|
TEKNIK PENYEDIAAN SILAJ JAGUNG
Dipetik dari majalah Teknotani Ogos 1999
Pengenalan:
Silaj jagung ialah sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu dan
biri-biri. Ia dibuat daripada sisa-sisa tanaman jagung manis seperti
batang, daun dan putik jagung.
Pengeluaran dan penggunaan silaj
jagung dapat mengurangkan perbelanjaan membeli bahan makanan ternakan seperti
Palm Kernel Concentrate dan sangat sesuai dalam perladangan intergrasi seperti
menternak lembu cara fidlot dengan menanam jagung manis.
Kandungan Nutrien
Silaj
|
Perkara |
Silaj
Jagung (%) |
Rumput
P.Purpureum |
Bahan Kering
Protin Mentah
Gentian Mentah
Lemak Mentah
Fosforus
Kalsium
Tenaga Metabolisma |
23.3
8.2
33.8
1.6
0.22
0.46
5.86 mj/kg |
28.6% berat
basah
6.2% berat kering
38.1% berat kering
2.7% berat kering
0.14% berat kering
0.34% berat kering
5.94 mj/kg. |
Dari segi
kandungan nutrien, silaj mengandungi protin mentah dan 'metabolizable energy'
setanding dengan rumput lain (kandungan nutrien bagi sisa tanaman jagung manis
dikutip hasil 75 hari selepas ditanam berbanding dengan rumput P. purpureum yang
dikutip pada waktu yang sama).
Peralatan untuk membuat silaj jagung
Untuk memungut sisa pokok jagung
manis di ladang, ia boleh dilakukan secara manual atau mengguna jentera seperti
forage harvester dan treler. Sisa-sisa pokok jagung perlu dihancurkan atau
dicincang halus mengguna mesin shredder untuk membungkus sisa tanaman jagung
yang telah dihancurkan, alat-alat yang diperlukan ialah seperti berikut:-
-
Beg plastik
polletilina hitam berukuran 213 cm x 275 cm (84" x 108"),
tebal 0.18 mm dan muatan 600 kg.
-
Rangka kayu
berukuran 113 cm lebar empat segi x 122 cm tinggi.
-
Tali atau tiub
basikal untuk mengikat.
Tempat untuk
menyusun dan menyimpan beg silaj hendaklah dekat dengan kandang lembu supaya
senang diambil untuk diberi makan kepada lembu setiap hari.
Teknik
membuat silaj jagung
Pokok-pokok jagung dipotong pada umur
75 hari selepas menanam dan dikumpulkan. Pastikan pokok jagung tidak
kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung dapat dikekalkan.
Batang jagung dipotong dan diangkat secara manual dan dihancurkan dengan mesin
shredder atau dipotong dan dihancurkan dengan mesin forage haverster, kemudian
diangkut dengan treler.
Pokok jagung yang telah dihancurkan
dimasukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka kayu mudahalih yang
mudah dipasang dan mudah dibuka.
Pokok jagung yang telah dihancur ini
dipadatkan dengan cara memijak untuk mengurangkan ruang udara di dalam
beg.
Selepas beg plastik diisi dengan
penuh, beg diikatkan dengan tali atau tiub plastik dengan sempurna dan disimpan
sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.
Pastikan beg plastik tidak berlubang
bagi mengelakkan udara masuk dan ini boleh menyebabkan silaj rosak dan menjadi
kompos. Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk. Setiap
kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat dalam perlu dikeluarkan
dengan menekan beg sebelum diikat.
Hasil silaj jagung
Satu hektar jagung manis boleh
mengeluarkan 15-20 metrik tan silaj semusim pada kelembapan 70%. Jumlah
tersebut dapat menampung sebanyak 10 ekor lembu bagi tempoh dua hingga tiga
bulan. Berat silaj yang harus dibekalkan kepada seekor lembu setiap hari
ialah 10% daripada berat badan. Pemakanan daripada silaj biasa ditambah
dengan PKC tetapi kurang daripada biasa, iaitu 3% daripada berat badan.
Kos pengeluaran
silaj
Kos pengeluaran silaj dengan
menggunakan beg plastik hitam polietilena ialah RM43.00 setan atau 43 sen
sekilogram. |