|
TANAMAN TEBU KUNING
|
Nama
Botani |
:
Saccharum offcinarum L. |
|
Famili |
:
Gramineae |
Deskripsi Tanaman
Sejenis
tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk
dibuat gula. Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m
dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat
matatunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada
kedua belah permukaan. Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau
selingan.
Iklim dan Tanah
Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto
period. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak
1500 mm. Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu
akan terbantut. Tanah yang rata (0o-6o) serta
mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan
yang sempurna. Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian
adalah sesuai bagi tanaman tebu.
Penyediaan
Tanah
Dua pusingan bajak piring
sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan
pertumbuhan pokok yang baik. Alur bagi penanaman keratan tebu juga
perlu disediakan.
Menanam
Tebu dibiak dari keratan yang
sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3
matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan
bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan
sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan
mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak
tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam
sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah
disediakan.
Pembajaan
Baja yang disyorkan adalah
seperti berikut:-
Bilangan / Berat Biji
Benih Diperlukan
|
Jenis Baja |
Masa |
Amaun / Hektar |
NPK 15:15:15
NPK 15:15:15
Urea
NPK 15:15:15 |
Semasa menanam
Umur 3 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan |
250 kg
250 kg
125 kg
300 kg |
|
Jumlah Keseluruhan |
Urea
NPK 15:15:15 |
125 kg
800 kg |
Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali. Bagi kali kedua dan
ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.
Kawalan Rumpai
Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan.
Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja
keratan tebu ditanam. Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan
paraquat ataupun secara manual.
Penyelenggaraan Rumpun
Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok
berumur 3-5 bulan. Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu
dipasang. Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.
Kawalan Serangga / Penyakit
-
Pengorek Batang
Sembur racun Endosulfan (Thiodan). Bakar batang-batang tebu yang telah
diserang.
-
Bulir Hitam
Rendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl
(Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
Memungut Hasil
Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan
sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000
batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang
pada kali ketiga.
Rantaian laman tebu
|