Sepuluh jenis bahan aktif baru untuk bidang pertanian telah didaftar
oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak. Kebanyakan bahan aktif ini adalah
highly active dan spesifik untuk mengawal sesuatu perosak. Bahan-bahan
aktif ini adalah kurang memudaratkan berbanding dengan bahan-bahan aktif yang
didaftarkan terlebih dahulu. Kadar penggunaannya rendah iaitu di
antara 20 gm -1 50 gm bahan aktif sehektar. Azadiractin pula adalah ektrak
dari tanaman neem untuk mengawal serangga perosak. Ia tiada
mempunyai tempoh dilarang mengutip hasil (TDMH) sesuai untuk diguna pada tanaman
yang hasilnya perlu dikutip sepanjang masa seperti kacang wangi.
Keterangan bahan-bahan aktif ini adalah seperti berikut:-
Acibenzolar (47.5% w/w) -
Pengaktif Tanaman
Nama dagangan: Bion 50 WG
Formulasi: Butir Terserak Air
Tahun didaftar: 1998
No. LRMP : 4943 Kelas V
Nama pendaftar: Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Sejenis pengaktif tanaman. Bertindak dengan merangsang ketahanan
semulajadi tanaman dikenali sebagai Systemic Activated Resistance dan
memperbaiki ketahanan terhadap penyakit bintik berpusar (Colletotrichum spp.)
dan hawar pucuk (choanephora spp.) pada tanaman cili. Disyorkan pengaktif
tanaman ini dicampur dengan mancozeb dan disembur sebelum serangan penyakit.
Azadiractin (4.5% w/w) - Racun
Serangga
Nama dagangan: Neemix 4.5
Formulasi: Pekat Teremulsi (EC)
Tahun didaftar: 1998
Kelas IV
Nama pendaftar: Surecrop Sdn. Bhd.
Deskripsi: Sejenis pengawalatur tumbesar serangga (insect growth regulatory) dari
sumber botani yang diekstrak daripada pokok neem. Mengurang populasi
serangga perosak dengan cara membantutkan pertumbuhan serangga perosak,
menghalang pemakanan dan menghalang peneluran. Kurang bahaya pada serangga
berfaedah.
Azoxystrobin (22.94% w/w) - Racun
Kulat
Nama dagangan: Amistar
Formulasi: Pekat (SC)
Tahun didaftar: 1998
No. LRMP : 5006 Kelas IV
Nama pendaftar: Zeneca (Malaysia) Sdn. Bhd.
Deskripsi: Racun sistemik berpektrum luas dan mempunyai ciri-ciri pencegahan penyakit.
Untuk kawalan karat putih pada kewa, penyakit lecuh (phytopthora infestans) pada
tomato, reput buah (colletotrichum capsici) pada cili, dan kulapuk downy pada
timun. TDMH: 3 hari bagi cili, tomato dan timun.
Chiorfepapyr
Nama dagangan: Kotetsu
Formulasi: Pekat (SC)
Tahun didaftar: 1997
No. LRMP : 4539 Kelas III
Nama pendaftar: Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Bertindak sebagai racun konak dan racun perut. Untuk mengawal ulat
Plutella pada kubis dan kubis cina; kutu thrips dan lelompat daun pada timun dan
terung dan hamama merah pada bunga mawar. TDMH: 14 hari bagi kubis
dan kubis cina, 3 hari bagi terung dan timun.
Cyclosulfamuron (10% w/w) - Racun
Rumpai
Nama dagangan: Invest 10 WP
Formulasi: Serbuk Bancuh (WP)
Tahun didaftar: 1998
No. LRMP : 4734 Kelas IV
Nama pendaftar: Cyanamid Agricultural Products Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Racun sistemik yang meresap melalui akar dan daun. Untuk mengawal rumpai
berdaun lebar dan rusiga seperti keladi air, rumput telinga tikus, lakum air,
rumput air, pada tanaman padi. Racun ini boleh dicampur dengan bahan aktif
propanil atau pendimethalin untuk mengawal rumpai jenis rumput.
Prodione (50% w/w) - Racun Kulat
Nama dagangan: Rovral
Formulasi: Serbuk Bancuh (WP)
Tahun didaftar: 1998
No. LRMP : 4898 Kelas IV
Nama pendaftar: Rhone Poulenc Malaysia Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Racun kontrak yang mempunyai tindakan protective dan curative. Untuk
mengawal penyakit hawar, bintik daun pada tanaman kubis cina, timun, tomato,
kulapuk kelabu bagi cili, tomato, terung, kekwa, ros, binting perang, hawar
seludang pada tanaman padi dan rumput turf. TDMH: 3 hari bagi timun
dan tomato; 7 hari bagi kubis cina, terung dan cili.
Deskripsi:
Bertindak sebagai racun perut dan melalui sistem pernafasan. Untuk kawalan
siput gondang di kawasan padi. Racun toksik kepada ikan; elakkan
melepas anak ikan ke dalam kawasan yang telah dirawat sekurang-kurang 7 hari
selepas semburan. Racun dihadkan penggunaannya dan hanya boleh didapati
daripada penjual yang dibenarkan. Pengguna perlu mendapat surat kebenaran
untuk membeli daripada Pegawai Pelesen, Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan
Pertanian.
