|
PANDUAN MENANAM TEMBIKAI
(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-
BUAH TEMBIKAI
Nama Saintifik
Famili
Asal
Nama Lain |
:
:
:
: |
Citrullus lunatus Schard
Cucurbitaceae
Benua Afrika Melikai, Timun Cina atau Semangka |
VARIETI TEMBIKAI
- Black Boy
Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL. Baka tulen, kulit hijau tua, isi
merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.
- Sugar Baby
Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi
merah dan berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam.
- Empire No. 2
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau,
kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. Tempoh matang 65-75 hari
selepas menanam.
- New Dragon
Bujur panjang. Berat 5.0 kg. Manis buah 24-26% JPL. Jenis
Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji. Tempoh
matang 65-75 hari selepas menanam.
- Cina Dragon
Bujur panjang. Berat 4.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis
Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.
Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam.
- Fengshan No. 1
Bulat. Berat 10%. Manis buah 10% JPL. Jenis Hibrid, kulit
hijau tua, isi merah terang, tanpa biji. Kematangan antara 65-75 hari
selepas menanam.
- Emperor
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 10.5% JPL. Jenis
Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji.
Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.
- Yellow Baby
Bulat. Berat 3.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit
berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang. Tempoh
kematangan 65-75 hari selepas menanam
- Crimson Sweet
Bulat. Berat 6.5 kg. Kemanisan10.8% JPL. Jenis baka tulen kulit
berbelang hijau tua, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 78-88 hari
selepas menanam.
- Flower Dragon
Bujur bulat. Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL. Jenis baka Hibrid,
kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh
kematangan 55-65 hari selepas menanam.
- Super Dragon
Bujur panjang. Berat 4.00 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis baka
Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji. Tempoh
kematangan 65-75 hari selepas menanam.
Nota : JPL = Jumlah Pepejal Larut.
Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium,
fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain. Berikut
adalah keperluan asas untuk tanaman tembikai:-
-
Iklim
Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Suhu
antara 25-35oC
pada siang hari dan 18-22oC pada
sebelum malam adalah amat sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan
jangka masa matang. Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi
yang suhunya kurang dari 22oC.
- Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang
sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran
diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah
jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan
liat dan menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling
sesuai ialah kawasan yang rata.
Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada
keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan ditanami
lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Ini adalah untuk
mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New
Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon. Kultivar tanpa biji yang ditanam
di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang
mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang
tinggi dan mutu buah yang baik. Jenis baka tulen biasanya lambat matang,
hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik.
PENANAMAN
Pokok tembikai ditanam dari biji. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu
sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai
dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.
-
Sistem Tanam Terus
Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. Keperluan biji benih
ialah diantara 250-350 gram sehektar. Biji-biji benih ini direndam selama
12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram
biji benih). Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji
benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4
biji benih selubang.
-
Sistem Semaian (kerek)
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg
plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan
diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali
sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu
ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.
Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30
cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000
lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih
kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan
dalam lagi.
Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-1.5
kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran)
dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Setiap lubang ditanam
dengan 2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula
pada akhir musim hujan.
PENJAGAAN
-
Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan
untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai.
Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering,
surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.
-
Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu
apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Ini dapat menjamin tanaman
tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.
-
Pembajaan
Program pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:-
|
Peringkat Pertumbuhan |
Masa |
Jenis baja |
Kadar/Lubang |
|
Pertumbuhan awal |
Menanam |
tahi ayam (12:12:17:2) |
1 - 1.5 kg (50 gm) |
Pengeluaran daun dan
jalar (pertumbangan tampang) |
10 hari
lepas tanam |
12:12:17:2 |
100 gm |
|
Pengeluaran bunga, putik dan buah |
30
hari
lepas tanam |
12:12:17:2 |
100 gm |
|
Pembesaran buah |
45 hari
lepas tanam |
12:12:17:2 |
100 gm |
|
Catatan |
Sebelum tanaman menjalar,
baja ditabur dalam bulatan lebih
kurang 30 cm dari pangkal pokok. Apabila pokok mulai menjalar,
baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70
cm dari pangkal pokok. |
-
Pengairan
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik
dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di awal
penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan
semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan
bergantung pada jenis tanah.
|
Sistem Pengairan |
Jenis Tanah |
Catatan |
|
Sistem
Perenjis |
Tanah
Bris, mineral
dan tanah gambut |
Dipasang sebelum menanam. Perlukan modal yang tinggi tetapi tahan
lama. |
|
Sistem
Alur |
Tanah
mineral yang rata
dengan sumber air yang banyak |
Alur-alur dibuat selebar 30 cm lebar
dan 20 cm dalam. |
|
Sistem
Titis |
|
Digunakan dalam penanaman
menggunakan sungkupan plastik. |
|
Manual |
|
Air diangkut atau dialirkan melalui
saluran getah dan dibawa terus ke pokok. |
CANTASAN
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan
memberikan buah yang lebih serata. Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau
7. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2
biji buah disimpan pada satu pokok.
