Pokok buah-buahan yang telah tua, iaitu berumur lebih dari 20 tahun, di mana
hasilnya walaupun banyak tetapi saiz buahnya kecil ataupun mempunyai kualiti
buah yang tidak baik, boleh dilakukan pemulihan dengan membuat pollarding
dan cantuman dewasa. Tujuan membuat pollarding dan cantuman dewasa
adalah untuk:-
-
Memperolehi generai pertumbuhan pokok yang baru
-
Boleh memulihkannya dari baka yang tidak baik kepada klon-klon yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dengan membuat cantuman dewasa
-
Memperolehi kualiti buah yang baik
-
Pertumbuhan pokok yang dibuat cantuman dewasa akan tumbuh lebih sihat disebabkan sistem pengakaran pokok yang
ekstensif
-
Pokok akan mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding jikalau kita membuat penanaman semula anak pokok buah-buahan.
Bagi tanaman mangga, rambutan, pulasan dan limau bali, ianya mula mengeluarkan hasil dari tahun kedua manakala tanaman durian, pokok mula mengeluarkan hasil
dari tahun ketiga.
Untuk pokok yang
sesuai
Untuk tanaman rambutan, mangga,
pulasan, jambu batu dan limau bali.
Pokok yang berasal dari biji benih
ataupun yang mempunyai mutu hasil yang rendah boleh dibuat pollarding dan
dicantum dengan baka yang terpilih. Kebiasaannya pokok seperti rambutan,
mangga dan lain-lain lagi, pokoknya terlalu tinggi dan sukar untuk memetik buah.
Apabila memetik buah, ada yang tertinggal dan menjadi busuk serta kering di atas
pokok. Oleh itu tanaman tersebut perlu dibuat pollarding bagi
merendahkannya sehingga ke paras 3 meter.
Setelah selesai pollarding,
dahan-dahan atau ranting-ranting di dalam kanopi pokok perlu dibuang dengan
seimbang supaya persekitaran dalam kanopi pokok mempunyai pengudaraan yang baik.
Bagi tanaman durian (ditanam dari biji benih) yang telah mengeluarkan hasil di
antara umur 6-7 tahun di mana citarasanya tidak baik boleh dibuat pollarding dan
dicantum dengan klon yang baik / terpilih.
Masa dan keadaan
yang sesuai untuk membuat pollarding:
Untuk tanaman seperti rambutan,
mangga, pulasan, jambu batu, limau bali:
Tunas baru akan mula tumbuh selepas 1
bulan dipangkas. Setelah tunas-tunas baru ini berumur 2-3 bulan adalah
sesuai untuk dibuat cantuman menggunakan matatunas dari baka yang terpilih.
Kaedah cantuman mata tunas dijalankan untuk tanaman jenis ini.
Untuk tanaman durian, tunas baru akan
mula tumbuh selepas 2 bulan dipangkas. Setelah tunas baru ini berusia satu
bulan atau mempunyai 2-3 helai daun cantuman bolehlah mula dijalankan.
Cantuman baji ataupun teknik cantuman straw/tiub boleh dilakukan.
Penjagaan pokok
selepas pollarding / cantuman dewasa:
Mengecat Bahagian Keratan
Bekas keratan hendaklah disapu dengan cat bagi mengelakkan bahagian keratan
menjadi buruk
Penjagaan Tunas Cantuman
Tuna baru perlu dijaga dengan rapi, kerana ianya mudah patah dan merupakan tunas
tumpangan pada pokok tersebut.
Teknik
mempercepatkan pembesaran tunas cantuman
Tunas yang telah berjaya dicantum dan
telah mencapai ketinggian 30 cm, baja NKP hijau ataupun baja tunggal yang
mempunyai nisbah NPK yang agak sama dengan NPK hijau ditabur di sekeliling pokok
yang telah dibuat pollarding. Baja tunggal Triple Super Phophaste (TSP)
adalah disyorkan sebagai gantian kepada rock phosphate ini kerana TSP adalah
mudah larut air. Baja tambahan seperti baja nitrophoska follar boleh
disembut bagi mempercepatkan lagi pembesaran tunas cantuman.
Tunas cantuman yang diberi baja
foliar didapati membesar hampir dua kali ganda berbanding dengan tunas cantuman
yang tidak diberi baja foliar.
Pengeluaran hasil
Pokok buah-buahan yang telah dibuat
pollarding dan cantuman dewasa akan mula mengeluarkan buah dari 1-3 tahun
bergantung kepada jenis pokok buah-buahan.

