SABUT KELAPA SAWIT SEBAGAI MEDIA POLIBEG



Lazimnya, campuran tanah atas, pasir dan bahan organik digunakan sebagai media untuk polibeg.  Bekalan tanah permukaan sukar diperolehi disamping masalah berat polibeg yang akan menyukarkan pengangkutan, pengurusan dan pengendalian semaian.  Kini, terhadap kaedah penyediaan tanah untuk polibeg yang lebih mudah iaitu sabut buah kelapa sawit (oil palm fibre). 

Campuran bagi media semaian ini adalah:-

 4 bahagian sabut buah kelapa sawit
1/2 bahagian tanah
1/2 bahagian pasir
4 kg. bahan organik bagi setiap 100 polibeg saiz 8" x 14".

Sabut kelapa sawit yang digunakan adalah yang telah reput kerana ia dapat membekalkan unsur pemakanan kepada anak pokok semaian disamping berupaya memegang air  di dalam polibeg.

Setelah media diisi ke dalam polibeg dan disusun atur di tapak semaian, semburan racun serangga dan racun pra cambah seperti Lasso (Alachlor) perlu dilakukan untuk mengawal hamama dan rumpai.

Antara kelebihan mengguna media campuran sabut kelapa sawit ialah;-

  • Media tidak mudah kering, dan kandungan air mencukupi untuk keperluan anak semaian

  • Dapat mengurangkan kos sehingga RM0.10 / polibeg jika dibandingkan dengan penggunaan kaedah campuran lama

  • Polibeg lebih ringan dan memudahkan pengendaliannya.

  • Pertumbuhan anak benih lebih baik.

  • Ianya lebih ringan, mudah didapati dan murah.


Campuran media ini sesuai digunakan untuk semaian anak pokok buah-buahan terutama biji benih limau dan boleh juga digunakan untuk semaian biji benih sayur-sayuran.

Sumber:  Akhbar Tani 1/2001

 [ke Laman Utama]     [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:19:58 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.