PENGUTIPAN HASIL
Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25
hari selepas itu. Bergantung kepada keadaan cuaca. Biasanya 4-6
pusingan pengutipan hasil dilakukan. Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.
PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-
- Umur Pokok
Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada
musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.
- Warna Sulur Paut dan Daun Buah
Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur
paut yang kering menandakan buah terlalu matang.
- Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.
- Menjentit Buah
Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat
dan nyaring.
- Urat Pada Jalur
Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar
apabila buah matang.
- Kekilatan Kulit Buah
Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat.
Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh,
diasingkan mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam
bakul-bakul buluh atau rotan. Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan
yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan. Selepas bakul-bakul
disusun bertingkat-tingkat, papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan
di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak.
TEMBIKAI WANGI (cucumis melo.L)
|
|
Nama
Botan |
:
Cucumis
melo L. |
|
Famili |
:
Cucucrbitaceae |
|
Nama Lain |
:
Honey dew |
Berasal dari Afrika Tropika.
Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya
licin. Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna kehijauan oren
dan baunnya harum.
Varieti:
-
Jade Dew (jhibrid)
Varieti yang sangat populat masa kini. Toleran kepada cuaca panas.
Berat ialah 1.3 kg/biji.
-
Sun Lady (hibrid)
Berat buah 1 kg/biji. Buahnya keras dan tahan pengangkutan.
-
Sky Rocket
Kulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji.
-
New Century
Buahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6
kg./biji.
Iklim dan Tanah:
Memerlukan sinar cahaya
matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari. Kekurangan cahaya
matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis,
serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang. Hujan yang terlalu banyak
juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit.
Penyediaan
Tanah:
Dua pusingan bajak
piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m
lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik. Kapur
sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.
Membaris dan Menyediakan
Lubang:
Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman
2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris. INi memberikan
sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra. Lubang berukuran 30 sm x 30
sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan
dimasukkan ke dalam lubang.
Menanam:
Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di
tapak semaian sebelum diubah ke ladang. Biasanya biji benih ditanam
terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang. Tanah digaulkan dengan baja
organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap
lubang. Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang.
Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar.
Pengairan:
Tembikai wangi sangat peka terhadap air. Ia memerlukan bekalan air
yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran
hasil yang memuaskan. Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau
tidak, penyiraman dilakukan secara manual.
Pembajaan:
|
Pusingan |
Massa |
Jenis Baja |
Kadar Pokok |
Amaun/Hektar |
1
2
3
4 |
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu |
Baja organan
15:15:15
12:12:17:2
12:12:17:2 |
1 kgf
30 g
100 g
100 g |
4 tan
120 kg
400 kg
400 kg |
Kawalan
Serangga / Penyakit:
|
Kutu Daun
Lalat Buah
Lecuh
Antraknos
Layu Fuzarium
Kulapok Downy |
-
-
-
-
-
- |
Sembur
racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran.
Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran.
Sembur racun kulat Benamyl.
Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb.
Musnah pokok yasng diserang. Amalkan sistem tanaman bergilir.
Sembur racun Metalaxyl. |
Cantasan:
Cantasan perlu dibuat untuk
memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang
lebih serata. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5
dibuang. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
Pengutipan
Hasil:
Boleh dipetik 60-70 hari
selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih keras. Kerja
memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai dengan
pisau. Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.
PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT
(suntingan: Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)
Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran
secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri
Taiwan. Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi
hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen
sekilogram buah. Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil
sebanyak 30-35 tan sehektar. Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos
pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.
Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok
sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar.
Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh
pasaran. Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg
sebiji, kepadatan tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana
sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji. Untuk saiz buah yang
lebih besar, kepadatan 10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah
yang dihasilkan bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji. Kos pengeluaran untuk
teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa.
Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan
biji benih. Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi daripada teknologi
penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini. Antara
kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:-
- Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa.
- Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%.
- Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras kematangan.
- Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding
dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa.
- Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.
Penanaman
Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam.
Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan
dan pengeluaran yang baik. Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah
yang bermutu tinggi.
Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek.
Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya.
Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam. Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan
percambahan. Dua jenis semaian dipraktikkan, iaitu:-
-
Di bawah teduhan
Semaian memerlukan 50% teduhan. Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari
perlu digantikan.
-
Tanpa teduhan
Selepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup
dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.
Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang
baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok.
Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas.
Biasanya, helaian plastik bersalut aluminium digunakan.
Pembajaan
Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang
singkat. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Pembajaan Tembikai Wangi
|
Peringkat
Pertumbuhan |
Umur Pokok |
Kadar Baja
Sepokok
(N:P.K.Mg) |
|
Awal |
Menanam |
1 - 1.5
kg. tahi ayam
50 gm baja campuran (15:15:15) |
|
Pengeluaran daun dan jalar |
10 hari lepas tanam |
100 gm
baja campuran
(12:12:17:2 + zat mikro) |
|
Pengeluaran bunga
dan buah |
20 hari lepas tanam |
100 gm
baja campuran
(12:12:17:2 + zat mikro) |
Pengairan
Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan tampang
terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah
bermutu. Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat
peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.
|
PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI
Dengan
pengenalan teknologi fertigasi, ramai pengusaha memilih tanaman ini
kerana mudah diselenggara dan boleh memperolehi hasil dlam tempoh
yang singkat (+ 2 bulan di ladang). Dua jenis tembikai
wangi utama iaitu musk meon (berkulit licin) dan
rock melon (berkulit berjejaring). Pasaran sekarang
mementingkan saiz buah, kemanisan, isi pejal astau rangup dan kulit
buah yang cantik. Diantara varieti yang mendapat sambutan
pasran ialah Glamour, Gordes, Mariage, Syaron, Plympic gold, Signal,
Golden Langkawi, Rozes dan lain-lain.
KEADAAN
PENGURUSAN:
-
Menyemai biji benih
- Sedia semaian : pear moss, cocoa peat, campuran
tanah dan sebagainya.
- Rawatan biji benih : Rendam biji benih 2-3 jam.
Tuang biji benih dan air rendaman di atas surat khabar.
Gulungkan kertas tersebut dan masukkan ke dalam plastik lutsinar.
Gelembungkan plastik tersebut
dengan meniupkan angin ke dalamnya, ikat dan jemur di bawah panas
matahari 8-10 jam. Biarkan
1-2 hari atau sehingga akar ulung mulai keluar (bercambah).
- Semai dalam dulang semaian berisi media peatmoss.
Halakan akar ulung ke bahagian bawah.
Timbuskan biji benih hanya dengan sedikit peatmoss sahaja.
Pada kebiasaannya, biji benih akan
terus bercambah dan mengeluarkan daun pada hari ketiga.
Siraman bagi mengekalkan kelembapan
sekitar 70% adalah mencukupi. Kedalaman meletakkan biji benih
dan kawalan kelembapan adalah
kritikal dna perlu dititikberatkan.
- Umur 10 hari sesuai dipindahkan ke ladang.
-
Mengisi dan menyusun media ke dalam bekas
- Media disyorkan: habuk sabut 100% @ arang sekam+habuk
sabut (1:1 atau 1:2)
@ arang sekam+tanah (2:1)
- Pastikan media diisi dengan padat dan dibilas dengan air bersih
sebelum anak pokok
dipindahkan ke ladang.
- Bekas : pasu plastik, pasu tanah liat, polibeg putih/hitam
dan sebagainya.
-
Memasang dan menguji sistem pengairan titis
- Ambil kira jumlah polibeg, jarak kawasn penanaman, kecerunan
kawasan dan kemampuan pam.
- Sesuaikan sistem dengan jumlah tanaman. Kurang 200 beg
gunakan pam akuarium,
200-1000 beg, gunakan pam 0.5 HP, 1000-2500 beg gunakan pam 1.0 HP secara
manual atau
automatik. Sesuaikan dengan kedudukan pam dan kawasan penanaman.
- Pastikan tiada ketirisasn pada penyambungan dan kadar alir yang
betul pada setiap penitis.
-
Buat pensterilan
Khusus untuk pusingan kedua dan seterusnya. guna
disinfectant seperti detool, cidol, lindores dan sebagainya.
