PENYAKIT-PENYAKIT PADI DI SAWAH
DAN DI TAPAK SEMAIAN
Penyakit-penyakit padi yang biasa
menyerang anak-anak padi di peringkat semaian ialah penyakit karah, hawar daun
bakteria, bintik perang dan hawar anak benih.
Penyakit Karah Padi
(Daun)
Penyakit karah ialah sejenis
penyakit padi yang disebabkan oleh sejenis kulat, Phricularia oryzae.
Penyakit ini pernah berlaku di serata Semenanjung Malaysia.
Tanda-tanda penyakit mudah dilihat pada daun-daun. Daun-daun yang diserang
mempunyai bintik-bintik bulat membesar sepanjang 1 hingga 3 mm garis pusat,
berwarna biru kelabu atau berbentuk bujur dan runcing di kedua-dua hujungnya.
Tengah bintik itu berwarna biru kelabu dan bahagian tepi berwarna perang atau
perang kemerahan. Ukuran, bentuk, serta warna-warna bintik berlainan
mengikut jenis-jenis padi dan keadaan sekeliling. Bintik-bintik tersebut
barupa cedera yang terbenam.
Apabila serangan penqakit telah merebak, bintik-bintik besar berbentuk gelendung
akan terdapat padA jenis padi yang peka. Apabiha bintik-bintik tersebut
muncul di atas permukaan daun, mereka akan bertemu dan daun akan menjadi layu.
Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian anak benih. Penyakit ini
akan berlanjutan ke peringkat memecah anak, peringkat bunting dan berbunga.
Jenis-jenis padi yang sederhana peka kepada penyakit ini ialah Mahsuri Baru
(Improved Mahsuri) Bahagia, Murni dan Sri Malaysia Satu.
Kawalan:
- gunakan jenis padi yang tahan penyakit
- elakkan pertumbuhan anak padi yang rapat di semaian, gunakan kadar menabur
benih
1 gantang untuk 46.2 meter persegi (500 kaki persegi) batas semaian
- elakkan dari menggunakan baja yang berlebihan - elakkan dari menggunakan
biji benih dari sawah yang disyaki diserangi pen9akit - pastikan air mencukupi dalam sawah dan jangan biarkan semaian menjadi kering - bakar jerami untuk mengurangkan punca-punca jangkitan
Pengawalan menggunakan bahan kimia yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Nama Teknikal
Nama Jualan (formulasi)
% Bahan Aktif
Anggaran Bancuhan
Catatan
Difenphos
Hinosan
(EC 50%)
0.06-0.08
(serangan sedikit)
0.1
(serangan teruk)
2- 2 1/2 sudu teh
racun dalam
1 gelen air
2 1/2 - 3 sudu
teh racun dalam
1 gelen air
Sembur sebaik sahaja kelihatan tanda-tanda penyakit sebanyak 3-4 kali semburan selang 3 hari
bergantung kepada keadaan
penyakit itu.
Benomyl
Benlate
(WP 50%)
0.05
1 sudu besar
racun dalam
1gelen air
Semburkan setelah nampak
tanda serangan seminggu sekali.
Blasticidin
Bla-S
(EC 2%)
0.02-0.05
3-4 sudu besar
racun dalam
1 gelen air
Semburkan setelah nampak
tanda serangan seminggu sekali.
Bintik berwarna kelabu, kehijauan bunder seludang atau upih daun.
Jika serangan teruk, bintik-bintik berjangkit keseluruh bahagian pokok.
Tindakan:
Tanam varieti yang tahan. Sembur dengan racun kulat
Hawar Daun Bakteria
Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan yang mengalami banyak hujan dan
mempunyai kelembapan yang tinggi. Penyakit hawar ini disebabkan oleh
bakteria, Xanthomonas oryzae yang boleh disebarkan melalui biji benih.
Kemasukan bakteria dari luar adalah melalui daun atau akar yang cedera.
Tanda-tanda penyakit akan kelihatan seminggu selepas diserang.
Tanda-tanda permukaan ialah daun menjadi kuning. Kerosakan
yang tidak sama akan kelihatan di sepanjang tepi bahagian atas
daun. Kerosakan ini bermula di sebelah atas atau dua belah
tepi daun. Kerosakan ini lekas merebak selari dengan
urat-urat daun ke bahagian-bahagian sihat. Akhirnya
keseluruhan tepi daun termasuk upehnya akan menjadi kuning atau
putih comot. Tanda-tanda penyakit ini ialah hujung daun
menjadi kering, menggulung ke dalam serta terpilih.
