|
PANDUAN MENANAM
BUAH PITAYA /DRAGON FRUIT (HYLOCEREUS UNDATUS)
(Tanaman Jangka Pendek dan
Sederhana)
PENGENALAN
Pitaya atau
'dragon fruit' atau buah mata naga (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang
diusahakan secara komersil di negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan
dan dibawa masuk ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana
sebagai tanaman hiasan.
Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang kelihatan
seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang
biasa ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry
pear; Pitahaya (Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon
fruit; Fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong long
guo (Taiwan).
Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin,
kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C,
thiamine, riboflavin, niacin dan abu.
CIRI-CIRI POKO
Pokok pitaya tergolong dalam keluarga kaktus. Pitaya hidup dengan tumbuh menjalar dan
disokong oleh akar-akar yang kuat. Akar ini juga berfungsi menyerap
makanan daripada bahan organik untuk pertumbuhan. Buah Pitaya berbentuk
bujur, berkulit merah muda terang dilindungi lapisan kelopak berwarna hijau
serindit di hujungnya dan mempunyai rasa yang lazat dan kaya dengan nilai
pemakanan serta tonik penyembuh penyakit.
VARIETI PITAYA
Terdapat beberapa
varieti pitaya yang diusahakan. Varieti ini berdasarkan kepada warna isi
buah pitaya iaitu warna putih, merah dan kuning.
|
Varieti |
Warna Isi |
Saiz Buah |
Sari Salut/Sisik
buah pada buah matang |
Gerigi Batang |
Hylocereus costa/Hylocereus
poly/
Pitaya 126
(Asal Taiwan) |
Merah
|
Sederhana besar
(300-500g) |
Susunan lebih rapat
Berbentuk lebar dan pendek |
Bewarna hijau atau
hijau sedikit perang |
|
Hylocereus undatus |
Putih |
Besar
(500-800g)
|
Susunan jarang
Berentuk tirus dan panjang |
Berwarna perang |
KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM
Pitaya sesuai
ditanam di kawasan yang mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada cerun
kurang dari 6o dan bersaliran baik. Walau bagaimanapun, kawasan
tanah tinggi, tanah baris mahupun tanah sawah boleh juga ditanam jika
langkah-langkah pemuliharaan tanah diambilkira. Di kawasan sawah ianya
perlu ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan akarnya tidak digenangi air.
Sistem 'furrow' boleh digunakan di tanah sawah.
Tanaman buah naga bersifat 'long day
plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang.
Selain itu, ia adalah dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic' iaitu tumbuhan
yang memproses makanannya pada waktu malam. Pokok buah naga juga bersifat
epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta
memanjat dan menjalar. Akar akan keluar dari batang yang menjalar di atas
para untuk tujuan pengambilan air dan pemakanan.
Iklim tropika dengan purata suhu antara 25-30oC dan hujan antara 500-1500 mm adalah sangat sesuai.
Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga atau
bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk.
PEMBAJAAN
|font face="Arial" style="font-size: 11pt">
Pembajaan ialah satu akpiviti ladang yang sangat penting dalam penanaman buah naga. Tanaman buah naga
memerlukan baja organik untuk pgrtumbuhan yang baik. Pen'apuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah (masam).
Lubang tanaman dimasukkan baja organik CIRP dan juga kapur. Baja hendaklah diberi secara
'pemberian split' dengan kadar bulanan tertentu. Baja 'foliar' juga perlu disemburkan pada batang supaya pokok lebih sihat. Apabila pokok telah
membesar, baja kimia dan baja organik perlu diberi dengan lebih kerap.
Kadar pembajaan adalah seperti berikut
|
Umur Pokok |
Jenis Baja |
Kadar / Rumpun |
Kekerapan |
|
Pokok muda (1-6 bulan) |
NPK
15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan |
100 g |
2 bulan sekali |
|
7 bulan dan seterusnya |
NPK 15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan |
500 g |
2 bulan sekali, berselang
seli
dengan baja kimia |
Pokok berbuah:
Masa berbuah |
NPK 13:13:21
Organan |
300 g
500 g |
Biasanya selang sebulan
antara
baja pembesaran dan baja buah |
|
Selepas berbuah |
NPK 15:15:15
Organan |
300 g
500 g |
|
PENANAMAN
Penanaman pokok pitaya memerlukan
tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak
pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah
2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang
konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang
sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.
