|
TANAMAN UBI
(UBI KAYU,
UBI KELEDEK,
UBI SENGKUANG)
UBI KAYU
|
Nama
Botani |
:
Manihot esculenta |
|
Famili |
:
Euphorbiaceae |
Merupakan
tanaman jangka pendek. Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk
dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil seperti Black Twig
dan
C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92. Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang
Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai,
Pulut dan Batang Putih.
Varieti:
-
Black Twig
Jenis pahit, untuk diproses. Kulit ubi putih perang kemerahan tua,
isi putih, hasil 30-40 hektar. Kandungan kanji 28-30%. Tempoh
matang 10-14 bulan.
-
C 5
Ubi pahit untuk diproses. Kulit ubi berwarna perang muda. Isi
berwarna putih krim. Kandungan kanji 26%. Hasil 30-35
tan/hektar. Tempoh matang 10 bulan.
-
Medan
Ubi jenis manis. Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih,
kandungan kanji 28-35%. Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12
bulan.
-
CM 982-7
Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut.
Hasilnya lebih tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi
kandungan kanji ialah hanya 19%. Kulit ubi berwarna perang muda dan
isinya putih krim.
-
Klon MM 92
Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam.
Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Klon ini
cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan
ubi kayu lain seperti Black Twig. Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh
diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali
bagi setiap tiga tahun. Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36
tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau
yang panjang).
Bilangan / Berat Biji
Benih Diperlukan
|
Nama Biasa |
Bilangan pokok sebatas 100
kaki persegi |
Bilangan biji sebatas 100 kaki
persegi |
Bahan Tanaman |
Jarak Tanaman
(antara pokok & barisan) |
Hasil Mula Dipetik
(minggu) |
Carrot (Lobak
Merah) - Damcus carota
Sengkuang - Pachyrhizus erosus
Lobak (radish) China - Raphanus sativus var.Horlensis
Keladi (Yam) - Colocasia esculenta
Halia (Ginger) - Zingiber officinale |
365
34
100
-
75 |
730
68
200
-
75 rhizomes |
Biji
Biji
Biji
Umbisi
Rhizome |
4" x 9"
16" x 30"
12" x 12"
12" x 48"
!2" x 18" |
12
24-28
8-12
48
48 |
PENYEDIAAN TANAH
Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran.
Tanah dibajak 2 kali dan disisir sekali. Buatlah batas dengan jarak 1m di
antara batas.
PENANAMAN
-
Benih
Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang.
Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan.
Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605
batang/ekar).
-
Jarak Tanaman
Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2
kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).
-
Cara Menanam
Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan
terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan
yang lebih tinggi.
PENJAGAAN
-
Mengawal Rumpai
Merumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3
bulan selepas merumput pertama. Panduan mengawal rumpai dengan racun herba
adalah seperti berikut:-
-
Membaja
Baja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam. Di tanah gambut
baja ditabur semasa menanam. Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah
gambut tabur kapur sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu
sebelum menanam.
Tanah Lanar Pesisir (Coastal Alluvial
Soils)
Tanaman Pertama:
67 kg/ha (60 lb/ekar) baja Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
23 kg/ha (20 lb/ekar) baja Phosphorus seperti CIRP.
Tanaman Kedua dan Seterusnya:
90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti CIRP.
45 kg/ha (40 lb/ekar) baja Kaliam seperti Muriate of Potash.
112 kg/ha (100 lb/ekar) serbuk batu kapur (GML).
Tanah-tanah Tinggi Asal Setempat (Upland
Sedentary Soils)
Tanaman Pertama:
67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP + 34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti
Double super phosphate
56 kg/ha (50 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.
Tanaman Kedua dan Seterusnya:
90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP
90 kg/ha (80 lb/ekar) Kaliam Muriate of Potash
225 kg/ha (200 lb/ekar) GML.
Tanah Gambut (Pest Soils)
Tanaman Pertama (sebelum menanam)
1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.
34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar)
CIRP.
67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.
Selepas Menanam:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
Selepas 3 bulan:
67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
Tanaman Kedua dan Seterusnya:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan
225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML
Catatan: Nitrogen untuk tanah jenis asal setempat (sedentary soils) dan
pesisir (coastal) boleh dibahagikan untuk dua kali pembajaan, seperti diberi
semasa menanam dan bakinya selepas 3 bulan menanam.
