|
TAUGE
Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan:
(Sumber:
Teknotani Januari-April 2000)
Pendahuluan:
Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean
sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna
mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kajian menunjukkan
penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju.
Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan
dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.
Kaedah dan
Pemerhatian:
Walaupun proses penghasilan tauge
nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada
penghasilan. Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang
pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama
benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik
dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.
Aktiviti mengasing dan membasuh perlu
dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam
dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako
(selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang
paling tinggi di mana 11 kg. benih menghasilkan 8.7 kg. tauge dan keperluan air
siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon.
Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau
recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan
lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.
Proses Pengeluaran
Tauge
Menyediakan persekitaran dan
lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)
|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong
bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual
Pertambahan jarak masa siraman dan
pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah.
Pemerhatian yang dijalankan di PKT Serdang menunjukkan jarak antara siraman 3
dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg.
tauge pada jarak masa siraman 2 jam.
Tauge yang telah matang boleh
diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus
ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana tauge lebih
tahan dijual secara kering. Tauge yang hendak dijual hendaklah dipastikan
supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.
PENGHASILAN TAUGE CARA
AUTOMATIK
(Sumber: Dipetik dari Akhbar Tani Bil. 1/2001)
Dalam pengeluaran tauge, antara masalah yang dihadapi
ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak
konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang
intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan
pengasingan kulit biji daripada tauge. Hasil tauge kurang berkualiti
iaitu tauge yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa
terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama. Kualiti tauge
yang dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan
tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air.
Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan
hasil dan kualiti tauge, sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Amat
Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian
Ayer Hitam, Johor telah merekacipta Set Pengeluaran Tauge Automatik
(SepTA) yang
membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak
RM500.00.
Sistem Pengairan
SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas
iaitu sistem pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman.
Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara
berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara
automatis. Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini
ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus.
Punca air diperolehi daripada paip air rumah. Setiap
unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di
mana setiap satunya mempunyai injap kawalan. Empat aliran air keluar
diselaraskan dengan tempoh pengeluaran tauge di dalam tong percambahan
iaitu selama 4 hari. Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk
pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar.
Nozel yang digunakan ialah jenis 'spray jet' dan bersambung kepada 'rigid
riser'. Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini menghasilkan semburan
berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam.
Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata,
kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah. Siraman
selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya
menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja. Pelarasan
Masa Galcon (Timer) Pelaras masa (Timer) jenis
Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan
dapat membuat siraman secara automatik. Dengan berbekal kuasa dua
biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum
sehingga 5 minit. Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan.
Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka 'solonoid valve' sahaja.
Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring. Alat kawalan ini
amat mudah digunakan. Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu
tempoh siraman dan kekerapan siraman. Tong Penanaman
Tong yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter
dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah). Bahagian penutup tong
ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur. Bahagian bawah tong,
dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm. Lubang ini bertujuan
mengalir air siraman keluar. Tong yang digunakan mesti berwarna
hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan
tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 - 2.0 kg
dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 - 15 kg setiap tong. (Setiap
1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge).
Operasi SePTA
Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-
Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle
No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
Pasangkan 2 biji bateri 9V
Tekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer')
Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto)
Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0
kg. kacang)
Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara
komersil, murah dan menguntungkan. Penggunaan alat pelaras masa
Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman. Dengan rekacipta
SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan
tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran.
Perhatian !
Alat ini telah dicipta oleh sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik
Ahmat Khir bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut
Pertanian Ayer Hitam Johor pada bulan April 1999 dengan kos (bahan dan
upah penyediaan) sebanyak RM500.00 seunit.
Hasil Meningkat Inovasi SePTA berjaya
meningkatkan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg. purata bagi
setiap kilogram benih kacang, iaitu peningkatan sebanyak 3 kg. atau 50%.
Kepuasan Hati Pelanggan Selain daripada aspek
pengurangkan kos, penjimatan masa dan peningkatan hasil, rekacipta SePTA
sebagai teknologi tinggi, modal yang rendah, kos operasi yang rendah serta
mudah dikendalikan. Pengeluaran tauge boleh dikawal berdasarkan
permintaan pasaran. Inovasi yang diperkenalkan ini menyebabkan
pengusaha dapat menjimatkan masa yang amat banyak untuk kerja-kerja
penyiraman. Pengusaha juga tidak terikat dengan waktu atau kekerapan
siraman berbanding secara manual. Kapasiti
Pengeluaran Boleh Ditingkatkan Pengeluaran boleh
ditingkatkan sehingga mencapai 60-160 kg. tauge sehari dengan menambah
bilangan saiz tong yang sama atau menukar saiz tong yang lebih besar.
Penukaran saiz tong adalah dari segi garispusatnya. Ketinggian
optimum yang disyorkan tidak melebihi 80 tan. Tempoh
Pulangan Modal Yang Singkat Dengan SePTA, pengusaha
boleh mendapat kembali modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat
iaitu dalam tempoh 2 tahun atau dengan menanam 100 kg benih kacang.
Kualiti Hasil Yang Tinggi dan Konsisten Kualiti
tauge yang dihasilkan oleh SePTA lebih tinggi serta konsisten, iaitu tauge
yang gemuk, putih dan berakar pendek serta tahan disimpan.
Keberkesanan SePTA telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila
inovasi ini memenangani Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 2000.
Inovasi ini juga diterima sebagai salah satu teknologi yang akan
disebarkan kepada para petani untuk diterima pakai.
|