CANTASAN
Cantasan dibuat bagi memilih
dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi
pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi.
Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi
satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas.
(lihat panduan mencantas / memangkas pokok).
PENGAIRAN
Pengairan yang baik adalah penting
untuk mendapat hasil pitaya yang tinggi. Pengairan pada kekerapan 2-3 hari
sekali di peringkat awal penanaman dan 1-2 kali seminggu di peringkat pokok matang
adalah di syorkan, terutama pada musim panas. Sistem pengairan titis disyorkan
untuk tanaman pitaya.
PENGURUSAN PEROSAK, PENYAKIT DAN RUMPAI
Pokok buah naga
sangat sensitif kepada racun rumpai. Penggunaan racun rumpai dipangkal
pokok tidak digalakkan kerana sistem akar pitaya adalah cetek. Pokok dan
batangnya mudah melecur dan menggelupas apabila terkena racun tersebut. Rumpai
di sekeliling pokok disyorkan dipotong/dicabut. Amalan meletakkan bahan
sungkupan/kompos di sekeliling pangkal tanaman juga dapat mengawal pertumbuhan
rumpai di sekeliling pokok. Bagi kawasan di antara barisan tanaman, disyorkan
rumpai dipotong setiap 1-2 bulan sekali. Kawalan rumpai dibuat secara berkala
mengikut keadaan ladang. Begitu juga dengan kawalan perosak dan penyakit
jika perlu. Penyakit yang sering dijumpai ialah kulat dan bakteria.
Serangan semut dan
kulat boleh dikawal dengan menggunakan racun perosakan yang disyorkan.
Haiwan yang biasa menyerang tanaman ialah burung, tupai, tikus dan kelawar.
Siput juga boleh merosakkan batang buah naga. Haiwan-haiwan ini akan makan
buah yang telah masak. Oleh itu, buah hendaklah dibungkus untuk
mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan. Perosak
lain ialah kumbang Xylopetrus yang perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah
rendah. Selain itu, lalat buah (Dacus dorsalis) juga sangat penting
dikawal.
Selain haiwan
perosak, penyakit reput batang (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria
Xanthomonas campestris turut menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis
menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat
dapat mengawal penyakit ini daripada merebak.
PENGELUARAN HASIL
Pokok pitaya mula berbunga
selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan
bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas
pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang
pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah
4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara
umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.
PENUAIAN
Petik buah apabila
mencapai kematangan optimum 38-40 hari dari berputik atau 30-32 hari daripada
bunga mula mengembang. Petik pada wakktu pagi atau lewat petang untuk
mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi dan kumpul buah di tempat teduh.
Gunakan peralatan seperti gunting, bekas dan kereta sorong yang bersih dan
sesuai. Elakkan memetik semasa buah masih basah (embun atau hujan).
Elakkan buah tersentuh dengan minyak atau kimia yang bukan untuk rawatan.
Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Gunakan
bekas yang kukuh, bersih, licin dan tiada bahagian yang tajam dan jangan letak
buah tanpa berlapik.
INDEKS KEMATANGAN
|
Indeks 1 - |
Belum matang (19-20 hari).
Permukaan kulit dan sisek berwarna hijau. Belum sesuai dituai. |
Indeks 2 -
|
Matang (24-25 hari).
Permukaan kulit berwarna tompok-tompok merah dan sisek berwarna hijau.
Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan eksport menggunakan laut dan
udara. |
Indeks 3 -
|
Hampir masak (27-29 hari).
Permukaan kulit berwarna kemerah-merahan dan sisek berwarna hijau.
Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan esport menggunakan laut dan
udara. |
Indeks 4 -
|
Masak (31-32 hari).