MENINGKATKAN PENDAPATAN DARIPADA HASIL
(sumber: Agromedia Bil. 6 1999)
Dalam proses pengeluaran, tenaga buruh merupakan komponen kos
yang tinggi, apabila permintaan melebihi bekalan. Dua operasi ladang yang
paling banyak menggunakan tenaga buruh ialah menanam dan memungut hasil.
Namun, kedua-dua operasi ini boleh dijenterakan apabila ubi kayu ditanam di
tanah biasa. Ini bermakna jentera boleh menggantikan tenaga manusia bagi
menjalankan kerja yang menjerihkan ini. Malangnya jentera tidak boleh
digunakan apabila ubi kayu ditanam di tanah gambut. Berat jentera tidak
boleh ditampung oleh tanah gambut yang lembut. Walau bagaimanapun di tanah
gambut, kos masih boleh dijimatkan dengan menanam tanpa pembajakan. Amalan
ini sangatlah sesuai untuk tanah gambut yang begitu peroi. Selepas ubi
dicabut, tanah sedia gembur dan penanaman boleh dilakukan dengan serta merta.
Jika varieti MM 92 ditanam ditanah gambut, kadar baja yang
diperlukan hanya separuh daripada yang biasa digunakan untuk Black Twig.
Kadar separuh yang diperlukan ini hanya berselang musim dan dapat mengurangkan
kos baja tanpa menjejaskan hasil ubi. Di tanah gambut, kos membaja memang
tinggi. Tanah ini kekurangan banyak nutrien penting, sama ada kandungannya
rendah ataupun diikat kuat dalam tanah sehingga tidak dapat diserap oleh pokok.
Contohnya nitrogen. Sungguhpun nutrien ini banyak terdapat dalam bahan
organik seperti tanah gambut, nitrogen diikat oleh kandungan karbon yang juga
tinggi. Jadi, semua nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan ubi
terpaksa dibekalkan dalam bentuk baja. Dengan penggunaan semula bahan
hampas kilang membuat kanji, jumlah baja dapat dikurangkan. Ini boleh
menjimatkan kos serta sekaligus dapat mengatasi masalah pembuangan hampas.
Hasil ubi yang tinggi harus dipertahankan daripada kerugian. Kerugian yang
mungkin berlaku boleh dielakkan. Cara yang terbaik adalah mengurus rumpai,
perosak dan penyakit secara lebih rapi. Rumpai akan bersaing dengan pokok
tanaman bagi mendapatkan bekalan nutrien, air dan cahaya matahari. Oleh
itu, tanah harus dibaja dengan sempurna supaya ladang bebas daripada rumpai
semasa menanam. Ini diikuti dengan penyemburan racun herba pracambah
supaya biji benih rumpai yang ada dalam tanah tidak bercambah. Racun
rumpai boleh digunakan ialah 2 liter alanchor atau metolachlor dicampur dengan 2
kg fluometuron sehektar. Rumpai yang lewat tumbuh boleh dihapuskan dengan
menggunakan racun herba sentuhan. Serangga perosak dan penyakit tidak
banyak menimbulkan masalah dalam penanaman ubi kayu di negara ini
Cara meningkatkan pendapatan daripada penanam ubi kayu
|
Perlu dilakukan |
Boleh diharapkan |
| Menggunakan varieti yang
berhasil tinggi seperti Perintis |
Pendapatan lebih tinggi
kerana hasil ubi yang lebih tinggi. |
Menggunakan varieti yang
memberi hasil lebih awal
seperti MM92 |
Pendapatan lebih tinggi
kerana hasil penanaman dua kali lebih tinggi daripada hasil
penanaman sekali. |
| Menggunakan jentera untuk
menanam & memungut hasil |
Mengurangkan kos dengan
mengurangkan keperluan buruh. |
| Mengikut amalan tanpa
pembajakan |
Mengurangkan kos dengan
menyingkirkan penyediaan tanah. |
Menggunakan baja yang
sedikit dengan varieti yang
memberi hasil lebih awal |
Mengurangkan kos baja. |
| Menggunakan semula bahan
hampas kilang kanji |
Mengurangkan kos kerana
kurang baja digunakan. |
| Mengawal rumpai |
Pendapatan lebih tinggi
kerana kerugian hasil dapat dikurangkan. |
| Mengawal perosak mamalia |
Pendapatan lebih tinggi
kerana kerugian hasil dikurangkan. |
| Memproses ubi secepat
mungkin selapas dipungut |
Pendapatan lebih tinggi
kerana kerosakan ubi dikurangkan. |
(sumber: Agromedia Bil. 6 1999).
MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT
Tiada musuh yang
merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.
MENGAWAL PENYAKIT DENGAN MENGGUNAKAN RACUN KIMIA
-
Bintik daun
(leaf spot)
Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.
Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar
kapar-kaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu
berturut-turut di tempat yang sama.
-
Hawar bakteria
(bacterial angular leaf spot/blight)
Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.
Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar
kapar-kaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu
berturut-turut di tempat yang sama.
-
Penyakit akar
putih (white root disease)
Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan tanaman
getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul akar
yang tidak dibuang semuanya. Buang dan musnah semua tunggul-tunggul atau
akar-akar sebelum menanam. Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar
pokok-pokok yang berpenyakit. Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas
pengambilan hasil tanaman. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di
tempat yang sama.
MEMUNGUT HASIL
Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9
bulan selepas menanam. Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar. Medan
dipungut 12 bulan selepas menanam dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.
UBI KELEDEK (Ipomoea batatas L.)
Nama
Saintififk : Ipomoea batatas L
Keluarga
: Convovulaceae.
Nama tempatan : ubi stella dan ubi jalur
Keledek merupakan sejenis
sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Dipercayai
berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin.
Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut,
tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena,
tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus,
dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap
pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh
digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau
pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan
ternakan. Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri
teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap. Diantara
varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat
Bulan, Large White, Bukit Naga dan Klon MSP 94.
KULTIVAR YANG
DISYORKAN
Klon yang disyorkan ialah Bukit
Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).
-
VirtAto
Pucuk daun sedikit ungu. Gagang daun hijau dengan bintik unggu di
pangkal daun. Urat daun sebahagian unggu. Daun berbentuk
segi tiga. Batang berwarna hijau. Ubi berbentuk bujur
panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin. Isi ubi berwarna
oren.
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas
lombong dan tanah asid sulfat. Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha.
Kelebihan VitAto ialah ia mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari
2,000 bagi setiap 100 gm ubi. B-karotena dikekalkan apabila
menjadi tepong dan tepong ini lebih berkhasiat berbanding tepung gandum
dari segi serat, vitamin C dan B-karotena.
-
Gendut
(MSP94)
Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari
segi rupa dan citarasa. Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang
kekuningan merupakan warna yang digemari di pasaran tempatan. Isi
ubi keledek gendut pula lebih sedang dimakan apabila direbus, digoreng
atau dimasak kerana ianya lebih pejal dan tidak berair.
Klon MSP 94 tidak begitu manis,
rasanya hampir sama dengan kentang. Warna isinya juga menyerupai
warna ubi kentang. Ubi keledek ini sesuai ditanam sama ada di tanah
biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong mahupun di
tanah gambut yang mempunyai saliran. Penghasilannya tinggi, iaitu
diantara 20-30 tan/hektar.
-
Bukit Naga:
Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning. Hasil 20-30
tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.
-
Serdang 1
Kulit ubi berwarna ungu tua. Isi putih kekuningan. Hasil
15-20 tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.
-
Large
White
Warna kulit merah samar, isi kuning pucat. Hasil 12-15 tan/ha.
Tempoh matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.
-
Kuala
Bikam
Kulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim. Hasil 25-25
tan/ha. Tempoh matang 4 bulan. Kultivar jenis kecil.
Keperluan
khas penanaman:
Memerlukan cahaya matahari
penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping keperluan suhu 24-32 darjah
C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak tahan keapda keadaan
terendam kerana ubi akan menjadi busuk. Secara amnya, keledek
memerlukan tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan
seperti tanah lom dan tanah lempung berpasir.