Bulir Hitam
(Ustilaginoide virens)
Kulat membentuk seperti bebola berwarna kuning atau kehitaman baldu melekit pad
buah padi.Tanam varieti yang tahan. Musnahkan perumah sementara seperti Panicum sp.
dan Oryzae sp.
Bintik Perang
Penyakit ini biasanya berlaku pada daun dan seludang daun. Ianya
boleh menyebabkan kematian anak semaian dari 10% hingga 58%. Penyakit
bintik perang adalah sejenis penyakit yang dibawa di dalam biji benih.
Penyakit ini disebabkan oleh cendawan Helminthosporium oryzae yang juga dikenali
dengan nama Cochlio-bolus miybeanus.
Daun-daun yang diserang akan mempunyai bintik-bintik kecil yang berbentuk bulat
atau bujur serta perang bertaburan di permukaannya. Tengah bintik-bintik
itu berwarna perang atau kelabu dan tepinya berwarna gelap atau perang
kemerahan. Kebanyakan bintik-bintik dikelilingi oleh gelanggang kuning.
Bila serangan teruk, bintik-bintik akan bertambah besar sehingga berukuran 2.5
mm garis pusat. Akhirnya daun-daun akan menjadi kering dan berikutnya
tanaman akan mati.
Kesemuanya padi-padi jenis baru kecuali Bahagia adalah peka kepada serangan
kulat ini. Padi Bahagia adalah sederhana peka.
Pengawalan yang memuaskan akan diperolehi dengan mematuhi amalan-amalan
pertanian berikut:-
- elakkan dari menggunakan semaian kering - bakar jerami dan tunggul yang berpenyakit untuk memusnahkan
sumber cendawan - tabur "muriate of potash" jika tanah diketahui kekurangan unsur
kaliam - gunakan jenis padi yang tahan penyakit - jika biji benih disyaki berpenyakit, berikan rawatan air panas
(rendam biji benih selama 5
minit dalam air panas pada suhu 55oC selepas merendam
dalam air sejuk selama 24 jam).
Hawar Anak Benih
Penyakit ini biasanya terdapat di tapak semaian kering. Penyakit
ini disebabkan oleh sejenis kulat, Selerotium rolfsii. Penyakit ini lazim
berlaku di mana keadaan tanah mempunyai kandungan bahan organan yang tinggi.
Penyakit ini tidaklah begitu mustahak.
Pangkal batang dan akar pokok yang teruk diserang penyakit adalah berwarna gelap
dan kelihatan seperti disebabkan oleh cendawan "Sclerotia" iaitu bintik-bintik
tisu kulat yang berwarna perang akan terdapat pada akar-akarnya. Anak-anak
benih yang diserang akan menjadi bantut diikuti dengan warna kekuningan dan
layu. Akhirnya anak-anak padi itu akan mati. Kesemua padi-padi baru
adalah sederhana peka kepada serangan penyakit ini.
Penyakit ini tidak memerlukan penggunaan racun kimia untuk pengawalan.
Langkah-langkah pengawalan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
- pastikan bahawa tapak semaian supaya sentiasa basah - buang dan bakar tunggul-tunggul padi yang dihinggapi penyakit - elakkan dari membuat petak semaian di tanah yang mengandungi
kandungan bahan reput
yang tinggi - gunakan jenis padi yang tidak peka
Jelas sudah bahawa
anak-anak benih di semaian menghadapi ancaman beberapa serangan penyakit yang
boleh menyebabkan kerugian besar kepada petani-petani. Petani-petani
disyorkan mematuhi amalan-amalan penanaman yang betul untuk mengelakkan dari
berlakunya sebarang kejadian penyakit. Pengawasan semaian yang rapi
haruslah diamalkan supaya serangan penyakit dapat diketahui dari awal dan
langkah-langkah mengawal dijalankan dengan segera.
Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola)
Jalur-jalur berair jernih timbul antara urat-urat daun yang bertukar warna
menjadi kekuningan dan perang serta bintik juraian bakteria pada jalur.
Jika serangan teruk seluruh daun menjadi kering. Tanam varieti yang tahan
dan musnahkan perumah sementara iaitu padi liar.
Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme) Pokok padi mengeluarkan anak lebih tinggi daripada pokok padi normal dan daunnya
berwarna hijau pucat. Anak padi mati satu persatu. Tanam varieti
yang tahan. Gaul biji benih dengan Captan 4 gm dalam 10000 gm biji benih.
Biji benih dibuat rawatan dengan air panas.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
09 July 2009 12:09:56 AM