|
PEMULIHAN TANAH YANG TIDAK SUBUR
(Berita
Pertanian Bil. 48 (Januari-Jun 1989)
Tanah-tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah
gambut boleh dimajukan untuk pertanian dengan memilih tanaman-tanaman yang
sesuai.
-
TANAH BEKAS LOMBONG
Tanah bekas lombong keadaannya tidak sama, ada yang
mengandungi banyak lumpur, ada yang seratus peratus pasir dan ada pula yang
mengandungi lumpur dan pasir halus. Tanah yang mengandungi liat sehingga
100 cm adalah sesuai ditanam dengan tanaman kekal seperti buah-buahan,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Tanah yang mengandungi banyak pasir
memerlukan campuran tanah liat gembur atau tanah atas dan bahan organan yang
dimasukkan ke dalam lubang menanam untuk membolehkan akar dapat zat makanan dan
menjadi asas yang kukuh supaya pokok tidak mudah tumbang.
Pengurusan tanah untuk pertanian agak tinggi termasuklah
penggunaan baja organan dan kimia, pengairan yang mencukupi dan bahan sungkupan
yang diletakkan pada pangkal pokok untuk mengurangkan kekeringan dan menyejukkan
akar. Pembajaan kimia perlu dibuat sedikit-sedikit tetapi lebih kerap.
Ini adalah kerana tanah pasir tidak dapat menyimpan baja dalam jangkamasa yang
lama. Pembajaan sebanyak 2-3 kali sebulan adalah sesuai. Tanah bekas
lombong yang mengandungi banyak lumpur pun perlu dibaja. Ini adalah kerana
tanah bekas lombong telah hilang zat-zat pemakanan dalam tanah semasa
kerja-kerja perlombongan.
Tanaman-tanaman yang telah didapati berjaya ditanam di atas
tanah bekas lombong adalah jambu batu, betik, belimbing besi, limau bali dan
mempelam. Banyak tanaman lain yang berpotensi boleh ditanam di atas tanah
bekas lombong seperti cempedak, nangka, ciku, limau dan manggis dengan syarat
pengurusan tanah dan tanaman dibuat dengan betul.
-
TANAH BEKAS BENDANG
Tanah bekas bendang dan tanah paya mengandungi liat yang
tinggi. Pada keadaan semulajadinya ia sesuai untuk padi dan sagu atau
dijadikan kolam ternakan ikan atau udang. Tetapi jika saliran dibuat ia
dapat ditanam dengan berbagai tanaman singkat masa dan tanaman kekal.
Peringkat awal persediaan ladang melibatkan kerja-kerja membuat saliran atau
parit untuk mengeringkan tanah. Kebanyakan tanah bekas bendang atau paya
berkeadaan masam selepas dikeringkan. Oleh itu pengapuran adalah perlu
untuk menaikkan pH dan juga membaiki keadaan tanah liat supaya menjadi lebih
gembur. Kadar kapur yang diberi adalah mengikut keadaan kemasaman tanah
yang dapat ditentukan melalui analisa di makmal. Kapur ditabur di atas
seluruh permukaan dan dibajak ke dalam tanah. Penambahan bahan-bahan
organan juga dapat membaiki keadaan tanah disamping menjadi baja pada tanaman.
Bahan organan elok dibubuh dalam lubang menanam.
-
TANAH GAMBUT
Tanah gambut merupakan salah satu tanah bermasalah.
Ianya kurang sesuai untuk pertanian oleh kerana keadaannya tidak berstruktur,
selalunya masam dan paras air dalam tanah selalunya tinggi. Terdapat tiga
jenis tanah gambut iaitu tanah gambut tidak hancur, gambut separuh hancur dan
gambut hancur.
