PANDUAN MENANAM
ULAM RAJA
 |
|
PENGENALAN
Ulam raja terkenal
di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk
dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok
perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.
tanah
Ia sesuai ditanam
di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.
|
PENANAMAN
-
Semai biji benih
dalam kotak / tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
-
Apabila tingginya
10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan.
Tanam dengan jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.
-
Siram pokok 2 kali
sehari terutama ketika masih kecil.
-
Bubuh baja tahi
ayam / tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok.
Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15* boleh digunakan jika perlu.
PERHATIAN
-
Ulam raja boleh
didapati di pasar (di gerai orang Melayu) dengan harga 50 sen- RM1.00 seikat /
secekak.
-
Apabila pokoknya
telah tua eloklah ditanam semula.
-
Ia juga boleh
ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.
-
Pokok ulam raja
yang sering dijadikan ulam-ulaman dalam hidangan.
Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat.
Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.
Pokok ulam raja
tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dan sekuntum bunganya
tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya
kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil.
Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembab atau tempat takungan air.
Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.
RANTAIAN LAMAN ULAM RAJA