PENGGUNAAN RACUN PEROSAK SECARA
BERHEMAH, BERKESAN DAN SELAMAT



Definisi Racun Perosak

Racun perosak adalah satu bahan atau campuran bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengawal perosak sama ada secara membunuh, memusnah, menarik, mengusir, menghalau, mengubahsuai fisiologi pertumbuhan perosak (igr/pgr) dan lain-lain

Memandangkan ianya adalah racun, maka anda sebagai pengguna haruslah menggunakannya secara berhemah dan selamat demi kepentingan manusia dan alam sekitar.

Perlu Diingat Bahawa:-

Tidak ada perosak yang dapat berfungsi dengan berkesan kecuali ianya digunakan dengan betul mengikut kaedah yang disyorkan.

Perkara-perkara Asas yang Perlu Diambil Kira:

  • Racun perosak berdaftar dan berkualiti
  • Sasaran yang betul
  • Racun perosak yang sesuai
  • Kadar / dos yang tepat
  • Masa penggunaan / semburan yang tepat
  • Liputan semburan yang maksimum
  • Penggunaan yang selamat

Perhatian:

  • Mula lakukan kawalan penyakit/serangan hanya apabila terdapat tanda-tanda serangan mencapai Tahap Ambang tindakan (ATL)
     

  • Jangan guna kadar yang lebih tinggi dari yang disyorkan
     

  • Utamakan penggunaan racun perosak dalam kategori ketoksidan keracunan rendah iaitu dalam kumpulan Kelas IV.
     

  • Jika rawatan/semburan perlu diulangi, patuhi jadual kekerapan dan had maksium penggunaan racun perosak yang dibenarkan (selang-seli dengan penggunaan racun perosak yang mempunyai cara tindakan yang berbeza).
     

  • Penggunaan racun perosak hendaklah dihentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil berpandukan kepada Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH)
     

  • Patuhi tempoh dilarang masuk semula (Re-Entry Internaval)

Pakaian Keselamatan

  • Pakaian ladang ('overall' atau baju lengan panjang dan seluar panjang
  • Sarung tangan getah / nitril
  • Penutup kelapa / topi
  • Alat penutup mulut dan hidung
  • Cermin mata (goggle)
  • Pelindung muka (face shield)
  • Kasut but
  • Apron

Untuk mendapatkan senarai racun perosak berdaftar terkini, layarilah http://www.doa.gov.my/registered_pesticides/list.htm

 [ke Laman Utama]    [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:31:19 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.