|
Soalan-soalan di bawah ini
disunting daripada Emel Pegawai dan Webmaster serta dari Buku Pelawat laman ini. Jawapan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan adalah seperti berikut:-
-
Soalan:
Saya ingin tahu berapa keluasan tanah dan berapa batang pokok cili untuk
mendapat pendapatan RM 10,000.00 sebulan, Berapa modal yang di perlukan?
Jawapan:
Pendapatan Kasar:
Berdasarkan kepada hasil cili merah sebanyak 10,000 kg sehektar dan
harga purata RM2,000 sekilogram (1994), pendapatan kasar yang boleh
diperolehi ialah RM20,000.
Sila lihat Contoh Kiraan berikut (klik)!
-
Soalan:
Saya baru menanam cili secara kecilan masalahnya mengapa pangkal bunga
cili berwarna kuning lalu gugur apabila mengeluarkan putik buah dan daun
bertukar kepada tompok putih?
Jawapan:
Ini mungkin disebabkan oleh salah satu faktor berikut:-
a) Air tidak mencukupi ataupun tidak sesuai (kotor / tidak
bersih).
b) Struktur tanah yang kurang mempunyai organan / baja.
c) Terlalu lebih baja.
Sila hubungi Pejabat Pertanian yang terdekat untuk mendapatkan khidmat
nasihat.
-
Soalan:
a) Tolong berikan panduan membuat pisang.
b) Berapakah harga mesin potong pisang tersebut?
c) Bagaimana tak bagi pokok pisang tanduk patah bila berbuah?
Jawapan:
a)
Sertailah kursus membuat kerepek pisang yang dianjurkan oleh mana-mana badan (spt MARDI atau mana -mana penganjur).
b)
Kos keseluruhan pembinaan mesin penghiris pisang ini ialah RM1,700.00 dimana
kos bahan ialah RM1,300.00 dan kos upah sebanyak RM400.00
(ini adalah kos ciptaan pada tahun 1996). Untuk mendapatkan
kos sebenar puan bolehlah mendapatkan sebutharga dari mana-mana kedai
hardware yang membuat alat tersebut.
c) Pokok perlu disokong: Pokok yang condong perlu ditongkat dengan
kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah
tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.
-
Soalan:
Kenapa isi buah nangka yang saya tanam berbintik-bintik hitam?
Jawapan:
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-
Strusktur tanah:
- mungkin kekurangan organan
- terlebih iron / acidic
- Rawatan tanah perlu dilakukan sebelum menanam pokok
- Pembajaan: perlu pembajaan yang sesuai
- Musuh dan penyakit iaitu Kulat akar atau Virus
Perhatian:
- Sila rujuk panduan merawat tanah di
http://pertanianmjg.perak.gov.my/pulih_tanah.htm.
- Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Pertanian yang terdekat.
-
Soalan:
A'kum, saya adalah pengusaha cendawan tiram kelabu di Ayer Tawar, perak. saya
ingin bertanya jika pihak jabatan pertanian khususnya di daerah manjung
ada menawarkan apa2 khidmat nasihat berhubung cendawan tiram kelabu
samada aspek penyakit, teknik2 terbaru dan sebagainya.
Jawapan:
Anda dinasihatkan agar berhubung atau mendapatkan khidmat kepakaran mengenai
tanaman cendawan dan hal-hal yang berkaitan dengannya dari Pejabat
Pertanian Kawasan Sitiawan di talian 605-6919189 (Pejabat) Fax:
605-6919189 Emel:
isahashim@perak.gov.my atau
hadikamil@perak.gov.my
-
Soalan:
Saya berfikir untuk menanam aloe vera, boleh saya tahu tentang
potensinya dan harga pasaran?
Jawapan:
Untuk makluman, tiada pembelian secara runcit
buat masa sekarang. Pembelian adalah secara borong dan bekalan
memang tidak mencukupi. Sila berhubung dengan mana-mana kilang
yang ingin mendapatkan bekalan aloe vera.
-
Soalan:
Bagaimana nak mendapatkan bekalan kelapa pandan dan kelapa MAWA?
