dimakan segar
- tidak sesuai untuk eksport |
Indeks 7
|
:
|
Keseluruhan buah berwarna oren
- buah masak penuh
- isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman
- masih boleh dimakan segar tapi kurang enak
- tidak sesuai untuk eksport
|
NANAS MASPINE:
Maspine berasal dari kumpulan nanas 'Manzanah' iaitu daripada jenis buah yang
mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (piping-leaf). Ia telah dibangunkan
dan dinamakan '73-50' oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah
ditutup pada 1975. Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari
kacukan antara kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.
Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran
germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac
1993. Dua sulur daripada setiap lima hibrid 'piping-leaf' telah
diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk
pemerhatian dan kajian. Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu '53-116',
'59-656' dan '73-50' (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama.
Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan
'quartering'.
Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi
kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya. Selepas
hasil dituai, jambul dan tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot
percubaan di Pontian pada tahun 1999. Secara keseluruhan, hibrid '73-50'
(Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar
tempatan. Ciri-ciri Maspine adalah seperti berikut:-
-
Ciri-Ciri Tampang
- Pokok subur dan sederhana tinggi.
- Daun tidak berduri.
- Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
- Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan sulur bawah.
-
Ciri-ciri Pembungaan
- Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.
- Pengeluaran jambak bunga 37 hari selepas aruhan hormon.
-
Ciri-ciri Buah
- Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.
- Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
- Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
- Isi bewarna kuning keemasan.
- Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%.
- Kandungan asid rendah (0.58%).
- Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut.
-
Hasil
- Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih tinggi daripada
Josapine.
- Rintang kepada penyakit reput teras.
- Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.
-
Ciri-ciri Pengalengan
- Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan Gandul (16-18%).
- Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas
diproses.
- pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
- Isi berwarna kuning keemasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah
dipotong.
- Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
- Garis pusat empulur buah kurang daripada 30 mm.
- Secara keseluruhan industri atau pengilang berpuas hati dengan kualiti varieti
ini.
Benih Maspine dihasilkan melalui teknik 'quartering' dan ketulenan klon dijamin.
Terdapat lebih 12,000 sulur telah disediakan untuk hibrid ini. Benih ini
akan dibiakkan seterusnya dengan menggunakan teknik 'quartering' untuk mencapai
sasaran 128,000 sulur pada hujung tahun 2006.
Produk Hasil Pemprosesan Nanas Maspine:
-
Produk yang boleh dihasilkan ialah produk berkaleng, produk basah, produk kring
dan produk separa kering. Produk berkaleng seperti nanas dalam sirap,
nanas dalam jus nanas, jus nanas dan minuman jus nanas.
-
Sesuai dikalengkan atau dibotolkan tanpa gula sebagai jus nanas jernih bersama
atau tanpa karbon dioksida.
-
Penghasilan serbuk jus nanas dengan menggunakan teknologi pengeringan 'fluid
bed' atau spray dryer' dan kordial.
-
Nanas hancur boleh dijadikan puri, sos nanas bercili, sos nanas manis, jem dan
inti. Pemproses snek, jeli dan nanas kering.
INDEKS KEMATANGAN BUAH NANAS
:
Umumnya peringkat kematangan buah nanas boleh ditentukan dengan melihat
perubahan warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh
menanam atau pemberian hormon untuk aruhan bunga. Untuk penuaian,
kiraan hari selepas pemberian hormon seringkali digunakan oleh petani.
Nanas Moris dan Josapine umpamanya, masing-masing sudah boleh dipetik 125
dan 120 hari selepas pemberian hormon. Jangka masa matang bagi buah
nanas Gandul ialah 15-16 bulan sementara nanas Masmerah mengambil masa
17-18 bulan. Walau bagaimanapun, tarikh kematangan ini digunakan
sebagai panduan sahaja, kerana kematangan buah nanas boleh juga
dipengaruhi oleh cuaca. Buah nanas biasanya masak lebih awal apabila
peringkat akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.
-
Indeks 1
Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna
kemerahan (belum matang). Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh
dituai.
-
Indeks 2
Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara
mata di bahagian pangkal buah. Braktea agak kering dan berwarna
keputihan (peringkat mula matang). Isi pejal dan kemasaman.
Belum sesuai dimakan segar. Sesuai untuk ditin dan eksport segar
melalui laut.
-
Indeks 3
Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah
berwarna hijau kekuningan (cukup matang). Isi pejal, agak berjus dan
masam manis. Boleh dimakan segar tetapi belum enak dimakan.
Sesuai untuk ditin dan dieksport segar melalui laut dan udara.
-
Indeks 4
Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan
(buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum.
Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
-
Indeks 5
Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan
(buah masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum.
Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk dieksport melalui udara.
-
Indeks 6
Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi
agak lembik, terlalu banyak jus, manis dan harum. Masih sesuai
dimakan segar. Tidak sesuai untuk eksport.
-
Indeks 7
Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum). Isi lembik,
terlalu banyak jus dan masam manis. Masih boleh dimakan segar tetapi
kurang enak. Tidak sesuai untuk eksport.
Nanas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang. Bahagian
tangkai buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerja-kerja
pengendalian. Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang
disangkut di bahagian belakang pekerja.
(Dipetik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI
2005).
Indeks warna buah nanas
Ciri-Ciri Maspine Berbanding
Dengan Josepine dan Gandul
|
Varieti |
Duri
Daun |
Sulur |
Berat
Buah
(kg) |
Tempoh
Matang
(hari)* |
Bintik
Isi |
TSS |
Asid |
HR% |
Hasil
(t/ha) |
|
Maspine |
tiada |
jarang |
1.76 |
155 |
0.4 |
18.3 |
0.58 |
2.7 |
56 |
|
Josaspine |
sedikit |
banyal |
1.12 |
115 |
0.9 |
16.4 |
0.82 |
32.3 |
35 |
|
Gandul |
sedikit |
sedikit |
1.44 |
148 |
0.5 |
12.2 |
0.50 |
10.2 |
40 |
Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai penanaman nanas dan bekalan benih tanaman,
sila hubungi:-
Unit Promosi dan Jualan
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9437128 Fax: 603-9487630
Laman web: MARDI
(klik)
Borang:
Borang Pertanyaan dan Aduan Pelanggan (klik) |
 |
|