BAGAIMANA MEMILIH BUAH-BUAHAN BERKUALITI



M
emilih buah-buahan yang paling baik bukanlah satu tugas mudah.  Biasanya kita terpaksa menggunakan segala pancaindera dan pengalaman memilih sama ada dengan menggoncang, menghidu, memicit, menekan atau kadangkala kita merasai sendiri buah-buahan tersebut.  Sebijak mana kita memilih, kita masih sangsi tentang kualiti buah-buahan tersebut.

Kita mendapati di sebalik buah-buahan yang kelihatan begitu sempurna itu, masih tersembunyi kecacatannya seperti  isi yang lembik, dimakan ulat, buah yang masih mentah dan pelbagai ketidaksempurnaanya.  Kini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan jenama "Malaysia's Best" untuk mengatasi masalah anda memilih buah-buahan yang berkualiti.  Ia begitu mudah, cuma pilih buah-buahan yang menggunakan lambang "Malaysia's Best" ini.

"Malaysia's Best" merupakan program nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).  Program ini bertujuan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan yang berkualiti.  Seperti gelarannya,  "Malaysia's Best" ialah buah-buahan tempatan yang diperakui telah melalui proses pemilihan yang teliti daripada peringkat pemilihan biji benih sehinggalah buah-buahan itu dipasarkan.  Segala-galanya menepati standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.  Hanya buah-buahan yang menepati standard ini yang layak menggunakan lambang "Malaysia's Best".

Buah-buahan yang memakai lambang "Malaysia's Best" telah mematuhi syarat-syarat seperti kandungan sisa racun perosak, logam berat, pencemaran mikro, saiz, keadaan rupa, warna, tahap kesegaran, kematangan dan telah melalui proses penggredan, pembungkusan dan pelabelan.  Spesifikasi ini dikendalikan mengikut ketetapan di bawah Protokol EUREPGAP untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan juga CODEX, iaitu kod amalan kebersihan untuk pengeluaran dan pembungkusan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kesimpulannya, "Malaysia's Best" adalah lambang kualiti yang mencerminkan standard keselamatan makanan di pasaran domestik dan antarabangsa.  Sebagai lambang jaminan kualiti, "Malaysia's Best" bukan sahaja membantu memperkenalkan hasil pertanian Malaysia secara kompetitif di pasaran malah ia menggalakkan gaya hidup sihat pengguna di Malaysia melalui pemakanan yang selamat dan berkualiti tinggi.

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:18:22 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.