Jawapan:
Untuk makluman, tuan boleh menghubungi mana-mana penanam kelapa untuk mendapatkan bekalan kelapa pandan dan kelapa MAWA. Setakat ini
di Daerah Manjung terdapat Ladang Arcadia dan Ladang UIE yang membekalkan kelapa muda. Harga diladang adalah ditetapkan oleh pihak
ladang yang berkenaan dan bukannya dibawah kawalan Jabatan Pertanian. Sekian, terima kasih.
-
Soalan:
Assalamualaikum. Saya ingin mencari info cara menanam nanas serta tip2
berkaitan dgnnya. contohnya amalan sesetengah pekebun yg mencungkil
bunga untuk nanas josapine... apakah ianya kaedah yg betul? terima
kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam. Terima kasih kerana melayari laman web pejabat
kami. Untuk makluman tuan, pihak kami tidak pernah mendengar amalan
mencungkil bunga untuk nanas Josaphine atau sebarang varieti nanas yang
lain. Saya tidak pasti kenapa amalan itu dilakukan dan dimana lokasi
kawasan berkenaan.
Untuk pengetahuan tuan, buah nanas adalah terbentuk dari jambak bunga
nanas. Di setengah-tengah tempat, agen pendebungaan dilarang untuk
menghampiri kawasan penanaman nanas bagi mengelakkan berlakunya proses
pendebungaan pada tanaman ini. Ini adalah kerana, pendebungaan akan
menyebabkan pembentukkan biji dalam buah nanas. Ini akan merendahkan
kualiti buah nanas yang digunakan untuk diproses/dikaleng.
-
Soalan:
Buah jambu batu bertukar warna coklat dan pokoknya penuh dengan
benah. Bagaimanakah cara hendak mengatasinya?
Jawapan:
Buah jambu batu bertukar warna coklat, biasanya terjadi pada buah yang
masak. Warna coklat ini terjadi akibat penyakit reput perang yang
disebabkan oleh kulat Botryosphaeria ribis. Penyakit ini boleh
dikawal dengan menggunakan benomyl dan prochloraz. Apabila pokok
jambu batu penuh dengan benah (benah putih), disyorkan sembur dengan
deltamethrin, permethrin atau gamma-BHC. Sekiranya tidak dikawal,
benah ini akan mengundang kulapuk hitam. Benah putih dewasa dan
nimfanya menghisap cairan pokok khasnya di bawah permukaan daun dan
mengeluarkan manisan yang menyebabkan terjadinya kulapuk hitam.
Kulapuk ini akan merosakkan pokok lebih daripada benah putih itu
sendiri.
-
Soalan:
Pokok belimbing saya berumur 6 tahun dan bermasalah. Pokok
kerap mengeluarkan bunga, apabila sudah menjadi buah, ia akan busuk
sebelum buahnya membesar dan seterus buah tersebut gugur.
Jawapan:
Untuk mengelakkan buah belimbing gugur, semburkan racun serangga seperti
Malathion dan racun kulat seperti Benlate apabila buah mula berputik.
Selepas itu apabila umur buah 2-3 minggu, bungkus buah dengan beg kertas
(surat khabar) berukuran 30 cm x 20 cm untuk mengelakkan daripada
sengatan lalat buah kerana buah yang disengat akan gugur lebih cepat.
-
Soalan:
Saya menanam terung untuk kegunaan sendiri. Ia berbuah dengan
baik, tetapi kenapa buahnya cacat (kulit buah seakan-akan berkeruping
keras).
Jawapan:
Buah terung kelihatan berkarat dan menggerutu disebabkan oleh serangan
serangga kutu trips (sejenis serangga halus yang sukar dilihat dengan
mata kasar). Ia mampu merosakkan permukaan kulit buah terung
dengan mengikis dan menghisap cairan sel. Sel-sel kulit yang rosak
akan mati (kering dan berkeruping).
-
Soalan:
Kenapa buah cili yang saya tanam menjadi
lecuh, layu dan gugur?
