|
TANAMAN TOMATO
PENGENALAN
Nama saintifik : Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga : Sonanaceae
Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam bentuk mentah ataupun dimasak.
Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.
Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat
dan protin. Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak,
serat, zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh
menjalar. Ciri-ciri pokok adalah seperti berikut:-
Akar
Batang
Daun
Bunga
Buah
Benih
Cara pendebungaan |
-
-
-
-
-
-
- |
akar tunjang
yang kuat dan banyak akar-akar serabut
warna hijau, bercabang dan berbuku
berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
swasendiri |
KEPERLUAN ASAS
Iklim
Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m). Terdapat juga kultivar-kultivar
tomato yang boleh ditanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai untuk tanaman
tomato ialah 18o-32oC, jumlah hujan 460 mm semusim adalah
perlu untuk pertumbuhan yang baik.
Persediaan Tanah
Sesuai ditanam di
pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan tanah
gambut. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan
yang baik.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Kultivar yang
disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato baka tempatan Cameron
Highlands. Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan iatu MT 1, MT
11, L 24, Serdang 2 dan King Kong (F1). Ciri-ciri kultivar yang disyorkan
adalah seperti berikut:-
Kultivar tomato yang disyorkan
|
Sifat Pokok |
Kultivar |
|
L 24 |
MT 1 |
MT 11 |
Serdang 2 |
King Kong (F1) |
| Tabiat pokok |
Tegak, rimbun dan
berterusan |
Tegak, rimbun
sederhana besar,
separa berterusan |
Rimbun, separa
berterusan |
Tegak, rimbun
separa berterusan |
Tegak, separa
berterusan |
| Berat |
Besar
(lebih 60 g/biji) |
Kecil
(25-30 g/biji) |
Sederhana
40-80 g/biji) |
Sederhana |
Besar
(100-150 g/biji) |
| Warna |
Merah |
Merah cerah |
Merah |
Merah |
Merah |
| Kegunaan |
Segar |
Segar/proses |
Segar |
Segar |
Segar |
| Hasil |
18-30 tan/ha |
15-25 tan/ha |
15-28 tan/ha |
20-25 tan/ha
|
25-30 tan/ha |
AMALAN KULTUR
Penyediaan Anak Benih
Gunakan biji benih
yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha. Biji benih
dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g
biji benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan
sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu. Anak benih
ditanam di bawah jaring kalis serangga.
Terdapat tiga cara
semaian yang disyorkan iaitu:-
- Semaian batas
- Semaian polibeg
- Semaian kotak
Semaian Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran 1000 cm
lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Semai biji benih
sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm. Kemudian tabur tanah kering yang
halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Siram batas selepas itu dan
dirikan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar. Jarangkan anak benih (5 cm
antara pokok) 10-14 hari selepas menyemai. (klik sini untuk
lihat Rajah 1).
Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm tebal dengan tanah campuran
7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm. Hanya tinggalkan satu pokok
apabila mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg di bawah teduhan yang
didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x 60 cm panjang diisi dengan
media semaian. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian
bawahnya supaya air tidak bertakung. Biji benih disemai pada jarak 5 cm x 5 cm
dan ditimbus dengan tanah. Semaian yang terlalu rapat perlu dijarangkan untuk
mengurangkan persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang
sempurna.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam bangsal semaian.
Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap untuk
melindungi benih dari hujan lebat. Dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan
jaring untuk menghindar kemasukan serangga. Pengairan boleh dilakukan dengan
menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Semasa di peringkat semaian, anak-anak benih bolehlah disembur dengan baja daun (foliar)
yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur racun serangga seperti
chlorpyrifos jika terdapat tanda-tanda serangan perosak.
(Sila lihat rajah
semaian batas) ! PENYEDIAAN KAWASAN
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah dibajak dan
digembur sedalam 15-22 cm. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5.
Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan
sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang
selalu digunakan ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah
mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing
memerlukan pengapuran sebanyak 3-5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
PENANAMAN DI LADANG
Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui
proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari
beransur-ansur. Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas
perlulah disiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut. Ini
akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya. Ubahlah anak benih semasa
cuaca redup atau pada waktu petang diikuti dengan siraman air. Hanya anak benih
yang subur dipilih. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm. Penggunaan
sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal rumpai dan
mengurangkan serangan kutu daun. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang
mati ataupun kurang sihat perlu disulam.
PENYEDIAAN SOKONGAN
Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh. Penyokong ini boleh
dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap
batas. Rentang dawai pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan ikatkan
tiap-tiap pokok tomato di batas tersebut kepada dawai. Biasanya tinggi
penyokong ialah 50-70 cm ((klik sini untuk lihat Rajah 2).
PEMBAJAAN
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah. Tanah pasir yang kurang subur atau sederhana
sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding
dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
|
Jenis Tanah |
Baja |
|
Jenis |
Kadar
(tan/ha/musim |
Masa (MLT)
(minggu lepas tanam) |
Cara |
BRIS
1. Rudua |
Tahi ayam
NPK 12:12:17:2 |
10
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah
keliling pokok |
BRIS
2. Baging |
Tahi ayam
NPK 12:12:17:2 |
25
3 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah
keliling pokok |
Bekas lombong
(Pasir) |
Tahi ayam
NPK 12:12:17:2 |
25
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah
keliling pokok |
| Gambut |
NPK 12:12:17:2 |
2 |
2, 4 & 8 |
Keliling pokok |
| Mineral |
Tahi ayam
NPK 12:12:17:2 |
25
2 |
-1*
2, 4 & 8 |
Gaul dalam tanah
keliling pokok |
* 1 minggu sebelum tanam
PEMANGKASAN
Pangkasan
disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan
daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.
PENGURUSAN AIR
Siram atau
menggunakan sistem pengairan renjis. Sstem pengairan renjis mempunyai
kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan
bagi sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar. Jenis perenjis yang
sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2
dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter / saat dan garis pusat siraman
liputan 25-30 m.
Perparitan
diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina
untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.
PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN
Kawalan Serangga:
Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)
Menyerang buah, daun, tunas dan bunga
ketika pokok di peringkat berbunga dan buah. Buah akan berlubang dan
busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat. Sembur keseluruhan pokok
dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari
sekali jika perlu. Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
Lalat buah (backtrocera sp)
Menyerang buah ketika pokok sedang berbuah. Buah berlubang dan
menjadi reput. Buah-buah gugur atau busuk sebelum matang. Kutip buah-buah
yang diserang dan musnahkan secara menanam atau membakar. Gunakan racun
attractant seperti methyleugenol.
Hama Merah
(thtranychus truncatus)
Menyerang daun dan bunga. Daun yang diserang berkerekot dan terdapat
tompok-tompok kuning. Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak
terbentuk. Jika perlu, sembur dengan racun serangga seperti dicofol atau
propagite.
Penyakit
tanaman tomato:
Hawar
Phytophthora
Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah. Merebak melalui tanah
dan air. Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di
hujung dan di tepi daun tua. Kemudian terdapat tompok-tompok putih di
belakang daun, akhirnya pokok akan mati. Pada buah muda yang masih hijau,
terdapat bintik lecuh berwarna kelabu yang membesar kepada saiz dan bentuk
yang tidak menentu. Lama kelamaan bahagian diserang menjadi kering,
berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.
Kawalan: Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous
oxide. Bakar bahagian yang berpenyakit. Pastikan kawasan tanaman
bersaliran baik dan jaga kebersihan kawasan tanaman.
Antraknos buah
Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak melalui
biji benih dan angin. Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar
menjadi tompok-tompok perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput.
Selalu gunakan biji benih yang sihat, bajak reput relai ke dalam tanah
semasa penyediaan tanah. Jika terdapat serangan, musnahkan buah-buah yang
berpenyakit, sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb jika perlu.
Hawa
Aleternaria
Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang, daun dan
buah. Terdapat bintik-bintik perang pada batang dan daun tua.
