Petikan : Panduan Mengenali
Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993
PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA
DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Untuk tujuan perancangan
pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu
klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan
kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan
agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.
Di Semenanjung Malaysia, unit
asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series).
Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah
berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut
keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah
dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah
diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk,
ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1).
Kumpulan tersebut adalah:-
Tanah yang terbentuk dari
batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.
Tanah yang terbentuk dari
batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.
Tanah yang terbentuk dari
aluvium lama.
Tanah laterit.
Tanah yang terbentuk dari
aluvium sungai terbaru.
Tanah yang terbentuk dari
aluvium sungai hampir tua.
Tanah BRIS (Beach Ridges
Interspersed with Swales)
Tanah asid sulfat dan
potensi asid sulfat.
Tanah lempung laut tidak
berasid sulfat.
Tanah organan (gambut)
cetek.
KUMPULAN 1:
Mengandungi tanah tetap
(sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan
metamorfik pada terain berombak ke curam.
KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan
berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke
curam.
KUMPULAN 3:
Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan
didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun
dan berombak.
KUMPULAN 4:
Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman. KUMPULAN 5: Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi
yang rendah. KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati
pada kedudukan yang agak tinggi.
KUMPULAN 7:
Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia. Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan
spodik dan bertekstur pasir.
KUMPULAN 8: Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat. KUMPULAN 9:
Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid
sulfat. KUMPULAN 10: Tanah organan cetek. KUMPULAN 11: Tanah organan yang sederhana dalam dan dalam.
Terdapat 5 kelas kesesuaian tanah dan beberapa subkelas.
Kelas kesesuaian tanah dikenalpasti melalui bilangan dan tahap keparahan bagi
halangan yang terdapat pada tanah tersebut. Subkelas pula menunjukkan ciri-ciri
halangan tanah dan dikenalpasti melalui 9 faktor halangan tanah seperti
kedalaman ke lapisan asid sulfat, kedalaman ke lapisan padat, saliran,
kecerunan, ketidakseimbangan nutrien, keberbatuan, ketebalan lapisan organan,
kemasinan dan struktur dan tekstur tanah. Kelima-lima kelas kesesuaian tanah
menggambarkan potensi tanah untuk pembangunan pertanian berdasarkan kepada
bilangan tanaman yang sesuai di tanam di dalam satu-satu kelas.
Kelas 1:
Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman.
Sesuai untuk kebanyakan tanaman. Dengan menggunakan pengurusan yang
sederhana sahaja, tanaman-tanaman tersebut dapat memberikan hasil yang lumayan.
Kelas 2:
Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertujmbuhan
tanaman. Kesesuaiannya kurang sedikit berbanding dengan tanah kelas 1.
Pengurusan yang sederhana diperlukan bagi mendapat hasil yang memuaskan.
Amalan pengurusan yang mudah termasuk kawalan hakisan serta kerja pengairan dan
saliran diperlukan.
Kelas 3:
Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman.
Hanya sesuai untuk beberapa tanaman sahaja. Pengurusan yang tinggi
diperlukan bagi membangun dan memulihkan tanah jenis ini untuk penghasilan
jangkamasa yang panjang. Amalan-amalan pengurusan tanah sepeti pengawalan
hakisan, pembajaan baja yang intensif, dan/atau kerja-kerja pengairan atau
saliran yang melibatkan perbelanjaan sederhana, adalah perlu.
Kelas 4:
Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada tumbuhan
tanaman. Sesuai untuk sedikit tanaman sahaja ataupun tanaman tertentu.
Pengurusan yang sangat tinggi diperlukan bagi mengekalkan penghasilan tanaman
yang sederhana dan berterusan. Kerja-kerja pemuliharaan tanah perlu diberi
sekiranya tanah ini akan digunakan bagi satu jangkamasa yang panjang.
Tanah kelas ini selalu terdapat pada rupabumi berbukit yang menjadi satu
halangan serius kepada penggunaan tanah untuk pembangunan tanah. Terdapat
juga tanah-tanah lain dalam kelas ini seperti tanah asid sulfat dan gambut.
Kelas 5:
Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada
pertumbuhan tanaman. Tanah di dalam kelas ini sangat kurang sesuai untuk
pertumbuhan tanaman. Adalah lebih baik jika tanah ini dibiar untuk
tumbuhan hutan sekiranya ia tidak digunakan untuk perbandaran, perlombongan dan
kuari.
Kelas
kesesuaian tanah pula dibahagikan kepada subkelas kesesuaian tanah berdasarkan
jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Berasaskan halangan-halangan
ini, subkelas
kesesuaian tanah akan menjadi panduan untuk penentuan kesesuaian tanaman,
pengurusan kesuburan dan pemuliharaan tanah. Perbezaan yang nyata antara kelas
kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah ialah kelas kesesuaian tanah
bergantung kepada bilangan dan tahap keparahan halangan tanah manakala subkelas
kesesuaian tanah menekankan kepada jenis dan tahap keparahan halangan tanah.
Apabila kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah disatukan, maklumat
mengenai bilangan, jenis dan tahap keparahan akan diperolehi. Sebagai contoh:
Siri Bungor yang mempunyai keupayaan pertukaran kation kurang daripada 10 cmol
(+) sekilogram tanah dan terletak di atas rupabumi beralun (2o-6o),
halangan-halangan tanah ini ialah:-
Oleh kerana siri tanah ini
mempunyai satu halangan sederhana, maka mengikut definisi, ianya dikelaskan
sebagai kelas kesesuaian tanah 2. Jenis halangan sederhana ialah ketidak
seimbangan nutrien. Halangan kecil ialah kecerunan.