Jawapan:
Buah cili busuk dan berair kemungkinan besar diserang oleh lalat
buah. Lalat dewasa biasanya akan meletakkan telur di lapisan bawah
permukaan kulit buah. Sejurus selepas menetas, ulat atau larva
akan mengorek masuk ke dalam buah dan memakan tisu buah. Akibatnya
buah menjadi berair, lembik, busuk dan gugur. Penjagaan dan
pemerhatian yang kerap amat perlu agar kerosakan tersebut dapat dikesan
lebih awal dan diberi kawalan sepatutnya.
-
Soalan:
Pokok bendi saya dijangkiti bintik-bintik hitam pada daunnya
dan pokok kacang panjang mengalami masalah yang sama iaitu bintik-bintik
hitam dan perang pada daun dan buah. Bagaimanakah cara untuk
mengatasinya dan apakah racun yang sesuai untuk penyakit ini?
Jawapan:
Bntik-bintik hitam pada daun bendi menandakan pokok tersebut telah
dijangkiti kulat. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur
racun kulat benomyl (Benlate), mancozeb-carbendazim (Delsene MX200) dan
chlorothalonil (Daconil 2787). Pokok kacang panjang juga telah
dijangkiti kulat. Oleh itu racun yang sesuai digunakan untuk
penyakit ini ialah mencozeb (Dithane M 45, Manzate 200).
-
Soalan:
Im a researcher from The University of Nottingham Malaysia Campus. I
will like to seek assistance from Ms regarding the Coffee Robusta seeds.
I will like to purchase some fresh Coffee Robusta seeds from Pejabat
Pertanian Daerah Manjung. The seeds will be used for research
purposes in the university.
Jawapan:
I'm so sorry because at this moment, we don't provide or sell any seeds or other
planting materials. But if I get any information regarding the coffee
Robusta seeds, I'll let you know. Or you could search from
http://www.agribazaar.com.my.
Thank you.
-
Soalan:
Di mana nak dapatkan galcon (timer) untuk memproses tauge ni?
Jawapan:
Bagi keluasan 20' x 20'. Anggaran kos (tidak
termasuk bangunan) adalah seperti berikut:-
|
- Tong: 40 biji @RM20.00
- Pengairan (lengkap)
- Timer (ada murah & mahal)
- Pam elektrik (5hp) |
=
=
=
= |
RM800.00
RM300.00
RM400.00
RM400.00 |
|
JUMLAH |
= |
RM2,000.00 |
SePTA ini
terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem pengairan, pelaras
masa Galcon (timer) dan tong penanaman. Set penyiraman tauge automatik
ini perlu ditempah dengan mana-mana pihak yang boleh menyediakannya.
Bagaimanapun, perbelanjaan bergantung kepada harga semasa.<\
Soalan:
Saya ingin mencari tanah pertanian untuk tanaman chili/terung di
kawasan Manjung atau Sitiawan. Saya ingin bertanya sekiranya pihak
jabatan pertanian Manjung ada kawasan pertanian untuk saya sewa. Saya
kini sedang mencari pekerjaan selepas syarikat tempat saya bekerja telah
habis kontrak.
Saya mohon andai pihak jabatan ada menyediakan kursus pertanian, khidmat
nasihat, seterusnya tanah atau tapak untuk saya memulakan hidup sebagai
usahawan tani. Bantuan dari pihak puan saya dahului dengan
jutaan terima kasih.
Jawapan:
Terima kasih kerana menghubungi kami. Untuk makluman tuan,
Jabatan Pertanian tidakmempunyai tanah-tanah untuk dimajukan sebagai tanah pertanian. Sebarang
permohonantanah boleh dirujuk kepada Pejabat Tanah. Namun demikian, sekiranya tuan
memerlukankhidmat nasihat, tuan boleh datang ke pejabat kami bila-bila masa sahaja.
Insyaallah, kami akan cuba membantu tuan sedaya upaya kami.
Soalan:
Adakah pihak PPDMJG ada menjual benih kelapa matag? Jika ada
bagaimana prosedur untuk membelinya dan berapa harga sepokok?
Jawapan:
Untuk makluman tuan, pejabat kami tidak menjual atau mengeluarkan anak kelapa matag. Tetapi
sekiranya tuan berminat untuk menanam kelapa pandan, tuan boleh
menghubung Pejabat Pertanian Komoditi Teluk Bharu. No. Tel: 05-6421100.