Keledek ditanam dengan
menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan.
Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk
menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di
peringkat ladang.
Penyediaan
Tanah
Keledek ditanam di atas batas.
Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut
kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat
selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang
semakin bertambah. Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang
disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.
Untuk menanam keledek di
kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah dibajak piring sedalam
20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama.
Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah penyakit dan
perosak keledek yang terdapat dalam tanah. Kapur sebanyak 2.5 m
tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu sebelum bajak putar kali kedua.
|
Bagi
penanaman di ladang, keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45o
sedalam 15-20cm. Jarak tanaman adalah 25-30 cm di dalam
barisan dan 90-120 cm antara barisan, mengikut jenis kultivar
keledek samada dari jenis yang kecil ataupun besar. Kultivar
dari jenis yang kecil memerlukan sejumlah 44,444 keratan benih (0.25
m x 0.9 m) manakala kultivar dari jenis yang besar pula sebanyak
27,777 keratan benih (0.3 m x 1.2 m) untuk penanaman sehektar
keledek.
Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal atau secara tanaman
selingan di kebun-kebun getah atau kelapa sawit yang baru dibuka
bagi meningkat penggunaan sumber sedia ada dan keuntungan projek.
Penanaman keledek dilakukan di waktu petang.
|
|
Sistem Penanaman Keledek
 |
Keperluan Kapur dan Baja Organan
| Jenis Tanah |
Kadar Pengapuran
(tan/ha GAIL) |
Baja Organan
(Tan/Ha) |
|
Tanah mineral & tanah lanar
Tanah Bris dan bekas lombong
Tanah gambut/asid sulfat
Tanah batu kapur (pH 6-8) |
2.5
2
5-10
- |
3-5
10-20
3-5
3-5 |
Batas, tanah mineral, bersaiz 1.2 m lebar dan 7.5 m panjang
memerlukan 3.1 kg kapur dan 6.2 kg baja organik seperti tahi ayam.
Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya
tidak terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin.
Penjagaan
Sulur
Bagi mendapatkan pembentukan
ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok, sulur-sulur keledek
hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman. Masa yang sesuai
dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam. Aktiviti ini
hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai.
Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan
ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran. Pembentukan ubi utama
di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya.
Pembajaan
Pengesyoran pembajaan yang
sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah setempat. Secara amnya
pembajaan keledek menggunakan baja organik (12:12:17:2) dan baja organik
(tahi ayam). Baja organik digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum
penanaman.
Pengurusan
Air
Memerlukan air terutamanya di
peringkat 2 bulan pertama penanaman. Ketika ini pokok sedang
membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan pertumbuhan dan
seterusnya mengurangkan penghasilan. Pengairan boleh dilakukan
dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sekiranya
tiada sistem pengairan yang sempurna, penanaman keledek hendaklah
disesuaikan dengan kedatangan musim hujan di peringkat penanaman.
Sistem perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran
dengan membina parit ladang.
Berapakah jumlah air yang diperlukan?
(Sumber: Agromedia Bil. 11, 2001)
Bergantung kepada keadaan tanah dan jenis pokok. Bagi tanaman ubi
keledek yang kawasan akarnya antara 30-40 cm di bawah permukaan tanah,
jumlah air siraman yang diperlukan di tanah liat berpasir (mineral) lebih
kurang 40 meter padu sehektar bagi sekali siraman. Pada peringkat
awal penanaman, dicadangkan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali
sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Kuantiti air juga
bergantung pada keadaan pembesaran dan saiz kanopi pokok. Semakin
besar saiz kanopi semakin kurang pemeruapan air tanah melalui pancaran
terus cahaya matahari, tetapi pengambilan air oleh pokok akan bertambah.
Keadaan ini menyebabkan kapasiti air yang diperlukan untuk siraman mungkin
akan bertambah, bergantung pada kelembapan tersedia dalam tanah (boleh
ditentukan melalui jangka tekanan lembapan pengairan 'irrometer').
Apabila bacaan jangka tekanan lembapan melebihi 60 centibar, siraman boleh
dilakukan sehingga bacaannya kembali ke titik asal antara 10-0 centibar.