Tanah gambut sesuai untuk tanaman singkat masa seperti
sayur-sayuran, jagung dan nenas. Untuk tanaman kekal ketebalan gambut
mestilah kurang dari 1 meter. Pengurusan tanah gambut yang penting ialah
mengawal paras air dalam tanah. Air dalam tanah perlu disalirkan
berperingkat-peringkat. Peringkat awal parit cetek sedalam 30-45 cm dibuat
dan selepas beberapa tahun, parit ini didalamkan lagi. Ini adalah supaya
pereputan gambut tidak berlaku dengan cepat. Jika paras air diturunkan
dengan cepat, gambut akan cepat reput dan tanah menjadi susut dengan banyak dan
juga terjadi pengeringan tidak berbalik pada tanah. Pengapuran mesti
dibuat untuk mengurangkan kemasaman disamping menambahkan zat pemakanan dalam
tanah. Pembajaan yang betul mesti dibuat. Jika terdapat tanda-tanda
pokok tidak subur pembajaan unsur-unsur pekit seperti Boron dan Kuperam mungkin
perlu dibuat kerana tanah gambut kurang unsur pekit.
Untuk menanam tanaman kekal, anak pokok perlu ditanam secara
sistem lubang dalam lubang, di mana perlu dibuat lubang besar dalam anggaran 120
cm lebar panjang 30 cm dan 60 cm dalam mengikut ketebalan gambut. Dalam
lubang besar ini dibuat lubang menanam dan ditimbus hanya lubang menanam sahaja.
Jenis-jenis tanaman kekal yang sesuai ditanam ialah kelapa
sawit, kopi, koko dan buah-buahan seperti cempedak, nangka, rambutan dan
mempelam serta lain-lain tanaman yang berakar cetek dan sederhana dalam.
-
TANAH BRIS
Merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan.
Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun. Tekstur
tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar
untuk diurus. Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya menyimpan air
dan nutrien adalah rendah. akibatnya tanah cepat kering dan proses larut
resap nutrien adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat
tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah.
Membaiki tanah Bris
Memilih baja yang sesuai adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja
pengurusan pembajaan tanah bris. Disamping baja kimia, tanah bris
memerluakn baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan
keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja. Baja organan yang
biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, 'sludge'
kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan tanah gambut.
Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun.
Bahan organan perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang
sebelum penanaman dijalankan. Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan
mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa.
Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat
mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.
Pembajaan duan nutrien mikro (Fetrilon Combi Red, 3 kg/hektar) dan pengapuran
(0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok. Pembajaan
mesti dipecahkan ke beberapa kali yang dianggap ekonomik supaya kehilangan
nutrien melalui larut resap dapat dikurangkan.
Sistem pengairan
Tanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna
untuk membekalkan air kepada tanaman secukupnya. Pengairan titis perlu
disediakan untuk menyiram pokok mengikut kelembapan tanah. Pada musim
kemarau pengairan perlu dibuat selama 2 jam (45 liter/pokok).
REAKSI TANAH DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN
(Sumber: Berita Pertanian Januari-Jun 1991)
Biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang
dari 7 (asid), ph=7 (neutral) dan pH lebih daripada 7 (alkali). Nilai pH
tanah berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim.
Biasanya kebanyakan tanaman hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam
lengkongan 6.0 - 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia
berasid di mana nilai pH 4.2 - 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat
mempunyai nilai pH kurang dari 3.8.
Pengaruh tanah biasanya pH tidak melebihi nilai 8.3 kerana
semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas. Ia mengeluarkan gas CO 2
dan bertindak dengan
air lalu membentuk Asis Karbonik. Tanah menjadi berasid apabila sebahagian
besar kation tukar gantinya terdiri A13+
dan H+.
Keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui
tanah sebahagian daripada H+ menggantikan Na+,
Mg2+
dan K+
yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
Kehadiran A13+
dan H+
yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid.
Tiap-tiap tanaman mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH. Tanaman
bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5. Tanaman kekacang perlu pH 6-7
untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar.
Jagung/lobak merah hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula
menyukai tanah masam.
Membaiki pH yang rendah dan pengapuran
Untuk meninggikan
pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan
tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh
digunakan bagi tujuan di atas ialah:-
Cara Pemberian Kapur
Bagi tanah-tanah
daerah tropika keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik).
Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain.
Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi
mengelak terjadinya pengapuran berlebihan.
Kekerapan
pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi
kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama
berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur
diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan
daripada pengapuran yang berlebihan disamping meneutralkan asid di dalam tanah
bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa
minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.
Sumber:
Berita Pertanian Januari-Jun 1991.
|