Harga sepokok RM4.00. Terima kasih.
Soalan:
Minta panduan cara mencegah penyakit belimbing, mangga dan jambu
batu
Jawapan:
(1) Belimbing:
Untuk mencegah penyakit belimbing sila layar laman kami di ruangan
http://pertanianmjg.perak.gov.my/pdf/belimbing.pdf (pakej
teknologi belimbing - muka surat 20 para 6. Pengurusan Makhluk Perosak).
Maklumat juga boleh diperolehi dari laman pejabat pertanian Sarawak di
http://www.doa.sarawak.gov.my/belimb.htm
(2) Mangga:
Sila dapatkan penerangannya di halaman kami:
di
http://pertanianmjg.perak.gov.my/pdf/mangga.pdf (pakej teknologi
mangga - muka surat 24).
(3) Jambu Batu:
Sila dapatkan penerangannya di halaman kami:
di
http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanamjambu.htm
(para: Kawalan musuh dan penyakit)
Soalan:
Bagaimanakah caranya saya ingin mendapatkan benih sawit yang berkualiti? Adakah bekalan benih sawit itu boleh diperolehi daripada
pejabat pertanian di perak? @ di Titi Gantong? Saya amat berminat untuk menyemai dan menanam anak pokok kelapa sawit.
Jawapan:
Untuk makluman tuan, Jabatan Pertanian tidak mengeluarkan anak benih pokok kelapa sawit. Sekiranya tuan
berminat, tuan boleh menghubungi Pejabat FELCRA atau FELDA yang berhampiran. Tuan juga boleh menghubungi Unit Bahagian Tanaman
seperti di bawah:-
Unit Bahan Tanaman FASSB,
PPP Tun Razak,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Telefon: 609-4717110 Fax: 609-4717010
Tuan juga boleh hubungi FELCRA Seberang Perak.
Sila layari laman web
FELCRA BERHAD PERAK (klik).
Soalan:
Saya mencari anak kelapa sawit berumur 5 - 8 bulan.. boleh bantu?
Jawapan:
Jabatan Pertanian tidak menyediakan / mengeluarkan anak kelapa sawit. Tuan boleh cuba berhubung pihak FELDA dan FELCRA bagi mendapatkan anak
pokok tersebut.
Soalan:
Saya ingin mengetahui teknik memproses minyak kelapa dara. Kalau ada
buku dijual berapa harga dan dimana boleh saya dapatkannya atau ingin
menyertai kursus anjuran jabatan pertanian mengenai perkara tersebut.
Jawapan:
Terdapat tiga teknik memproses minyak kelapa dara. Disertakan di
sini ketiga-tiga teknik tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan
mengikuti kursus memproses minyak kelapa dara yang dianjurkan oleh pihak
pertanian atau mana-mana badan swasta untuk mendapatkan kemahiran.
Sila pantau jadual kalendar / kursus kami sepanjang tahun di:-
Soalan:
Saya telah memajukan 2 permohonan kursus melalui Pej Pertanian
sitiawan iaitu
(1) kursus roti di manong dan (2) kursus sos di Selama.
Kedua-duanya tidak terpilih.
Apakah kriteria yang diperlukan untuk mengikuti kursus. Dalam borang
borang PLP saya adalah status Awam.
Jawapan:
Pemilihan peserta dibuat oleh Pejabat Pertanian Negeri Perak. Kuota peserta bagi setiap daerah di
Negeri Perak adalah seramai dua (2) orang sahaja. Untuk makluman lanjut, tuan boleh berhubung terus Ibu Pejabat di alamat seperti
berikut:-
Pengarah Pertanian
Pejabat Pertanian Negeri Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang
30632 Ipoh, Perak
Telefon:
605-2541999 / 2246176 / 2426177
Laman web:
http://pertanian.perak.gov.my
Soalan:
Saya minat untuk menceburi bidang pertanian tapi saya nak belajar di dalam institut pertanian susah dapat masuk ke
dalam institut pertanian ...ada tak kursus yang di jalankan?
Jawapan:
Sila lihat kalendar/jadual kursus yang
disediakan dalam laman web ini di alamat:-
http://pertanianmjg.perak.gov.my/kalendar.htm
|