Bagi mereka yang berpengalaman, pengairan boleh dilakukan melalui
pemerhatian keadaan tanah dan pokok keledek tersebut.
Kos peralatan pengairan
Harga sesuatu sistem pangairan bergantung pada jenis alat pengairan yang
dipilih. Bagi kawasan ladang yang besarnya melebihi 10 hektar,
dicadangkan sistem "mini gun spray" digunakan kerana garispusat kawasan
renjisan melebihi 90 meter bagi setiap unit. Sehektar 7-10 unit
bergantung pada keadaan dan bentuk tanah. Bagi ladang keledek yang
besar dan jika operasi ladangnya dijalankan secara penggunaan jentera
sepenuhnya, pemilihan sistem pengairan yang sesuai sangatlah penting.
Sekiranya tersalah pilih, banyak masa kerja akan terbuang untuk memasang
dan membuka semula sistem pengairan tersebut ketika operasi menggunakan
mesin ladang hendak dijalankan. Pengairan cucur, titis dan mikro
renjis melibatkan banyak kerja ketika operasi penjagaan tanaman dan
pungutan hasil dilakukan di ladang. Jentera ladang akan merosakkan
sistem penghantaran air dan pemancarnya melainkan sistem tersebut dibuka
dan digulung untuk disimpan dan digunakan semula apabila perlu.
Kadang-kadang keadaan ini akan merosakkan peralatan sistem penghantar air
dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi.
Bagi sistem "mini gun spray", sistem penghantaran airnya boleh ditanam di
dalam tanah ke aras 1 m dan pemancar airnya boleh dinaikkan ke atas
permukaan tanah melebihi 1 m. Jarak antara pemancar ialah 15-20 m
supaya keseluruhan pokok dapat disiram apabila perlu. "Mini gun
spray" boleh dipasang dan ditanggalkan apabila tidak diperlukan.
Sistem penghantaran airnya tidak menggganggu penggunaan jentera di ladang.
Bagi sistem pengairan pemercik mudah alih, sistem ini juga sesuai tetapi
memerlukan tenaga buruh untuk memasang dan menanggalkan semula sistem
tersebut apabila kerja penjagaan tanaman dan pungutan hasil hendak
dilakukan secara berjentera. Bagaimanapun, kos peralatan
berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
Penyakit Ubi Keledek serta
langkah-langkah kawalan
|
Penyakit/musuh |
Kesan dan Langkah Kawalan |
Kulat
Bintik daun keledek (cercospora batatae/Periconia byssoides) |
Daun berbintik coklat dan serangan
teruk mengakibatkan daun menjadi
berkerengkok.
Sembur racun kulat benomyl pada kadar 0.015- 0.03%
bahan aktif
selang 5-7 hari sekiranya perlu. |
Kulat
Reput ubi keledek
(ceratocystis
paradoxa/rhizopus oryzae) |
Ubi keledek
menjadi reput dan busuk. Elakkan kecederaan ubi
semasa
memungut hasil. Jalankan proses pengesaran kulit ubi keledek selepas
pungutan hasil. Simpan ubi didalam keadaan kering.
|
Kulat
Keruping (elsinoe batatas) |
Simptom penyakit ini terdapat pada urat
daun, tangkai dan batang. Terdapat
bintik-bintik perang pada daun dan batang. Ia menjadi gabus
atau
bersatu membentuk keruping. Daun bergulung / berkedut, mengecil dan
berubah bentuk serta batang
dan tangkai berpintal.
Langkah kawalan: Gunakan keratan benih
yang bebas penyakit.
Amalkan tanaman giliran dan kebersihan
kebun. Kaedah mengangkat daun
dapat membantu
mengurangkan jangkitan penyakit ini. Proses mengangkat
daun
dapat memperbaiki pengudaraan dan mengurangkan kelembapan
persekitaran tanaman. Pancaran terus cahaya matahari ke
bahagian yang
terjangkit secara tidak langsung dapat membantu
mengurangkan jangkitan.
