PENYAKIT CERNA DURIAN (PATCH CANKER)
Pendahuluan:
Penyakit Cerana
Durian (Patch Canker), merupakan penyakit yang mengakibatkan pengeluaran hasil
yang rendah. Penyakit ini tersibar luas di seluruh kawasan penanaman
durian di negara kita. Ia senang membiak jika keadaan di bawah pokok
durian lembab.
Penyakit ini
disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora yang terdapat di dalam tanah.
Kulat ini senang menyerang anak benih dan pokok-pokok muda melalui luka-luka
semasa memangkas.
Tanda Penyakit:
Tanda pertama
penyakit ini ialah terdapatnya damar berwarna perang kemerahan pada batang dan
pergelangan akar. Kulit kayu menjadi perang gelap dan kadang-kadang
menjadi hitam. Pengeluaran damar dan perubahan warna kulit kayu meluas
perlahan-lahan di sekeliling batang. Biasanya mengambil masa beberapa
bulan bagi memenuhi keliling batang. Pokok yang diserang dengan teruk
biasanya mempunyai tanda-tanda daun gugur, pengeluaran bunga yang banyak dan
mati pucuk. Pada peringkat akhir serangan, pokok tidak mempunyai daun
hanya tinggal ranting-ranting sahaja dan pokok kemudian mati. Penyakit ini
didapati menyerang bahagian batang beberapa inci di atas paras tanah.