Komponen yang perlu disterit ialah media tanaman, sistem
pengairan, bekas tanaman, tapak bekas tanaman dan rumah lindungan
(jika perlu).
-
Menyedia larutan baja stok
Stok A dan Stok B - letak di tempat teduh. Selepas 24 jam,
boleh digunakan. Pastikan formulasi yang digunakan adalah
sesuai untuk tembikai wangi.
-
Memindahkan anak pokok ke ladang
Memindahkan 35-45 cm x 150 cm antara barisan. Penanaman di
bawah struktur lindungan hujan adalah satu kelebihan. Pilih
pokok yang subur, sihat dan uniform sahaja untuk dipindahkan.
Satu pokok/beg. Pastikan jarak penitis dan anak pokok betul
(2-4 cm) dan akar tanaman menerima nutiren yang diberi.
Selesai kerja-kerja mengubah - beri siraman air baja dan lakukan
semburan racun kulat. Tumpuan semburan pada anak pokok dan
media.
|
-
Menyiram anak pokok dengan air baja (5-6 kali sehari)
|
Kepekatan larutan baja |
Jumlah baja |
|
Minggu 1-3 sekitar 1.5 - 1.8 mS/sm
Minggu 4-7 sekitar 18 - 2.5 mS/sm
Minggu 8-9 sekitar 3.0 - 3.8 mS/sm |
1.0 - 2.0 L
2.0 - 3.5 L
1.5 - 2.5 L |
Panduan siraman automatik:
|
Minggu |
Jangkamasa |
Kepekatan mS/cm |
|
1
2
3
4-8
9-10 |
5 min x 6
6 min x 6
7 min x 6
8-12 min x 6
4 min x 6 |
1.5 - 1.6
1.7 - 1.8
1.8 - 2.0
1.8 - 2.3
3.0 - 3.8 (Hi-K) |
|
|
- Membuat pendebungaan berbantu
dan melatih
tanaman
(mencantas,
membuat junjung serta
sokongan)
10 hari
15 hari
22 hari
26 hari
28-38 hari
38-42 hari
40-45 hari
38-58 hari
|
-
-
-
-
-
-
-
-
|
Pindah ke ladang.
Cantasan pertama (potong pucuk utama).
Cantasan kedua, pilih 2 sulur, pasang
trellis dan latih lilit
Cantasan ketiga, latih lilit.
Latih lilit, pendebungaan berbantu/natural.
Pembentukan buah, semburan P & D,
latih lilit.
Sampul buah* dan bantu lilit, semburan
P & D.
Pembesaran buah, bantu .lilit, semburan
P & D. |
*1-2 biji/pokok (saiz: 1 biji > 2 biji > 3 biji)
|
|
-
Membuat semburan kawalan perosak dan penyakit
Dibuat setiap 4-5 hari. Guna racun serangga/kulat yang sesuai mengikut
peraturan pada label.
-
Lakukan pemeriksaan ladang berterussan setiap hari
Simptom serangan perosak/penyakit, kekurngan nutrien, prestasi tanaman, sistem
pengairan, penapis dna lain-lain.
-
Memungut hasil
Umur 63-75 hari mengikut varieti. Tanda matang sulur paut paling hampir
dengan buah telah kering, sisik/garis-garis coklat terbentuk. Potong
tangkai dengan cabang T. Penggredan (Gred A . 1.5 kg).
PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA
KAWALAN
-
Kutu Daun
Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan
pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos.
-
Kumbang Daun
Menyerang bahagian daun pokok terutamanya
daun muda anak benih. Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan
daun dan jika tidak dikawal daun yang diserang akan menjadi nipis dan
berlubang. Sembur dengan menggunakan racun kimia yang sesuai
dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja.
-
Ulat Ratus
Menyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda dari
bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja. Untuk mengawal, sembur
dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan.
-
Kutu Trips
Bukan pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah
daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate,
methamidophos.
-
Lalat Buah
Merosakkan buah muda dan masak. Sembur Deltamethrin, methamidophos.
-
Hamama Merah
Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun. Sembur
Docofol, propogite, amitraz.
PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN
-
Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)
Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih. Anak benih
jadi layu kerana pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada
tanah yang salirannya tidak memuaskan. Rawat biji
benih dengan racun kulat thiram atau benomyl. Amalkan
giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb.
-
Layu fusarium (Fusarium oxysproum)
Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut. Pada pokok dewasa
ialah satu jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain.