Pengawalan secara semburan kimia ialah dengan mengggunakan Benomyl
pada kadar yang disarankan. Semburan hanya perlu dilakukan
sekiranya
simptom awal penyakit dalam dilihat. Selepas
semburan ini, penanam boleh
memilih sama ada meneruskan penyemburan
atau tidak bergantung pada
simptom yang dilihat. Hasil kajian
mendapati bahawa gabungan semburan
selepas mengangkat daun akan
memberikan pengawalan yang lebih baik. |
Serangga
Kumbang pengorek ubi
(cylas formicarius)
|
Kumbang ini
membiak di dalam ubi keledek dan menurunkan kualiti ubi
sehingga
hasil tiada nilai pasaran. Serangan yang teruk boleh
mengakibat
kan kerugian sehingga 90& hasil.
Amalkan sistem
giliran tanaman dan kebersihan kebun. Tabur butiran racun
carbofuran pada kadar 1.5 kg/ha bahan aktvif semasa penanaman boleh
mengurangan serangan
|
Serangga
Ulat Pengorek Batang
(omphisa anastomosaslis) |
Batang dan
sulur keledek dikorek oleh larva kadangkala sehingga ke ubi
keledek. Giliran
penanaman dan kebersihan kebun dijalankan. |
Vertebrate
Tikus
|
Memakan ubi
keledek. Amalkan
kebersihan ladang. Umpan dengan racun brodifacoum di peringkat
umur penanaman dua bulan dapat mengurangkan kejadian serangan. |
Tempoh
Dilarang Mengutip Hasil
Penyemburan racun hendaklah
diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh dilarang
mengutip hasil selepas semburan akhir seperti berikut:-
|
Racun |
tempoh larang kutip (bil hari) |
|
benomyl
carbofuran |
14
30 |
Kematangan
dan Pengutipan Hasil
Boleh dipungut 3-5 bulan
selepas menanam. Kematangan boleh ditentukan apabila daun-daun bawah
pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu.
Sekiranya ubi keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak
bertukar kepada warna kehitaman dengan cepat.
Daun dan batang keledek
dipotong terlebih dahulu. Ubi dikorek dan dikeringkan di peringkat
ladang sebelum dibakulkan untuk pemasaran. Ini bertujuan untuk
proses pengerasan kulit ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka
ketika proses memungut hasil dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan,
calar-calar ini sering dijangkiti oleh agen-agen penyakit terutama kulat
yang boleh menyebabkan keledek menjadi cepat busuk. Ubi keledek
hendaklah disimpan di tempat teduh yang terbuka agar sentiasa kering bagi
mengelakkan reput ubi oleh serangan kulat. Keadaan kering juga dapat
menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di mana ianya boleh menurunkan
kualiti dan harga ubi di pasaran.
Perosak Ubi Keledek
serta langkah-langkah kawalan
Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)
Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek.
Boleh juga menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman.
Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.
Kumbang Belalai (Cylas formicarius)
Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi. Kumbang dewasa pula
memakan daun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman.
Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.
POTENSI KERATAN PUCUK SEBAGAI BAHAN TANAMAN KELEDEK
(Sumber: Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)
Amalan menanam ubi keledek menggunakan keratan batang adalah amalan
biasa di kalangan petani. Bagaimanapun terdapat satu lagi
kaedah menanam iaitu dengan menggunakan keratan pucuk.
Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan di Pusat
Pembangunan Komoditi, Besut pada tahun 1994, penggunaan keratan
pucuk menunjukkan potensi yang menggalakkan. Hasil pemerhatian
berkenaan telah menunjukkan bahawa menanam ubi keledek menggunakan
keratan pucuk lebih menguntungkan berbanding dengan keratan batang.
Ini dapat diperhatikan daripada peningkatan hasil yang amat ketara
iaitu 7.25 tan/hektar bagi varieti Kuala Bikam dan 6.75 tan/hektar
bagi varieti V5.
|
UBI SENGKUANG
|
Nama Botani
Famili |
-
- |
Pachyrhizus erosus (Yam Bean)
Leguminosae |
Sengkuang adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi.
Pokoknya tumbuh melilit/memanjat, mempunyai daun dan batang sedikit berbulu.
