RUMPAI BERBAHAYA

 

JENIS-JENIS RUMPAI YANG BERBAHAYA

  1. Cyperus papyrus

  2. Cyperus japonica

  3. Thalla dealbata

  4. Pennisetum setaceum

Rumpai-rumpai ini bukan berasal dari negara kita, tetapi adalah yang dibawa masuk ke negara ini dari negara luar.  Kesemua rumpai ini adalah dikategori sebagai rumpat 'invasive'.

 

Rumpai ini sangat menarik dan menjadi kegilaan kepada pengusaha landskap dan suri rumah dalam menghias halaman rumah dan kolam-kolam buatan, tetapi rumpai ini berisiko tinggi sebagai pesaing kepada tanam-tanaman. Ianya merupakan ancaman kepada industri pertanian, melalui penyebaran ke kawasan tanaman industri dan kawasan-kawasan pengairan tanaman padi.

 

Sekiranya berlaku penyebaran yang serius, hasil pengeluaran tanaman yang terlibat akan menurun dari segi kuantiti dan kualiti, disamping itu kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan untuk mengawal rumpai tersebut.  Rumpai-rumpai ini juga boleh menimbulkan masalah serius sekiranya bertapak di kawasan pertanian.  Penyebaran yang tidak sengaja ke kawasan pengairan akan menyekat pengaliran parit dan tali air serta menjadi ancaman kepada kawasan tanaman seperti padi.

 

 

Bagi mengelak dari tersebar dan mengancam tanaman, ia dilarang ditanam di mana-mana tempat atau premis termasuk taman-taman rekreasi di seluruh Malaysia.

 

Jika anda mempunyai maklumat atau mengetahui di mana terdapatnya rumpai ini, bolehlah mengambil tindakan menghapuskannya dengan menanam keseluruhan bahagian rumpai tiga kaki ke dalam tanah atau membakar selepas dikeringkan.

 

 [ke Laman Utama]      [ ke belakang ]



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
25 January 2010 05:32:22 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007-2010 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.