Seluruh permukaan kulit berwarna merah, dan sisek berwarna hijau.
Sesuai untuk menghantaran jauh dan eksport menggunakan udara sahaja. |
Indeks 5 -
|
Terlalu masak (34-35 hari).
Keseluruhan permukaan kulit berwarna merah dan sisek berwarna
keperangan. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan sahaja. |
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Pengasingan
Lakukan pengasingan di ladang
dan di rumah pembungkusan. Pilih buah yang berkualiti iaitu yang segar,
matang, bebas daripada kecacatan dan kerosakan. Asingkan buah mengikut
tahap-tahap kematangan. Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan
pada buah. Musnahkan buah yang ditolak dengan kaedah yang betul.
Pembersihan
Bersihkan buah dari kotoran ladang dan benda asing termasuk sarang serangga, tanah dan sebagainya.
Elakkan membersihkan buah dengan merendam buah di dalam air. Span, berus atau kain lembut boleh digunakan semasa membersih untuk mengelakkan kecederaan
pada buah. Buah yang basah kerana hujan atau embun perlu dikeringkan menggunakan kipas pada suhu bilik. Penggredan Buah perlu digred dengan cermat mengikut kriteria-kriteria tertentu seperti varieti, keseragaman
saiz, keseragaman kematangan, bebas daripada bahan asing, kecacatan, kecederaan
dan jangkitan penyakit. Buah pitaya mestilah memenuhi keperlukan minimum berikut:-
- mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki pasaran.
- kandungan jumlah pepejal larut melebihi 9% Bris.
- buah masih segar dan agak bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan.
Pembungkusan
Menggunakan bekas atau bahan pembungkusan yang sesuai dan boleh melindungi buah daripada kecederaan
mekanikal dengan baik semasa dikendalikan. Bahan yang digunakan untuk
mengalas mestilah dari bahan lembut, bersih dan bebas daripada kesan toksik.
Bahan pembungkus mempunyai cukup pengudaraan. Berat bersih bagi satu unit
pembungkusan ialah diantara 5 kg - 10 kg. Mempunyai label seperti nama dan
alamat pembungkus, perkataan 'Pitaya' dan juga varieti, negara asal, gred, kelas saiz dan bilangan buah.
Untuk pasaran tempatan, buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred
dan juga di dalam bakul plastik. Untuk pasaran jauh buah perlu dibalut
dengan 'styrofoam' lembut dan disusun di dalam kota beralas dengan carikan
kertas. Buah disusun dalam keadaan berbaring dan carikan kertas juga
diletak antara buah-buah supaya ia tidak rosak semasa pengangkutan.
Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14 biji dengan berat 4 kg sekotak.
Simpanan Sementara
Bertujuan menurunkan suhu buah ke tahap paling rendah untuk membuang haba
ladang (field heat) dengan cepat supaya jangka hayat buah menjadi lebih lama.
Elakkan perubahan suhu yang mendadak kerana ini akan mempercepatkan proses buah
rosak. Suhu simpanan yang sesuai ialah 6-7oC
dengan kadar kelembapan relatif 90-95% dimana kualiti buah dapat dikekalkan
sehinggga 3 minggu. Penyimpanan pada suhu yang lebih rendah (<5oC)
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sejuk.
Pengangkutan dan Pengedaran
Digalakkan menggunakan bakul plastik atau kotak untuk memudahkan
pengendalian. Kurangkan tempoh pengangkutan dan pemunggakan. Gunakan
pelet untuk mengurangkan pengendalian. Gunakan lori sejuk atau lori yang
bertutup kanvas yang mempunyai cukup pengudaraan dan digalakkan untuk
mengangkut pada waktu cuaca sejuk. Kebanyakan pengusaha menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.
Menggred Buah
Buah mata naga digred mengikut berat buah:-
Gred A - berat lebih dari 450 gm
Gred B - berat antara 300-400 gm
Gred C - berat kurang dari 300 gm
RANTAIAN KE LAMAN PITAYA
|