Iklim dan Tanah
Sesuai ditanam dalam kawasan yang lembap dan panas dengan suhu hariannya
diantara 21o-30oC. Ubi ini boleh jua ditanam di
kawasan tanah tinggi selama 1800 m.p.a.1.
Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak sebanyak dua pusingan dan kemudian diikuti dengan
pembuatan batas, berukuran 60 sm lebar dan 30 sm tinggi.
Menanam
Biji benih sengkuang ditanam terus ke batas sebanyak 2 biji selubang. Biji
benih yang diperlukan ialah 9 kg/hektar. Jarak tanaman ialah 20 sm antara
baris dan 15 sm dalam baris (dua baris sebatas).
Cantasan Dahan dan Bunga
Kerja mencantas dahan dan membuang daun dan bunga, perlu dijalankan
sekurang-kurang 4 kali dalam tempoh tanaman sengkuang untuk mengelakkan daun
yang berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan ubi. Hanya 3 dahan
ditinggalkan sepokok dan dahan yang terlalu panjang (lebih 60 sm) dicantas.
Satu pokok sengkuang mestilah mempunyai kira-kira 12 helai daun dan daun yang
berlebihan dibuang. Pembajaan
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
|
Pusingan |
Masa |
Jenis Baja |
Kadar/Hektar (650 batas) |
|
1 |
sebelum menanam |
Baja organan |
4 tan |
|
2 |
3 minggu |
NPK
12:12:17:2 |
300 kg |
|
3 |
6 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
|
4 |
10 minggu |
NPK 12:12:17:2 |
300 kg |
KAWALAN RUMPAI
Racun rumpati pracambah alachlor (Lasso) pada kadar 4 liter/hektar disembur
ke atas batas sebelum menanam biji benih. Kerja-kerja merumput selepas itu
tidak diperlukan kerana ianya tidak akan menganggu pertumbuhan ubi.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman ssengkuang ialah
ulat pemakan daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun Carbaryl.
Penyakit yang kadang-kadang menyerang tanaman sengkuang ialah reput umbisi dan
mozek duan, yang mana tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan pengurusasn
tanaman yang baik.
TEMPOH MENGUTIP HASIL:
Hasil ubi sengkuang boleh dipungut selepas 4 - 4 1/2 bulan ditanam. Pokok
yang cukup matang daunnya berwarna kekuning-kuningan. Kerja-kerja yang
perlu dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul dan mengisi ke dalam bakul.
Hasil yang dijangka ialah 25 tan/hektar.
Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
PENANAMAN
UBI SENGKUANG DI TANAH BEKAS LOMBONG
Nilai pH tanah di kawasan tanah
lombong dilaporkan sedikit beralkali (7.5 B.J.Kho). Untuk
memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg
(anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali. Kali
pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas
batas selepas menanam. Penambahan bahan organan akan membaiki
struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk
pertumbuhan pokok. Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula
dinaikkan. Jarak diantara batas adalah 160 cm.
Pengairan
Kolam-kolam di persekitaran
kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat
sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman. Setiap unit
berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar.
Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada
kolam untuk menyiram pokok.
Menanam
Biji benih ditanam terus di
atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar. Penanaman 2 baris
sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara
pokok. Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang. Biji
benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai. Program membaja yang
diamalkan adalah seperti berikut:-
Baja Asas
400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.
Baja Sisi
(i) 200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas
14 hari selepas anak benih tumbuh.
(ii) 150 beg tahi ayam
- ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.
(iii) 300 kg. baja sebahatian 15:15:15 - ditabur 40 hari
selepas anak benih tumbuh.
(iv) 300 kg. baja sebatian 15:15:15
- ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.
Perhatian: Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama
setiap 20 hari.
Mencantas
Dahan Dan Bunga
Mencatas dilakukan pada masa
pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali.
Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang
berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang. Pucuknya dicantas
sehingga batang berukuran 45-50 cm. Kesemua jambak bunga hendaklah
dicantas.
(Klik untuk lihat panduan
mencantas pokok).
Hasil sengkuang boleh dikutip 4
bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur
pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun
berwarna kekuningan. Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut,
memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.
Pengendalian
Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
Rantaian laman pelbagai ubi
|