|
PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN
JABATAN PERTANIAN
Ditubuhkan pada tahun 1905,
Jabatan Pertanian adalah agensi yang kompeten dan berpengalaman luas dalam
pembangunan pertanian, khususnya dalam pengeluaran bahan makanan.
Jabatan
Pertanian menawarkan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dalam
pelbagai aspek pertanian, meliputi bidang buah-buahan, hortikultur dan
tanaman lain, patologi, entomologi, perlindungan tanaman, pengurusan
tanah, remote sensing, kejuruteraan pertanian, teknologi biji
benih, teknologi aplikasi dan kawalan racun perosak, pemprosesan hasil
tani, perundingan pertanian dan khidmat fasilitasi import dan eksport
bahan pertanian.
Perkhidmatan
ini terbuka kepada pelanggan yang terdiri daripada jabatan dan agensi
kerajaan, syariakt dan institusi swasta, koperasi peladang, usahawan,
peladang serta individu yang berminat dalam bidang pertanian secara
komersil atau kecil-kecilan.
Pendekatan:
Pendekatan dahulu:
Sistem 2L - Pada tahun 1984, pemindahan
teknologi oleh agen pengembangan kepada golongan sasar (kumpulan tani)
berasaskan 'impact point'.
Pendekatan sekarang:
-
Berasaskan projek selaras dengan surat Pekeliling Perdana Menteri pada 10
Julai 1984 berkenaan dengan Halacara Baru Pengembangan Kampung dan Luar
Bandar, iaitu:-
-
Menggabungkan kebun dan
sawah-sawah kecil menjadi estet dengan keluasan atau saiz yang munasabah
untuk dirus dengan baik; -
Menggunakan cara
perladangan moden bagi meningkatkan taraf kecekapan;
-
Mengubah keadaan
masyarakat desa yang kurang 'monetised' supaya menjadi lebih 'monetised'
-
Pemindahan teknologi kepada
golongan sasar berasarkan projek (projek kelompok) mulai tahun 1984
menggantikan Sistem 2L.
Kumpulan sasar terdiri
daripada petani (kelompok dan luar kelompok), kumpulan pengembangan wanita
(KPW), usahawan, individu, swasta dan agensi kerajaan.
Konsep Perladangan Berkelompok
Projek kelompok adalah satu usaha
perladangan di mana kebun-kebun petani dikelompokkan di bawah satu
jawatankuasa pengurusan yang dilantik dari kalangan petani berdasarkan
konsep permuafakatan, bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran ladang
seterusnya pendapatan petani melalui pengusahaan ladang secara komersil.
Kriteria / ciri-ciri Projek Kelompok
-
Meliputi lot-lot tanah
sama ada bersambungan (contiguous) / berselerak dalam kawasan tertentu
yang boleh diurus secara berkesan.
-
Mempunyai keahlian
sekurang-kurangnya 3 keluarga tani / pengusaha.
-
Komoditi / tanaman yang
terlibat boleh melebihi dari satu.
-
Diurus oleh satu J/K
Pengurusan Projek yang dilantik dari kalangan ahli.
-
Mempunyai satu unit
pengeluaran komersial dan berdaya maju.
Faedah
Berorientasikan Projek / Bisnes Komersil
Khidmat Nasihat / Latihan
Bantuan / Insentif Pertanian – Infra. ladang, input
pertanian
Kredit Pertanian (Bank Pertanian, PPK dll.) - “Pembelian
secara Pukal” input pertanian
Pengurusan Pemasaran (“Organized Marketing”)
Membina Kepimpinan Petani melalui J/K Pengurusan Projek
Perkhidmatan:
Perkhidmatan Pengembangan Perladangan Kelompok
Pemusatan perkhidmatan jabatan / agensi
- khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek
- petak demonstrasi
- lawatan belajar ke projek-projek yang berjaya
- bantuan / insentif pertanian
- perolehan input secara pukal
- pemasaran hasil pertanian
Perlaksanaan projek berdasarkan pelan bisnes, pakej teknologi dan manual
kerja pengembangan
Perkhidmatan Pengembangan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
Pemusatan perkhidmatan jabatan / agensi
- khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek keusahawanan
- bimbingan kilang/bengkel bertaraf GMP
- bantuan pinjaman peralatan
- pembangunan dan pemasaran produk prosesan
Pelaksanaan projek berdasarkan pelan perniagaan
Perkhidmatan Pengembangan Usahawan / Belia Tani ram-program
- bimbingan/khidmat nasihat teknikal dan pengurusan projek program
inkubator selama 6 bulan.
- penempatan dan bimbingan di lokasi projek seperti di TKPM, tanah terbiar
dan tanah sendiri.
- bantuan/insentif pertanian
- pemasaran hasil pertanian
- perlaksanaan
Perlaksaaan projek
berdasarkan pelan bisnes, pakej teknologi dan manual kerja pengembangan.
Bagi usahawan dan
syarikat yang melabur dalam bidang pertanian, dikhususkan perkhidmatan
seperti berikut:-
- penyiasatan kesesuian tanah dan air
- kajian kesesuaian agroiklim
- pengesyoran tanaman/produk
- pakej teknologi
- bimbingan penyediaan kertas kerja/pelan bisnes bantu dalam urusasn
pinjaman
|