Akhirnya seluruh pokok menjadi layu dan kering. Boleh musnahkan seluruh
kawasan dalam masa yang singkat. Pastikan saliran yang baik. Musnah
atau bakar pokok yang diserang. Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah.
-
Antraknos (Colletotrichum lagenarium)
Bintik berwarna hitam pada daun. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Amalkan giliran tanaman. Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide,
propineb, ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb.
-
Mozek virus (Virus)
Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda. Pokok menjadi
kuning dan terbantut. Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak.
Musnahkan pokok yang berpenyakit. Guna varieti rintang dan kawal perumah
yang merebakkan penyakit.
-
Kulapuk Downi
Menyerang daun tua. Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah diserang.
-
Bintik berpusar
Menyerang batang, daun dan buah tembikai.
Ia disebarkan melalui hujan dan sistem pengairan. Sembur dengan
menggunakan racun kulat yang disyorkan.
-
Hawa batang
Menyerang daun, batang dan buah.
Serangan ke atas batang menyebabkan bintik bermula dari ruas kemudian
memanjang dan pecah. Pada daun, tangkai dan batang, bintik berwarna
coklat atau kelabu terbentuk. Sembur dengan racun kulat yang
disyorkan.
GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI
-
Buah tidak bulat bentuknya
- tanah terlalu kering dan kurang baja.
- jangkitan dan serangan perosak yang teruk.
- buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok
- kacukan tidak sempurna
- ada serangan lalat buah
-
Buah menjadi retak
- faktor varieti
- kelembapan tanah berubah secara mendadak
- penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak
- serangan perosak hamama merah yang teruk
-
Buah tidak manis
- faktor varieti
- pembajaan yang tidak sempurna
- serangan perosak dan penyakit yang teruk
- suhu rendah ketika buah sedang masak
- buah masak ketika musim hujan
-
Kulit buah menjadi tebal
- faktor varieti
- buah terlalu dekat denan pangkal pokok
- suhu rendah sewaktu buah masak
- buah belum masak
-
Isi buah berwarna pucat
- faktor varieti
-suhu rendah sewaktu buah masak
- terlalu banyak baja P digunakan
-
Buah berongga
- faktor varieti
- air terlalu banyak ketika buah masak
- buah terlalu dekat dengan pangkal pokok
KUTIPAN HASIL
Tembikai Wangi dipetik apabila
mencapai peringkat masak tetapi masih keras dengan kandungan pepejal larut
keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx. Tembikai wangi matang
diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis hakisan
granite.
Buah yang dipetik terlalu
awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat masak. Keadaan pokok
semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan buah. Pokok yang sihat
sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis, tetapi sekiranya pokok tidak
sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati seperti diserang oleh penyakit,
walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah, akan menyebabkan buah tidak
manis. Ini disebabkan gula yang terdapat dalam buah dibekalkan terus
daripada daun.
Antara tanda-tanda yang
menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik adalah seperti berikut:-
- Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24 hari selepas bunga kembang.
Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan pepejal larut sudah mencapai 10
oBirx.. Kemanisan buah akan bertambah sedikit selepas disimpan beberapa hari.
- Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada permukaan buah.
- Warna buah mulai berubah dengan nyata. Jade Dew biasanya berwarna kehijauan pada peringkat muda dan
menjadi kekuningan apabila matang. Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit.
- Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk. Buah yang terlalu masak, mudah tanggal daripada tampuk
atau tangkainya. Buah Jade Dew mudah tercerai daripada tampuk atau
tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang.
- Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak.
- Bahagian hujung buah agak lembut.
- Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan gugur, sulur paut yang paling
hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.
Bagi pengangkutan jauh, buah
sesuai dipetik pada peringkat 80% matang, iaitu lebih kurang dua atau tiga hari
sebelum peringkat kematangan maksimum dicapai.