Pymetrozine (25% w/w) - Racun
Serangga
Nama dagangan: Chess 25 WP
Formulasi: Serbuk Bancuh (WP)
Tahun didaftar: 1997
No. LRMP : IV
Nama pendaftar: Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Racun yang memilih; spesifik kepada serangga Homoptera. Memberi kesan
kepada pelakuan (behaviour) sehingga serangga perosak berhenti memakan.
Untuk mengawal bena perang pada padi. Kurang merbahaya kepada serangga
berfaedah. TDMH: 14 hari selepas semburan akhir bagi tanaman padi.
Silafluofen (19.6% w/w) - Racun
Serangga
Nama dagangan: Silatop
Formulasi: Emulsi, Minyak Dalam Air (EW)
Tahun didaftar: 1997
No. LRMP : 4659 Kelas III
Nama pendaftar: Hoechst Malaysia Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Cara tindakan - racun perut dan konak. Untuk mengawal bena hijau dan bena
perang pada tanaman padi. TDMH: 14 hari selepas semburan akhir bagi
tanaman padi.
Spinosad (2.5% w/w) - Racun
Serangga
Nama dagangan: Success 25 SC
Formulasi: Pekat (SC)
Tahun didaftar: 1998
No. LRMP : 4913 Kelas IV
Nama pendaftar: Dow Agrosciences (Malaysia) Sdn. Bhd.
Deskripsi:
Berasal dari kompound semulajadi spinosyns. Spinosyns adalah hasil dari
proses fermentasi actinomycete. Bertindak secara sentuhan dan kontak.
Untuk mengawal ulat Plutella pada tanaman sawi putih, sawi bunga dan kubis, ulat
ratus pada kailan. Impak pada serangga berfaedah - slightly harmful.
TDMH: 3 hari bagi sawi putih dan sawi bunga.
Nota:
TDMH - Tempoh dilarang mengutip hasil
selepas semburan akhir.
CARA-CARA MENGATASI
MASALAH SISABAKI RACUN PEROSAK
Penggunaan racun
perosak bertujuan untuk mengelakkan kerugian akibat serangan makhluk perosak dan
seterusnya meningkatkan hasil. Apabila racun perosak digunakan pada
tanaman sebahagian besar racun perosak tersebut akan terurai manakala sebahagian
lagi mungkin akan tertinggal pada tanaman tersebut.
Bahagian yang
tertinggal ini dipanggil sisabaki racun perosak. Sisabaki racun perosak
yang berlebihan dalam makanan atau hasil pertanian boleh memudaratkan kesihatan.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pengeluar untuk memastikan
hasil pertanian yang dijual adalah selamat kepada pengguna. Masalah
sisabaki racun perosak yang berlebihan dalam hasil pertanian boleh diatasi
dengan mengambil langkah-langkah berikut:-
Pastikan
samada racun perosak perlu digunakan
Perosak-peorsak boleh dikawal dengan beberapa cara seperti amalan kultura,
kawalan biologi atau kawalan dengan menggunakan racun perosak. Gunakan
racun perosak apabila perlu sahaja.
Pilih racun
perosak yang disyorkan
Kenalpasti perosak terlebih dahulu dan gunakan racun perosak yang disyorkan
berkesan bagi mengawal perosak tersebut. Jika perlu, dapatkan nasihat
Pegawai Pertanian.
Baca label
Dengan membaca label, anda akan mengetahui maklumat seperti jenis perosak yang
boleh dikawal, kadar dan masa semburan, tempoh akhir semburan dan lain-lain
maklumat.
Patuhi kadar
dan cara penggunaan racun perosak
Kadar bancuhan dan cara penggunaan racun perosak terdapat pada label.
Ikuti sepenuhnya arahan dan cara-cara membancuh serta menggunakan racun
perosak tersebut. Kadar bancuhan yang salah boleh menyebabkan kawalan
tidak berkesan menimbulkan masalah sisabaki berlebihan, menimbulkan kekebalan
perosak dan pencemaran alam sekitar.
Patuhi PHI
PHI ialah tempoh menunggu yang perlu dipatuhi diantara semburan terakhir racun
perosak dan masa mengutip hasil untuk mempastikan sisabaki racun perosak pada
tanaman adalah dibawah paras yang dibenarkan.
Periksa alat
penyembug berkeadaan sempurna
Alat penyembur yang rosak akan menyebabkan semburan tidak rata dan menimbulkan
masalah sisabaki pada setengah tanaman.
Jangan
salahguna racun perosak
Jangan gunakan racun perosak untuk lain-lain tujuan selain yang disyorkan.
Contohnya: amalan menyembur racun kulat untuk menyegarkan sayur-sayuran adalah
satu amalan yang salah.
Bersihkan
hasil tanaman
Amalan membasuh hasil tanaman boleh mengurangkan paras sisabaki racun perosak
terutama racun jenis sentuh.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
09 July 2009 12:29:33 AM