Vanila dari variati Vanilla Planifolio Andrews
telah dikenal pasti sesuai ditanam di Sabah. Penggunaan vanila adalah meluas
dalam industri makanan, perubatan, kosmetik, wangian, tayar, cat dan sebagainya.
Dianggarkan bahawa penggunaan vanila asli di dunia hanyalah 3% sahaja manakala
97% lagi adalah vanila sintatik. Dengan kesedaran terhadap penggunaan barangan
asli, permintaan vanila asli semakin meningkat.
Penanaman
Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50%. Jadi
persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang
disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di
antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini
kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar.
Bagi memulakan tanaman vanila,
tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai.
Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm.
Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau
pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5
kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam.
Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan
kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk
tanaman vanila dan pokok tumpang
adalah 10-15 cm.
Anak Benih
Benih daripada keratan sepanjang 1.5 m digunakan. Bahagian tiga ruas yang
terbawah dibuang daunnya dan dicucukkan ke dalam lubang tanaman. Bahagian
keratan yang berada di atas permukaan tanah diikat pada
pokok tumpang supaya dapat melekat
dan memanjat. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, ia akan digayut
juntai ke bawah, ke atas dan ke bawah. Pencantasan boleh dilakukan untuk
mendapatkan cabang-cabang baru bagi menghasilkan buah yang lebat.
Pokok vanila biasanya akan berbunga setelah berusia
2 tahun dan tidak berbuah jika tidak didebungakan. Bunga vanila mula
berkembang setelah 12 malam dan layu pada 12 tengahari. Kerja-kerja
pendebungaan akan dijalankan waktu pagi hingga tengahari. Pucuk vanila
dicantas sepanjang 15 cm bagi menggalakkan pengeluaran buah lebih baik dan
mengambil masa 8-9 bulan untuk matang dan sedia untuk dipetik. Setiap
tandan mengandungi antara 15-20 biji buah tetapi buah yang kurang baik akan
dibuang dan 10-16 biji dibiarkan setandan. Biasanya vanila mengeluarkan
hasil setahun sekali.
Penyelenggaraan tanaman
Bagi menjamin hasil yang baik, pokok vanila perlu diselenggara dengan betul.
Ketinggian yang disyorkan tidak melebihi 2 m. Aras lindungan hendaklah
dikekalkan antara 30-50 % dengan mencantas pokok penaung sekiranya terlalu
gelap. Pokok vanila perlu dipangkas untuk merangsang pertumbuhan cabang
supaya dapat menghasilkan buah yang lebat dan bermutu tinggi. Selain baja
asas semasa menanam, baja NPK (15:15:15) boleh diberikan pada kadar 1 kg sepokok
iaitu setiap 4 bulan. Bagi tanaman yang belum mengeluarkan hasil, baja
daun perlu disembur pada kadar 0.5 kg/ha dua minggu sekali. Pemberian baja
daun ini hendaklah dikurangkan apabila tanaman sudah mengeluarkan hasil.
Setiap pokok berupaya menghasilkan
sehingga 6 kg buah vanila mengikut benih dan kaedah pengurusan. Buah
dipetik berperingkat-peringkat mengikut kematangan dan buah cukup matang
berwarna hijau pudar dan kuning dihujung. Buah perlu dipetik sebelum
hujungnya pecah bagi mendapat gred terbaik dan buah vanila tidak matang tidak
mempunyai nilai kerana kandungan vanilinnya rendah. Buah vanila yang cukup
matang akan dipetik dan diasingkan mengikut gred yang telah ditetapkan.
Buah ini akan disusun selari dalam bekas kotak sederhana besar dan dihantar ke
pusat pengumpulan.
Tanaman vanila dijangka dapat menjana pendapatan lumayan kerana boleh ditanam
dalam kepadatan tinggi iatu satu ekar dengan 1,600-2,000 batang pokok. Pokok
vanila juga boleh dijadikan tanaman sampingan sekiranya diusahakan di kebun atau
ladang tanpa menjejaskan tanaman yang sedia ada. Projek penanaman vanila hanya
memakan masa 1 - 12 tahun kerana selepas tempoh berkenaan pokok vanila tidak
produktif dan petani perlu menjalankan penanaman semula.
RANTAIAN KE LAMAN-LAMAN VANILLA
Bagi mereka yang berminat menyertai projek vanila tanaman vanila secara
komersial perlu menyediakan tapak di lokasi
yang sesuai bagi tempoh 12 tahun. Peserta boleh berhubung dengan alamat
laman di bawah:-