PENYAKIT MERAH DAN PEMBAWANYA


 

Tanda-tanda penyakit merah secara am



Penyakit merah padi adalah sejenis penyakit padi yang serius dan disebabkan oleh virus yang dibawa oleh bena hijau Nephotetix virescens, Dist and Nephotettix nigropictus, Stal.  Penyakit ini tidak berjangkit secara mekanikal atau melalui biji benih.

Tanda-tanda kerosakan:

  1. Tanda Kerosakan Disebabkan Virus:

    Daun-daun padi yang diserang akan menunjukkan tompok-tompok pucat diantara urat-urat daun mulai dari bahagian hujung yang kemudian berubah menjadi warna jingga.  Daun juga mungkin berputar di setengah jenis padi  iaituTaichung (Native) dan Seraup 50.  Pokok padi yang diserang teruk akan tergencat dan mempunyai sistem akar yang tidak sempurna.  Biasanya pengeluaran anak padi adalah kurang.  Padi berpenyakit akan mengeluarkan buah yang tidak berisi dan berwarna perang.  Jika serangan terjadi pada peringkat awal penanaman, tanaman tidak akan memberi hasil.
     

  2. Kerosakan Disebabkan Bena Hijau

    Selain dari menjangkitkan virus dengan tanaman padi, bena hijau juga merosakkan tanaman padi seperti:-

    - menghisap cecair dari batang padi, jika bilangan bena hijau tinggi ianya akan
      mengakibatkan 'hopperburn'

    - menyekat sistem permakanan padi dengan menyumbatkan telurnya di seludang padi

    - mendedahkan tanaman padi kepada serangan kulat dan bakteria di tempat ianya
       menghisap

Bena Hijau

Terdapat 4 jenis bena hijau iaitu:-

  • Nephotettix virescens. Dist

  • Nephotettix nigropictus, Stal

  • Nephotettix malayanus, Ishihara and Kawase

  • Nephotettix parvus, Ishihara and Kawase

Hanya N. virescens and N. nogropictus yang membawa virus penyakit merah.  Bena-bena ini terdapat di seluruh kawasan padi di Malaysia.

Bena hijau menghisap padi yang telah berpenyakit merah disamping itu ia juga menghisap sama virus.  Virus ini akan dijangkit kepada padi yang sihat semasa bena hijau menghisap padi tersebut.  Kebanyakan bena hijau menghilangkan virusnya dalam 48 jam tetapi sebilangan kecil boleh mengekalkan virus selama 4-5 hari.  Oleh demikian memusnahkan sumber jangkitan adalah penting untuk mengurangkan penyakit ini.
 

'Hopperburn' disebabkan Bena Hijau

Telur Bena Hijau

Telurnya dikeluarkan di seludang daun dan kebanyakan akan menetas selepas 7 hari.  Seekor bena hijau betina mengeluarkan telur 100-350 biji dan purata 253 biji.  Telur berwarna putih kelabu dan berbentuk seperti curut, ianya boleh dilihat dengan mata kasar.  Anaknya mempunyai 5 peringkat.  Tempoh peringkat anak adalah diantara 14-29 hari dan purata 17 hari.  Tempoh hidup purata untuk bena dewasa adalah 29 hari.

Kawalan:

  • Buang dan musnahkan sumber jangkitan, iaitu padi yang telah diserang dan tunggul padi yang telah dituai
     

  • Gunakan racun serangga untuk mengurangkan pembawa penyakit ini.  Racun serangga tersebut BPMC / MIPC / Carbaryl (0.1% bahan aktif).  Sembur setiap minggu pada petak semaian dan 1-2 minggu selepas diubah.  Semua petani yang tanaman padinya terlibat perlu menyembur racun-racun seperti di atas.
     

  • Cara -cara menggunakan pertanian iaitu menanam serentak, jangan gunakan baja nitrogen berlebihan, bersihkan kawasan sawah terutama rumput padi burung dan rumput sambau yang merupakan perumah kedua kepada bena hijau dan penyakit merah.
     

  • Menanam dengan jenis padi yang kebal seperti Mahsuri (M), Sekencang (M) dan IR  42 (R).

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:08:21 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.