FAHAMI PITA WARNA LABEL RACUN PEROSAK

 

Pendahuluan

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat.  Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak.  Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza.  Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli.  Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas.

Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Pengkelasan Racun Perosak

Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia.  Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-

Pita Warna Kelas Racun
 

Label Warna Keterangan
Ia Hitam   Beracun - Amat Bisa
Ib Merah   Beracun - Bisa
II Kuning   Beracun
III Biru   Berbahaya
IV Putih  

 
  Kelas Ia:  Beracun - Amat Bisa
  Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
  Kelas Ib : Beracun - Bisa
  Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
 
  Kelas III:  Beracun
  Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
 
  Kelas IV:  Merbahaya
  Jauhkan daripada makanan dan kanak-kanak

Warna jalur dan kelas racun perosak


Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun
Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman

Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak.  Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak.  Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.

Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan
Kesihatan Badan Anda?

Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi.

Langkah-Langkah Keselamatan

Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur.  Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan facun perosak.

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:28:47 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.