Bintik-bintik kemudiannya membesar menjadi tompok yang berpusat hitam. Tisu
daun di keliling tompok selalunya bertukar menjadi kuning. Buah yang
diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora-spora hitam.
Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah. Sembur dengan
racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika
perlu. Bakar bahagian yang berpenyakit.
Reput Pangkal
Merebak melalui tanah. Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp. menyerang
pangkal pokok. Daun-daun kelihatan layu. Terdapat maisilia putih pada
pangkal pokok. Akhirnya pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. Pastikan
kawasan tanaman bersaliran baik dan musnahkan pokok yang diserang.
Layu Fusarium
Kulat Fusarium sp. menyerang akar. Tersebar melalui tanah dan air.
Daun-daun menjadi kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah
pokok. Pokok menjadi bantut dan layu. Pastikan kawasan tanaman bersaliran
baik. Sembur dengan racun kulat seperti benomyl atau carbendazim jika perlu
dan cabur / bakar pokok yang berpenyakit.
Layu Bakteria
Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar. Merebak melalui air,
tanah dan sentuhan akar. Daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Empulur
berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang dipotong dan
direndam dalam air, ia mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman
yang berlainan dari keluarga Solanaceae. Tentukan saliran air baik di
kawasan kebun. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Virus Mozek
Kutu daun sebagai pembawa penyakit. Virus berkenaan menyerang seluruh
pokok. Daun berbintik-bintik serta berkerekot. Serangan yang teruk
menyebabkan pokok menjadi bantut, buah menjadi kecil dan berubah rupa. Jaga
kebersihan kawasan tanaman. Kawal kutu daun dengan menyembur racun serangga
seperti malathion dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
Reput Hujung Buah
Kekurangan zat kalsium. Terdapat tompok kecil berwarna perang atau
kehitaman dan berkeadaan basah di bahagian hujung buah. Tompok kemudiannya
membesar menjadi lekuk dan berwarna hitam. Pastikan pembajaan dan
pengapuran membekalkan kalsium yang mencukupi.
KAWALAN RUMPAI
Cabut rumpai
yang tumbuh di atas batas. Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas boleh
dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat berbuah. Ketika
menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari
terkena tanaman. Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat
menyekatkan pertumbuhan rumpai.
KEMATANGAN DAN
PENGUTIPAN HASIL
Penyemburan
racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Hasil boleh
dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan masak 30 hari
selepas berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas
kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah
cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat
untuk mengelakkan buah dri pecah.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED
Spesifikasi
piawaian dan gred ini adalah untuk buah tomato (Lycopersicum esculantum) yang
akan dipasarkan di pasaran domestik yang merangkumi kedua-dua jenis tomato
tanah rendah dan tomato tanah tinggi tempatan.
PENGELASAN GRED DAN SAIZ
Tomato Tanah Tinggi
|
Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran (Maksimum) |
|
1 |
Jenis yang sama (dari varieti tanah tinggi)
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat > 40 mm) |
5%
5%
5%
10%
5% |
|
2 |
Jenis yang sama (dari varieti tanah rendah)
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat 35-40 mm) |
5%
5%
10%
15%
10% |
|
Luar Gred |
Buah yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas. |
|
Tomato Tanah Rendah (dari varieti
yang sama)
|
Gred |
Ketentuan |
Kelonggaran (Maksimum) |
|
1 |
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat > 50 mm) |
5%
5%
5%
10%
5% |
|
2 |
Tahap kematangan yang seragam dan yang sesuai untuk pasaran.
Segar.
Kerosakan.
Kecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)
Saiz yang seragam (garis pusat > 50 mm) |
5%
5%
10%
15%
10% |
|
Luar Gred |
Buah yang tidak mempunyai ciri-ciri gred di atas. |
|
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Pembungkusan
Tomato daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang
sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan
semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan
untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang
dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg. Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad
pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan
gred.
RANTAIAN LAMAN TOMATO
|