Latar Belakang
Proses pembiakbakaan varieti baru tumbuhan memerlukan
pelaburan yang besar dari segi kewangan, masa, tenaga, ilmu serta kemahiran dan
teknologi yang lebih khusus. Varieti baru yang dicipta dengan mudahnya boleh
dieksploitasi oleh pihak ketiga. Oleh yang demikian, pemberikan hak
pembiakbaka bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pembiak baka untuk
memperolehi semula kos pelaburan mereka, bahkan mendapat ganjaran di atas usaha
inovatif dan kreativiti mereka.
Perjanjian TRIPS (WTQ) di bawah Artikel 27.3 (b) telah
mensyaratkan negara anggota menyediakan sistem perlindungan varieti tumbuhan
samada melalui paten atau sui generis yang efektif atau kombinasi
kedua-duanya. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PVBT) 2004,
merupakan sui generis yang telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah
berkuatkuasa pada 1 Julai 2004 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.
Objektif Perlindungan Varieti Baru
Tumbuhan
-
Memberi perlindungan
hak pembiak baka bagi varieti bru tumbuhan yang dicipta.
-
Memberi pengiktirafan
serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat
tempatan dan peribumi terhadap pewujudan varieti baru tumbuhan.
-
Menggalakkan
pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor
awam dan swasta.
Permohonan Yang
Layak
-
Pembiak baka
-
Majikan kepada pembiak
baka.
-
Pengganti dalam hak
milik pembiak baka
-
Petani, masyarakat
tempatan atau peribumi yang telah menjalankan fungsi pembiak baka.
-
Mana-mana kerajaan atau
badan berkanun yang telah menjalankan fungsi pembiak baka.
Kategori
Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka
Terdapat dua kategori pendaftaran varieti yang layak
diberikan hak pembiak baka:-
Kategori 1
: Seksyen 14 (1)
Pendaftaran varieti tumbuhan yang memenuhi kriteria baru, berlainan, seragam
dan stabil.
Kategori
2 : Seksyen 14 (2)
Pendaftaran varieti tumbuhan yang ditemui, dibangunkan dan dibiak oleh
petani, masyarakat tempatan atau peribumi yang memenuhi kriteria baru,
berlainan dan boleh dikenalpasti.
Kriteria-kriteria
Pendaftaran
Pendaftaran varieti baru tumbuhan perlulah memenuhi
kriteria-kriteria berikut:-
-
Nama Pengenalan:
Merupakan nama varieti tumbuhan yang hendak didaftarkan.
-
Baru:
Merupakan varieti tumbuhan yang belum dikomersilkan daripada tarikh pembelian
permohonan:
(a) di Malaysia :
lebih awal daripada satu tahun.
(b) di Negara Lain :
lebih awal daripada 4 tahun untuk tumbuhan
biasa dan 6 tahun bagi pokok dan tumbuhan jangka panjang
-
Berlainan:
Varieti tumbuhan yang menunjukkan ciri-ciri yang seragam pada setiap peringkat
pertumbuhannya.
-
Stabil:
Varieti tumbuhan yang menunjukkan ciri-ciri yang masih tidak berubah selepas
pembiakan berulang kali.
-
Boleh
Dikenalpasti:
Varieti tumbuhan yang boleh dibezakan daripada kumpulan tumbuhan yang lain dan
boleh dikenalpasti oleh mana-mana orang yang mahir dalam bidang berkaitan.
Kaedah Pemeriksaan
Sebelum sesuatu varieti baru tumbuhan dapat diluluskan
pendaftarannya, ia perlu melalui 2 peringkat pemeriksaan lain:-
-
Pemeriksaan Awal:
- nama pengenal varieti
- status baru varieti
Pemeriksaan
Teknikal:
- berlainan
- seragam
- stabil
- boleh dikenalpasti
Tempoh Hak
Perlindungan
Skop Hak Pembiak
Baka
Pembiak baka berhak untuk melakukan semua atau mana-mana
perbuatan berikut secara komersil:-
-
menghasilkan atau
menghasilkan semula
-
menyesuaikan untuk
tujuan pembiakan
-
menawarkan untuk jualan
-
memasarkan, termasuk
menjual
-
mengeksport
-
mengimport
-
menyimpan bahan bagi
maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (f).
Kesalahan dan denda
-
Memberikan
butir-butir yang palsu dan mengelirukan. Denda tidak melebihi RM20,000
atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
-
Melanggarkan terma
dan syarat dan penggunaan sampel tanpa kebenaran. Denda tidak melebihi
RM5,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

lembaga varieti
tumbuhan
Ahli lembaga:
-
Ketua Pengarah
Jabatan Pertanian - Pengerusi
-
Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
-
Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
-
Ketua Pengarah
Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)
-
Ketua Pengarah
Lembaga Koko Malaysia (LKM)
-
Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
-
Pengarah Pertanian
Sabah
-
Pengarah Pertanian
Sarawak
-
Wakil daripada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
-
Wakil daripada
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
-
Wakil daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
-
Wakil daripada
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Setiausaha lembaga:
-
Pengarah Bahagian
Kawalan Kualiti Tanaman
Perhatian:
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Seksyen Pendaftaran
Perlindungan Varieti Tumbuhan
Bahagian Kawalan
Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian
Aras 7, Wisma Tani,
Lot 4G2, Presint 4,
62632 Putrajaya.
Tel:
+603-88703448 Fax: 603-88887639