|
PANDUAN MENANAM PETOLA SEGI
Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di
tanah-tanah rendah. Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai
berasal dari benua India. Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung,
berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat. Buah berwarna
hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.
Varieti
Petola tempatan,
Pin-Ann (hidbrid, San-C (hidbrid)
Iklim dan
Tanah
Memerlukan hujan
yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas. Petola sesuai
ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah
gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir. Kawasan yang mempunyai
saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5
adalah paling sesuai.
Penanaman
-
Penyediaan
Tanah
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.
Lakukan pengemburan dengan menggunakan cangkul atau trektor. Kumpul dan
bakar rumput-rumput kering/sampah sarap sebelum menyediakan batas.
-
Membuat Batas
Sediakan batas berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm
tinggi. Gaulkan baja asas seperti tahi ayam reput sebanyak 2 tan metirk
untuk 0.04 ha. kawasan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.
Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x
90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.
-
Menanam
Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas. Sebelum
menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan
racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih.
Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan
jarak 2 cm antara satu sama lain. Kemudian timbus biji benih dengan
tanah lebih kurang 3 cm dalam. Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3
kg biji benih diperlukan. Selepas 10 hari menanam, penjarangan
dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.
Penjagaan
Letak
rumput-rumput kering atau jerami padi di permukaan batas selepas menanam sebagai
sungkupan. Ini adalah untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah serta
melambatkan pertumbuhan rumpai. Hakisan dapat juga dikurangkan.
Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.
Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah
didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.
Satu lagi cara untuk menyokong pokok ialah dengan sistem "trellis".
Pacakkan batang-batang kayu tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.4 m
panjang dan 6-10 cm paris pusat. Sambungkan dua tiang beruti atau batang
kayu yang berhampiran dengan menggunakan dawai kasar untuk dijadikan junjung.
Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang
dan melintang. Apabila anak pokok berumur 15-20 hari gunakan tali rafia
untuk membantu anak pokok memanjat junjung. Sistem pancang dengan kayu
atau pun buluh boleh juga digunakan, walau bagaimanapun hasil yang didapati
adalah rendah dibandingkan dengan cara sistem trellis.
Membaja
Baja organan atau
baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja
asas di dalam penanaman petola. Selain daripada baja organan, baja
sebatian contohnya N:P205:
K20:Mg0
12:12:17:2
|
Masa
Pembajaan |
Kadar Baja
(kg/0.4 ha) |
Cara Membaja |
|
3 minggu
lepas tanam
5 minggu lepas tanam
7 minggu lepas tanam |
100
200
200 |
Tabur di
keliling pokok.
Tabur antara pokok.
Tabur antara pokok. |
Menyiram
Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur. Siram dua kali sehari iaitu pagi dan
petang terutama apabila cuaca terlampau panas.
Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok
Amalan membuang tunas elok juga dilakukan. Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga
mengeluarkan buah. Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan
utama hendaklah dibuang. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan
pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.
Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.
Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung
dan penmbesarannya tidak terganggu.
Membalut Buah
Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Kerja ini dilakukan
selepas menyembur racun. Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan
beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.
Kawalan Serangga / Penyakit
-
Lalat Buah - balut
buah, sembur racun serangga, jika perlu.
-
Kumbang Daun - sembur
racun Methamidophos.
-
Kepindang Buah -
sembur racun Methamidophos.
-
Kulapuk Downy -
sembur racun kulat Maneb.
Memungut Hasil
Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya
boleh dipetik sebanyak 60 kali. Peti buah tiap-tiap hari iaitu di waktu
pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petiklah buah yang masih
lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah
105-110 hari. Hasil purata yang dipungut dengan menggunakan sistem pancang
adalah dianggarkan 5,200 kg /0.4 ha. dan sistem trellis dianggarkan antaa
9,000-15,000 kg / 0.4 ha.
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Rantaian ke Laman Petola
|