 |
|
VARIETI-VARIETI TEMBIKAI
|
Varieti |
Bentuk |
Berat (kg) |
Kemanisan Buah (%
JPL) |
Anggaran Hasil
(tan/ha) |
Ciri-ciri Buah |
Jangkamasa Matang (Hari
selepas menanam) |
|
Black Boy |
Bulat |
3.0 |
9.0 |
18-20 |
Baka tulen, kulit hijau
tua, isi merah dan berbiji. |
60-70 |
|
Sugar Baby |
Bulat |
4.0 |
9.0 |
18-20 |
Hibrid, kulit hijau tua,
isi merah dan berbiji. |
65-75 |
|
Empire No. 2 |
Bujur Panjang |
5.5 |
9.5 |
24-26 |
Hibrid, kulit hijau,
kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. |
65-75 |
|
New Dragon |
Bujur Panjang |
5.0 |
10.0 |
24-26 |
Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji. |
65-75 |
|
China Dragon |
Bujur Panjang |
4.5 |
10.5 |
16-18 |
Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. |
65-75 |
|
Fengshan No.1 |
Bulat |
4.0 |
10.0 |
18-20 |
Hibrid, kulit hijau tua,
isi merah terang, tanpa biji. |
65-75 |
|
Emperor |
Bulat Panjng |
5..5 |
10.5 |
24-26 |
Hibrid, kulit hijau muda
kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji. |
65-75 |
|
Yellow Baby |
Bulat |
3.5 |
10.5 |
20-23 |
Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang. |
65-75 |
|
Crimson Sweet |
Bulat |
6.5 |
10.8 |
30-32 |
Baka tulen kulit
berbelang hijau tua, isi merah, berbiji. |
78-88 |
|
Flower Dragon |
Bujur Bulat |
4.0 |
10.0 |
18-20 |
Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. |
55-65 |
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI
Spesifikasi piawaian dan gred
ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris Linn) yang berbentuk
bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau muda atau
berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya. Di Malaysia ia
dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina.
Spesifikasi berikut menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred
serta pengkelasan saiz untuk buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai
tanpa biji dan tembikai berbiji seperti varieti New Dragon yang ditanam
dan dipasarkan di Malaysia.
- Tidak Matang
Kematangan < 60%. Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran.
- Cukup Matang
Kematangan 70-80%. Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap
kemanisan yang sewajarnya. Kandungan bahan pepejal larut mencapai
10o
Brix. Warna isi menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu
lebih banyak merah daripada putih, rangup, pejal dan berjus, serta tidak
liat atau kenyal.
- Terlalu Masak
Kematangan > 90%. Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup,
bertekstur benyek / lembik serta lecap (water soaked). Rasa agak
tawar kemasaman, bangar dan kurang enak. Warna merah kehitaman dan
tidak cerah. Tidak sesuai untuk pasaran.
PENGELASAN GRED DAN SAIZ
| Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran (Maksimum) |
| 1 |
Varieti yang
sama, kandungan bahan pepejal larut > 10o Brix.
Tahap kematangan yang seragam (cukup matang). Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor, lebam, isi berongga) Saiz yang seragam (berat > 5.0 kg) |
5%
5%
10%
10% |
|
2 |
Varieti yang sama.
Tahap kematangan yang seragam (cukup matang).
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor, lebam, isi berongga)
Saiz yang seragam (berat > 5.0 kg) |
5%
15%
10%
10% |
|
Luar Gred |
Buah yang
tidak mempunyai ciri-ciri gred 1 dan 2. |
|
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad
pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih
dan gred.
PERSAMPELAN
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan
pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh
Fruits, atau kaedah statistik yang dipersetujui.
|
KAEDAH MENYEMAI BIJI
BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING)
Tujuan:
- Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi.
- Untuk pertumbuhan yang seragam.
Keperluan peralatan dan bahan:
- Tray plastik mengikut keperluan
- Media semaian
- Pam galas
- Guni jalur / kain
- Plastik silvershine / plastik hitam
- Penggalak percambahan seperti Amino Asid, Astonik dan lain-lain
- Racun kulat seperti Thiram
- Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar)
- Air bancuhan racun serangga
- Rumah teduhan
Proses / Kaedah:
- Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit.
- Tos dan keringkan.
- Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram.
- Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit.
- Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring.
- Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media dan ratakan.
- Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab.
- Susun tray yang telah siap disemai benih di atas
plastik hitam dengan tidak melebihi 0.6 m tinggi dan pastikan bahagian
bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih.
- Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain
dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam,
dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga
tidak berlaku. (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan
berlaku).
- Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi.
Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga
malam (84 jam). Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai
wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja
(60 jam).
- Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau
koyak.
Bukakan plastik dan guni apabila cukup
tempohnya.
Proses selepas membuka bungkusan:
- Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang
(100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok.
Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan. Sekiranya
hujan, letakkan di bawah lindungan.
- Siram dua kali sehari pagi dan petang.
- Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk
tapak anjing (4-5 hari selepas dibuka).
|
| |
|