TAMAN HIJAU STESMA


Pengenalan

Umum sedia maklum bahawa, STESMA merupakan sekolah aliran teknikal Elektrik dan Elektronik serta ICT sepenuhnya, namun ini bukanlah penghalang bagi warga STESMA untuk menghijau bumi.  Lantaran itu, wujudnya Taman Hijau STESMA sebagai bukti warga STESMA cintakan kehijauan alam semulajadi.

Taman Herba STESMA ini diusahakan oleh Guru dan Staf STESMA serta pelajar STESMA dari Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak.

Jawatankuasa Progam Bumi Hijau STESMA ini terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Guru Media dan Penyelaras Pusat Sumber, manakala ahli jawatankuasa terdiri dari guru-guru dan staf, pelajar serta semua pengawas pusat sumber SMTSM.  Matlamat utama projek ini adalah untuk mempromosi dan memperkembangkan pengetahuan tentang Sains Pertanian kepada warga sekolah.

objektif

  1. Menanam minat pelajar dan guru terhadap sains pertanian.
  2. Menambah pengetahuan tentang tanaman dan haiwan.
  3. Mempromosi tanaman yang ada di Taman Hijau


STRATEGI

Jadual waktu penjagaan Taman Hijau diperkenalkan supaya pelajar-pelajar daripada semua kelas Tingkat 4 dan 5 diberi tugasan untuk bekerja di Taman Hijau samada untuk membaja, mencabut rumput, mengemas ataupun memberi makanan kepada binatang ternakan.  Disamping itu, diadakan Minggu Pusat Sumber yang bertemakan Herba untuk tahun 2007.  Aktiviti-aktiviti dalam minggu ini termasuk pameran herba, lawatan ke Taman Herba Perak, demonstrasi memasak menggunakan herba, ceramah tentang penggunaan herba untuk kesihatan dan perubatan dan pertunjukan slaid jenis-jenis herba.  Pada masa yang sama satu laman web khas dibuat untuk mempromosi Taman Hijau Sekolah. Webmaster untuk laman ini merupakan bekas pelajar sekolah ini yang dengan sukarelanya menghulurkan bantuan untuk program ini. 

Aktiviti-aktiviti Taman Hijau dan juga maklumat tentang tanaman, sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan dan juga ternakan juga disiarkan dalam blog sekolah STESMA forever.  Alamat untuk laman hijau dan blog sekolah adalah seperti berikut:-

http://stesmaforever.blogspot.com

KETERANGAN PROJEK

Penglibatan pelajar dalam Progam Bumi Hijau di bahagian kepada dua kelas setiap bulan, setiap kelas akan bertugas selama 2 minggu.   Guru kelas adalah penyelia yang akan menyediakan jadual tugasan pelajar kelas masing-masing.  Penjagaan Taman Hijau pada masa cuti akan dikendalikan oleh Pengurus Projek, tukang kebun dan juga AJK dari kalangan staf Taman Hijau sekolah.

Pameran mempromosikan Taman Hijau telah dirasmikan pada 25 Julai 2007.   Bahan / sumber terdiri daripada pokok-pokok herba dan bunga, sayur-sayuran, ayam kampung, ikan, tanah, baja, alatan berkebun. Projek ini memperolehi sumber kewangan daripada wang SUWA sekolah.

BERITA BERGAMBAR

Sila klik untuk lihat gambar-gambar projek stesma
.

 
[Laman Utama]

 



Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:50:55 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.