PELINDUNG HUJAN MENINGKAT HASIL SAYUR
(Dipetik dari majalah Teknotani April 1993)



Penggunaan pelindung hujan dalam pengeluaran sayur-sayuran mempunyai kebaikannya tersendiri seperti:-

  • Mengalakkan kerosakan fizikal pada bahagian daun akibat hempapan air hujan.
  • Penyakit-penyakit yang mudah merebak di musim hujan seperti Hawar Phytopthora, reput air dapat dielakkan.
  • Meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.
  • Mengurangkan 20-30% keterikan matahari ke tahap yang sesuai untuk fotosintesis tanaman(30-80 Klux).
  • Dapat mengawal perosak Plutella sp. dan Helulla tanpa atau menggunakan racun perosakyang minimum.
  • Pekerja boleh bekerja di waktu hujan.


Selain dari kebaikan di atas, penggunaan pelindung hujan dapat meningkatkan hasil pengeluaran sayur-sayuran.  Hasil boleh meningkat sebanyak 2-4 kali ganda lebih tinggi dari penanaman di tempat terbuka.  Penggunaan pelindung hujan dapat mengawal perosak Plutella dan Hellula pada tanaman kobis, kobis bunga, kobis cina dan kailan dengan berkesan tanpa mengguna atau menggunakan racun perosak yang rendah.  Ini boleh menghasilkan sayur-sayuran yang bebas dari sisabaki racun perosak.  Penggunaan sistem ini turut merendahkan peratus kerosakan ke atas sayur-sayuran akibat serangan serangga dan penyakit sebanyak 30-49 peratus.

Pada asanya, pelindung hujan terdiri daripada bumbung plastik dan bertiang kayu atau besi.  Plastik lutsinar digunakan sebagai atap kerana harganya yang murah dan sesuai untuk berbagai bentuk binaan.  Bentuk-bentuk binaan pelindung hujan dinamakan berasaskan struktur bumbungnya.  Dua bentuk yang mudah dibina ialah bentuk mata gergaji dan bentuk gable berbanding bentuk terowong yang agak mahal kosnya.

Bagi sebuah pelindung hujan, kos pembinaannya dianggarkan RM30-40 ribu  (tahun 1993) bagi 0.4 hektar kawasan.  Kos kayu dan plastik merangkumi 80% daripada kos keseluruhan.  Selain dari itu, penggunaan pelindung hujan memerlukan sistem pengairan dengan anggaran kos sebanyak RM6,000 (1993) bagi 0.4 hektar kawasan.

Lihat Pelindung Hujan di Pusat PLP Lekir

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
08 July 2009 11:59:06 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.