Pengenalan:
Negara telah
mengalami isu-isu seperti kenaikan harga tenaga/bahan api (harga barangan
keperluan meningkat, kekurangan bekalan beras dalam negara, peningkatan import
bahan makanan berbanding ekxport, peningkatan kos pengeluaran dan banyak tanah
terbiar (pembaziran sumber yang dapat menjana ekonomi negara).
Bagi menanangani
isu-isu ini, kerajaan telah memperkenalkan DJBM yang bertujuan untuk memastikan
bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada
pengguna.
Jabatan Pertanian
telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan lima (5) program/projek:-
-
Projek Perataan
Tanah Sawah (Luar Jelapang)
Salah satu komponen utama di bawah Pelan Peningkatan Pengeluaran Padi/Negara
untuk meningkatkan kecekapan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi mencapai purata
hasil daripada 3.80 tan/ha (2007) kepada 4.58 tan/ha (2010) dan SSL daripada
73% (2007) kepada 86% (2010).
Selain melaksanakan aktiviti perataan tanah sawah, projek ini juga melibatkan
akvititi membina dan memperbaiki saluran-saluran air di peringkat ladang,
batas-batas ladang dan pintu kawalan air dalam petak sawah bagi mengoptimumkan
penggunaan air yang terhad, juga Kadar Insentif Amalan Teknologi Perataan
Tanah Sawah: RM1,500/ha.
-
Projek Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
- Untuk meningkatkan pengeluaran makanan, produktiviti dan pendapatan.
- Pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan moden.
- Melibatkan penyertaan usahawan tani dan sektor swasta.
- Kerajaan Persekutuan membiayai - kos pembangunan infrastruktur asas.
- Kerajaan Negeri memberikan tanah dan digazetkan sebagai TKPM.
-
Insentif
Pengeluaran Tanaman
Untuk meringankan bebanan pengusaha tanaman akibat kenaikan kos pengeluaran
dan juga untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan.
-
Program Bumi Hijau
- Tanaman
-
Program Pembangunan
Tanah Terbiar
Matlamat /
Objektif DJBM adalah:
-
Meningkatkan
pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara
diri.
-
Memastikan pengusaha
pertanian mendapat pendapatan yang setimpal serta menjamin pengeluaran bahan
makanan tidak menurun.
-
Memastikan bekalan
bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
Justeru, semua rakyat
adalah digalakkan untuk mengambil bahagian di dalam program/projek yang
dilaksanakan oleh kerajaan ini.
Syarat-syarat
Menyertai Program/Projek DJBM:
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur melebihi 21
tahun ke atas
-
Pengusaha individu,
usahawan dan syarikat
-
Peserta berminat dan
mempunyai inisiatif serta berdaya saing
-
Mempunyai hak milik
tanah/surat kebenaran mengguna atau sewa tanah
-
Keutamaan kepada
pemohon yang telah menghadiri mana-mana kursus berkaitan.
-
Peserta diwajibkan
mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB)
-
Menentukan pasaran
lebih awal
-
Pemohon yang belum
pernah mendapat insentif diberi keutamaan kelulusan dan insentif kali kedua
adalah ditentukan oleh Pengarah Pertanian Negeri.
-
Peserta bersedia
memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.