VARIETI-VARIETI NANGKA
Klon kultivar yang disyorkan:-
J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan
didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat
10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan
sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak
dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan
bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.
J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973.
Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm.
Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal,
banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan
berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal,
rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami.
Bijinya kecil.
J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah
bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana
besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal,
saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.
J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.
MASTURA (Cj)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai
komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi
perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil
dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus
heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).
Bagaimana MASTURA dihasilkan?
Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek
yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan
gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat
penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih
untuk dikacukkan.
Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan
ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg sebiji, empulur yang kecil
dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak.
Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi
buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan
mengeluarkan aroma yang menyelerakan.
Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji
benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat
penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA.
Ciri-ciri MASTURA:
Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:-
PENYEDIAAN BENIH TANAMAN:
Gunakan baja klonal yang dibiakkan secara tampang iaitu
cantuman mata tunas dan baji (klik untuk lihat proses
cantuman dan
cantuman pokok). Bahan
pembiakan mestilah diperlehi dari sumber pokok induk yang disahkan tulen. Anak benih nangka yang hendak ditanam ke ladang mestilah
anak benih yang sihat, subur, cergas dan tidak berpenyakit.
PENANAMAN DI LADANG
Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah
melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang
memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini
boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh
secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali
sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih
bolehlah ditanam di ladang.
Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm.
Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari.
tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat.
Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap
lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum
operasi penanaman anak pokok dilakukan.
Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang
sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg
dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di
keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi
berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram
anak pokok dengan secukupnya selepas menanam.
Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada
kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok
nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul
buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di
ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan
keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok.
|
SISTEM PENANAMAN
Tanaman tunggal / selingan:
Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga
segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem
tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok
yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi
sama.
Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang
pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi
sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi
mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi.
Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman
pengisi. Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian.
Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di
tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila
produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut.
Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi
pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung
dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan
menggalakkan kejadian penyakit bakteria.
|
|
 |
PEMANGKASAN:
Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari
peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini.
Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting,
dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser
atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok).
Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk
pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur
3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan
kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang,
seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama
dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu
bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula
dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.
PEMBAJAAN
Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah
hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang
sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.;
Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.
Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka
|
Umur pokok (tahun) |
Kadar baja kimia
(g/pokok/tahun) |
Baja Organik
(kg/pokok/tahun) |
| |
Urea |
TSP |
K20 |
Mg |
|
|
1
2
3
4
5
6
7
8-20 |
165
330
459
530
670
795
1060
1325 |
163
325
488
520
650
780
1040
1300 |
125
250
375
565
710
850
1130
1415 |
40
75
110
150
185
225
300
375 |
10
10
15
15
20
30
40
40 |
Nota:
Urea
TSP
K20
Mg |
:
:
:
: |
Untuk tumbesaran pokok
Trade Super Phosphate (P)
Kalium (K)
Magnesium + mg |
Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal.
Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan
keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg.
PENGURUSAN AIR
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka
telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem
pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini
adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan
penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat
baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada
setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang
dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan.
Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh
digunakan untuk tujuan membaja.
PENJARANGAN BUAH
Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang
menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban
pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan
tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu
selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang
dan 6-8 cm garis pusat.
Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada
penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang
besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.
PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA
Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight)
Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang
dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti.
Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur
dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan
pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan
keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.
Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit.
Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar
bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan
disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.
KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA
Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:-
-
Pengorek Buah (Margaronia caesalis)
- dari jenis kupu-kupu.
Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan
meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan aau fras dikeluarkan
dari lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung
kertas.
-
Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp
- sejenis kumbang
Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang.
Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang
utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan
pucuk menjadi kuning dan kering. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas
dan dibakar.
-
Lalat buah (bactrocera spp).
Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi buah.
Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas.
Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion
disemburkan ke daun. Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk
memerangkap lalat buah.
-
Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp)
Bungkus buah apabila saiz mencapai
16-18 cm dengan karung kertas sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat
buah bertelur pada buah.
Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah
dibungkus. Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk
mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah.
Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2
minggu selepas berputik. Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu
selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas
dibungkus.
Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik.
Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat
kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu
sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang,
duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang
juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal
buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang
matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).
Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan
sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah
atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok.
Indeks Kematangan Buah Nangka
Indeks 1
Tidak matang. Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya.
Keadaan duri masih rapat dan tajam. Belum sesuai untuk dipasarkan.
Indeks 2
Matang. Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning
kehijauan. Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam. Sesuai untuk
dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari.
Indeks 3
Masak. Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan.
Duri semakin lebar dan kurang tajam. Buah mengeluarkan bau aroma yang agak
kuat.
Indeks 4
Buah ranum. Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan.
Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat.