Program ini bertujuan membangunkan industri buah-buahan negara
berdasarkan kepada sembilan (9) jenis buah-buahan yang terpilih
selaras dengan DPN 3 dan mengambil peluang pasaran antarabangsa
untuk buah-buahan tropika, sama ada segar atau diproses.
Pelaksanaan program ini memastikan bekalan
buah-buahan yang bermutu tinggi, mencukupi dan dapat memenuhi
permintaan negara keatas buah-buah segara dan bekalan untuk industri
pemprosesan melalui pelaksanaan Projek Dusun Nukleus, Projek
Pemulihan Dusun dan Projek Kelompok.
Aktiviti Fokus:
Berlandaskan Pelan Bisnes
Pembangunan Dusun Nukleus yang mempunyai Commercial Look
Penggunaan teknologi moden dan mekanisasi
Buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan ialah betik, nanas,
tembikai, belimbing, limau madu & bali, mangga, nangka, jambu batu
dan durian.
Melibatkan pendekatan MOA Inc.
Bantuan Yang Disediakan:
Maksimum RM5,000 / ha. untuk tujuan:
Pembersihan kawasan
Jalan ladang / pertanian
Perparitan
Sistem Pengairan Utama (paip utama, pam, pembinaan kolam dan
rumah pam)
Program ini bertujuan meningkatkan pengeluaran
sayur-sayuran secara besar-besaran melalui Pembangunan Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) sebagai zon pengeluaran makanan yang
kekal di setiap negeri. Program ini menggalakkan juga sektor swasta,
terutamanya usahawan tani dan belia-belia berpengalaman untuk
mengusahakan TKPM. Setiap pengusaha TKPM disasarkan akan
memperolehi pendapatan sekurang-kurang RM3,000 / bulan.
Aktiviti Fokus:
Pengeluaran sayur-sayuran secara komersil
Perlaksanaan projek berdasarkan kepada Pelan Bisnes
Mengamalkan teknologi moden (contoh: Fertigasi) dan mekanisasi
Program ini bertujuan meningkatkan pengeluaran purata hasil padi
negara mencapai sasaran 5.5-10.0 tan / ha. di kawasan jelapang padi
utama dan jelapang padi sekunder.
Aktiviti Fokus:
Pengurusan ladang secara komersil / estet
Perataan sawah
Pengubahsuaian dan perluasan lot supaya akses terus kepada
taliair ladang, jejari dan parit ladang
Penggunaan 'check list' dan pakej teknologi secara tepat
Perlaksanaan Pengurusan Tanaman Bersepadu termasuk
Pengurusan Perosak Bersepadu
Melibatkan pendekatan MOA Inc.
Bantuan Yang Disediakan:
Maksimum RM660 / ha. untuk tujuan pengurusan air.
Pembersihan kawasan
Jalan ladang / pertanian
Perparitan
Sistem Pengairan Utama (paip utama, pam, pembinaan kolam dan
rumah pam)
Program ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan belia tani
yang mengusahakan projek pertanian berskala besar dan berupaya
memperolehi pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Keutamaan diberi kepada belia tani lepasan Kursus
Pertanian di Jepun (di bawah program JAEC); belia lepasan Institut
Pertanian, dan juga lepasan Institusi Pengajian Tinggi untuk
menjalankan projek-projek pengeluaran bahan makanan di Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Aktiviti Fokus:
Mengamalkan teknologi moden dan mekanisasi (contoh:
Fertigasi)
Mengamalkan sistem penanaman berlandaskan Pelan Bisnes
Mengintegrasikan perusahaan pengeluaran makanan
Melibatkan pendekatan MOA Inc.
Bantuan Yang Disediakan:
Maksimum RM5,000 / ha. untuk
aktiviti:-
pembersihan kawasan
jalan ladang / pertanian
perparitan
sistem pengairan utama(paip utama, pam, pembinaan kolam dsb)
Ladang satelit diwujudkan berhampiran bandar-bandar
utama di negeri-negeri sebagai satu kawasan ladang intergrasi
pengeluaran ulam-ulaman, rempah ratus, sayur-sayuran, buah-buahan
singkat masa dan ternakan bagi memenuhi keperluan pengguna di kawasan
bandar dan kawasan yang berhampiran. Disamping itu, ia juga akan
berfungsi sebagai satu kawasan tarikan pelancongan pertanian.
Aktiviti Fokus:
Pusat pasaran jualan terus
Kawasan pengeluaran bahan makanan dan Agro pelancongan
Program ini bertujuan membangun dan mengusahakan
pertanian di kawasan tanah dan sawah terbiar menjadi ladang tanaman
makanan komersil yang diusahakan oleh usahawan, belia dan pihak swasta
dengan sasaran pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Modaliti:
Program ini dilaksanakan dengan satu pendekatan yang melibatkan
pengusaha-pengusaha menyewa tanah daripada tuan punya tanah dan
mengwujudkan perkongsian 'win-win situation' melalui pembahagian
tertentu dariapda keuntungan projek.
Aktiviti:
Sistem penanaman berdasarkan Pelan Bisnes yang disediakan
Tanaman sayur-sayuran tanaman singkat masa dan buah-buahan
Menggunakan pakej teknologi moden dan mekanisasi
Melibatkan pendekatan MOA Inc.
Bantuan Yang Disediakan:
Maksimum RM5,000.00 / ha. untuk tujuan:-
Pembersihan kawasan
Jalan Ladang / Pertanian
Perparitan
Sistem perparitan utama (paip utama, pam, pembinaan kolam)
Program ini bertujuan meningkatkan pendapatan petani
dari RM200 hektar sebulan kepada RM1,000 hektar sebulan melalui
peningkatan hasil kelapa daripada 5,000 kepada 20,000 biji hektar
setahun.
Aktiviti Fokus:
Penanaman semula dan pemulihan kawasan dengan kelapa
Penggunaan baka kelapa berprestasi tinggi seperti hybrid
MATAG, MAWAR, PANDAN dan Malaysian Dwarf.
Mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Kelapa
Menggalakkan tanaman campuran dalam kawasan kelapa, aktiviti
hiliran dan pemprosesan.
Bantuan Yang Disediakan:
Penanaman semula kelapa: Maksimum RM3,000 / hektar bagi
aktiviti:
penebangan / pembersihan kawasan
membina / memperbaiki perparitan
Penanaman baru kelapa: Maksimum RM3,000 / ha. bagi aktiviti:
penebangan / pembersihan kawasan
membina / memperbaiki perparitan
Pemulihan kawasan kelapa: Maksimum RM1,500 / ha. bagi
aktiviti:
Program ini bertujuan meningkatkan pendapatan bersih pesawah di luar
kawasan jelapang padi yang menanam padi sekali setahun kepada
sekurang-kurangnya RM1,000/ha/bulan dan menggalakkan tanaman padi
ditukarkan kepada tanaman lain sepenuh masa.
Aktiviti Fokus:
Musim Utama
-
Tanaman Padi
Luar Musim
-
Tanaman Kontan dan Sayuran dalam petak sawah
\Aktiviti
Sepanjang Tahun
-
Tanaman buah-buahan, kelapa dan rempahan di batas utama.
Program ini bertujuan meningkat dan memaksimumkan
pendapatan petani dengan projek tanaman jagung manis dan memelihara
lembu daging fidlot secara integrasi dan seterusnya meningkatkan
pengeluaran jagung manis dan daging negara.
Aktiviti Fokus:
Menanam jagung manis untuk pasaran segera
Memelihara lembu daging (baka terpilih) secara fidlot
Mengitar semula sisa tanaman jagung sebagai silaj untuk
dijadikan makanan lembu
Projek Perladangan Berkelompok telah diperkenalkan
pada tahun 1984 dan perlaksanaannya adalah berlandaskan kepada:-
penggabungan kebun dan sawah kecil yang diurus secara
pengurusan pusat
pengamalan perladangan moden untuk meningkatkan
produktiviti dan
perusahaan tani yang berorientasikan perniagaan yang
menguntungkan
Sehingga kini, Jabatan Pertanian menyelaras 4,385 buah Projek
Perladangan Berkelompok di seluruh Semenanjung Malaysia. Projek
ini diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, padi, kelapa
dan florikultur. Seluas 148,000 hektar kawasan telah dimajukan
dengan penglibatan seramai 165,791 peserta. Nilai pengeluaran
yang berjumlah RM385 juta berjaya dihasilkan.
Bagi meningkatkan produktiviti ladang kelompok, Jabatan Pertanian telah
melaksanakan Sistem Kualiti MS ISO 9002: Perkhidmatan Pengembangan
Perladangan Berkelompok (PPPB) ke atas 660 buah Projek Kelompok
terpilih dan berdaya maju yang melibatkan 17,066 peserta. Setiap
peserta projek disasarkan mendapat pendapatan sekurang-kurangnya
RN1,000.00 sebulan.
Aktiviti fokus:
Di bawah Sistem Kualiti MS ISO PPPB, perkhidmatan yang ditawarkan
kepada petani meliputi perancangan projek kelompok, penyediaan pelan
bisnes, latihan, lawatan sambil belajar, petak demonstrasi, nasihat
teknikal, pemasan hasil pertanian, penyeliaan dan pemantauan projek
kelompok.
Pengeluaran sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman singkat
masa secara komersil.
Pengeluaran bahan pertanian makanan mengikut pelan bisnes
yang merangkumi pelan pengeluaran dan pemasaran.
Mengamalkan teknologi moden dan mekanisasi
Pemantauan kemajuan projek melalui sistem komputer
internet.
Dalam Rancangan Malaysia Ke 9, sektor pertanian
telah diberi tumpuan yang khusus khasnya kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh membantu kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai
jentera pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberi
kepada bidang pengeluaran berkualiti dan nilai tambah yang tinggal
menerusi aktiviti seperti penggredan, pembungkusan, pelabelan dan
penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
Tumpuan program / aktiviti yang selaras dengan Plan balance of
Trade (BOT) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pendekatan secara bersepadu di antara Jabatan / Agensi di bawah
Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.
Objektif Ladang Kontrak:
Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan
pengeluar.
Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran
melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik.
Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan
mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian
Baik (GAP).
Mempertingkatkan pemindahan Teknologi di dalam rantaian
bekalan.
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Jabatan / Agensi
Pembiayaan infrastruktur asas
Penyaluran input awal
Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
Pengaturan program latihan
Penyediaan kemudahan komunikasi / ICT
Research & Development
Perkhidmatan bimbingan
Program latihan
Komoditi:
16
jenis sayur-sayuran:-
bendi, cili, halia, tua, jagung manis, kacang buncis, kacang
panjang, keledek, kubis, labu manis, petola, roselle, terong, timun,
tomato, ubi kayu, ubi kentang.
13
jenis buah-buahan:-
belimbing, betik, buah mata naga, durian, jambu batu, limau, mangga,
manggis, nanas, nangka, pisang, rambutan, tembikai.
Syarat-syarat Menyertai Ladang Kontrak:
Individu perseorangan atau kelompok petani/syarikat.
Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang
sah disisi undang-undang.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman
yang diusahakan.
Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan.
Mempunyai modal kerja yang mencukupi.
Cara Memohon:
Mendapatkan dan mengisi borang permohonan di semua Jabatan dan
Agensi di bawah Kementerian Pertanian (FAMA, Jabatan Pertanian,
LPP/PKK, LPNM) yang berdekatan.
Proses Permohonan
PROGRAM / PROJEK DI BAWAH
DASAR JAMINAN BEKALAN MAKAN NEGARA (DJBM)
Matlamat program
ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro
makanan bagi memenuhi tahap sara diri, memastikan pengusaha pertanian
mendapat pendapatan yang setimpal serta menjamin pengeluaran bahan makanan
tidak menurun dan juga memastikan bekalan bahan makanan mencukupi,
berkualiti dan selamat dimakan.
Terdapat lima (5)
program di bawah Jabatan Pertanian, iaitu:-
Projek
Perataan Tanah Sawah (luar jelapang)
Salah satu komponen utama dibawah Pelan Peningkatan Pengeluaran Padi
Negara bertujuan meningkatkan kecekapan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi
mencapai purata hasil daripada 3.80 tan/ha (2007) kepada 4.58 tan/ha
(2010) dan SSL daripada 73% (2007) kepada 86% (2010). Selain
melaksanakan aktiviti perataan tanah sawah, projek ini juga melibatkan
aktiviti membina dan memperbaiki saluran-saluran air di peringkat ladang,
batas-batas ladang dan pintu kawalan air dalam petak sawah bagi
mengoptimumkan penggunaan air yang terhad. Kadar insentif amalan
teknologi perataan tanah sawah ialah RM1,500/ha.
Projek Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
Bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan, produktiviti dan pendapatan.
Projek projek adalah secara berskala besar, komersial dan moden.
Peserta terdiri dari usahawan tani dan sektor swasta.
Insentif
Pengeluaran Makanan
Bertujuan meringankan bebanan pengusaha tanaman akibat kenaikan kos
pengeluaran serta menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan.
Kadar insentif (bantuan kewangan) yang ditawarkan kepada pengusaha tanaman
adalah seperti berikut:-
- Sayur-sayuran dan tanaman ladang
RM81/tan untuk pekebun kecil (kurang 40 ha) dan RM27.tan untuk estet
(lebih 40 ha)
- Buah-buahan
RM78/tan untuk pekebun kecil (kurang 40 ha) dan RM26/tan untuk estet
(lebih 40 ha)
Bertujuan menggalakkan penduduk bandar dan desa bercucuk tanam bagi
mengeluarkan sendiri bahan makanan segar yang berkhasiat dan selamat
dimakan. Projek dilaksanakan secara individu/keluarga, komuniti atau
institusi secara persendirian / gotong-royong. Tanaman digalakkan
adalah sayur-sayuran jenis daun dan buah, herba dan ulam-ulaman.
Pemberian KIT Bumi Hijau yang terdiri daripada biji benih, manual
penanaman dan baja sebagai permulaan serta nasihat teknikal dari Jabatan
Pertanian.
Program
Pembangunan Tanah Terbiar
Tanah milik yang diberikan lesen pendudukan sementara (TOL) yang tidak
ditanam/diusahakan selama 3 tahun berturut-turut, suatu tanaman / ternak
air / ternakan secara khusus atau integrasi dengan maksud mendapat
hasilnya. Kadar insentif amalan teknologi RM20,000/hektar
(pembersihan kawasan, jalan ladang, perparitan, sistem pengairan dan input
ladang). Tanaman fokus kepada sayuran, tanaman kontan dan
buah-buahan. Dimajukan oleh pemilik sendiri atau secara berkumpulan
atau usahawan melalui sewaaan atau 'profit sharing'.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
27 July 2009 12:27:28 PM