|
SISTEM
PENGAIRAN
UNTUK KEPERLUAN PERTANIAN
Pengenalan:
Pengairan
merupakan satu kaedah pembekalan air kepada tanah supaya tanah mendapat
kelembapan secukupnya bagi pertumbuhan pokok yang sempurna.
Jenis-jenis Sistem Pengairan
-
Pengairan Renjis
Dalam sistem pengairan renjis, air disembur ke udara dan jatuh ke permukaan bumi
menyerupai air hujan. Semburan terjadi oleh aliran air di bawah tekanan
melalui orifis kecil atau nozel. Tekanan diperolehi daripada operasi pam
air. Sesuai digunakan untuk tanaman sayuran dan tanaman kontan, di mana
kepadatan tanaman adalah tinggi. Pengairan renjis sesuai digunakan pada
keadaan berikut:-
- kawasan topografi yang tidak sekata
- kawasan tanaman kepadatan tinggi
- kawasan tanah curam
- kawasan yang baru dibuka di mana keperluan terhadap pengairan adalah segera.
-
Pengairan Titis
Pengairan titis merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman pada tempoh yang
lebih kerap mengikut kadar keperluan air bagi tanaman tersebut. Kecekapan
pengairan titis adalah tinggi dan boleh mencapai sehingga 90% atau lebih.
Berbanding dengan pengairan permukaan atau renjis, kadar kehilangan air menerusi
permukaan dan larian permukaan adalah minimum. Sesuai digunakan di kawasan
dusun buah-buahan di mana kepadatan tanaman adalah rendah. Juga digunakan
untuk tanaman sayuran secara fetigasi.
|
Kebaikan Sistem Renjis |
Kebaikan Sistem Titis |
|
|
- Penyebaran air yang seragam.
- Sesuai pada kebanyakan jenis tanah.
- Kaedah penyemburan air mengurangkan
berlakunya hakisan.
- Peralatan sistem boleh dipindah ke
ladang lain.
- Baja cecair dan racun kimia boleh
disebar melalui sistem pengairan ini.
|
- Menjimatkan tenaga.
- Menjimatkan penggunaan air.
- Meningkat kecekapan pembajaan.
- Baja cecair boleh disebarkan melalui
sistem ini (fertigasi)
- Meningkat tumbesaran pokok.
|
|
Kelemahan Sistem Renjis |
Kelemahan Sistem Titis |
|
|
- Sistem memerlukan kuasa tekanan yang
tinggi untuk operasi.
- Kos permulaan adalah tinggi.
- Kos operasi dan penyelenggaraan adalah
tinggi.
- Memerlukan pekerja yang mahir dan
berpengalaman untuk mengendali sistem.
- Angin kencang memberi kesan kepada
corak penyemburan air.
|
- Kepala penitis tersumbat.
- Penumpukan garam dalam zon akar.
|
|