PENENTUAN KESESUAIAN TANAMAN
Faktor-faktor utama yang
diambilkira untuk menentukan kesesuaian tanaman adalah iklim, tanah dan terain.
Penentuan kesesuaian tanaman yang berasaskan iklim dibuat dengan menggunakan
sistem “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” oleh MARDI. Manakala
penentuan kesesuaian tanaman dari segi tanah dan terain adalah berdasarkan
kepada sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia”
oleh Jabatan Pertanian. Tanaman yang didapati sesuai di sesuatu tempat dengan
“Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” akan ditentukan kesesuaian
mutamadnya dengan sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular
Malaysia”. Taraf kesesuaian tanaman dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-
Sesuai (Suitable): Tanah yang tidak
mempunyai sebarang halangan ataupun hanya sedikit penghalang terhadap
pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Penghasilan dapat diperbaiki dengan
pengurusan sederhana, contohnya: kesuburan tanah.
Sederhana Sesuai (Marginally
Suitable): Tanah yang
mempunyai beberapa halangan yang mungkin mendatangkan bahaya terhadap
penghasilan atau pertumbuhan tanaman. Input-input pengurusan yang tinggi
diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Contohnya: kawasan kurangsalir yang memerlukan sistem saliran untuk memperbaiki keadaan tanah.
Tidak Sesuai
(Unsuitable): Tanah yang mempunyai halangan-halangan merbahaya kepada pertumbuhan dan
penghasilan tanaman. Hasil yang memuaskan hanya mungkin diperolehi dengan
pengurusan yang tinggi. Contohnya: kawasan yang sangat curam ataupun selalu
ditenggelami air yang sukar disalirkan.
SIRI TANAH KUMPULAN 1:
Tanah terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi
Sifat-sifat
utama tanah:
Coklat tua (10YR 3/3); lempung; berstruktur blok subsegi, saiz sedang,
gred sederhana; peroi ke teguh mengikut kedalaman; sederhana dalam; salir;
terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation
10-15 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes tinggi; horizon diagnosis
argilik.
Halangan tanah:
Kedalaman ke lapisan padat:
sederhana.
Kecerunan: Sederhana hingga
sangat serius.
Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 20cG;
Terain berbukit : 3G(c); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
Taburan:
Kebayakan di sekitar kawasan Benta, Pahang.
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Kebayakan di sekitar Semenanjung Malaysia, terutama sekali di sekitar Tanah
Merah, Kelantan.
Sifat-sifat
utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke
coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil, berstruktur blok
subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat
di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+)
sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit
: 3G(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Kebayakan di kawasan bukit granit di semua negeri.
Sifat-sifat
utama tanah:
Merah kuning (5YR 5/6, 5/8) ke
kuning merah (5YR 6/6, 6/8, 7/6, 7/8); lempung berpasir kasar; berstruktur
blok subsegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana, peroi; sederhana
dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam keupayaan pertukaran
kation < 5 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon
diagnosis argilik.
Halangan
tanah:
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2cGn; Terain berbukit
: 3G(cn); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Kebayakan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di kawasan granit.
USDA
Soil Taxonomy:
Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO /
UNESCO Legend: Rhodic Ferralsol.
Sifat-sifat
utama tanah:
Coklat pekat (7.5YR 4/6,
5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi, saiz
halus, gred lemah; peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain
beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+)
sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan
tanah:
Saliran:
Serius
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain beralun : 3D(nt);
Terain berombak :
3D (Gnt); Terain berbukit
: 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di kawasan Jerangau, Terengganu dan Kulai, Johor.
SIRI KUANTAN
Klasifikasi
Tanah:
USDA Soil
Taxonomy:
Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO
Legend: Haplic Ferralsol.
Sifat-sifat
utama tanah:
Coklat tua (10YR 3/3); lempung
berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; peroi;
dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan
pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah;
horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Saliran:
Serius
Kecerunan:
Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain beralun : 3D(nt);
Terain berombak :
3D (Gnt); Terain berbukit
: 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Sifat-sifat
utama tanah:
Kuning buah zaitun (2.5YR 6/6,
6/8) ke coklat muda buah zaitun (2.5 YR 5/4, 5/6); lempung berlodak;
berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; teguh; dalam;
sederhana salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan
pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah;
horizon diagnosis kandik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2Gn;
Terain berbukit : 3G(n); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Sifat-sifat
utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6,
5/8) ke kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berat; berstruktur blok
subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam;
salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation
< 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis
kandik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2 Gnt; Terain
berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G.
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar kawasan Panchang, Pahang dan Kota Tinggi, Johor.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Mengganti dengan tanah tanpa batu.
- Lubang tanaman lebih besar dan dalam..
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar kawasan tengah dan selatan Johor.
Sifat-sifat
utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke
coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berpasir kasar; berstruktur blok
subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam
salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation
< 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis
argilik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain beralun: 2nt (G); Terain
berombak : 2Gnt; Terain berbukit: 3G(nt); Terain curam : 5G.
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Kebanyakan di kawasan granit di seluruh Semenanjung Malaysia.
SIRI
SEGAMAT
Klasifikasi
Tanah:
USDA Soil
Taxonomy:
Typic Hapludox, very fine kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO
Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat
utama tanah:
Merah tua (2.5YR 3/6) ke merah
kuning (5 YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok
subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir;
terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5
cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Kecil hingga sangat serius.
Saliran: Serius
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain beralun: 3D(nt); Terain
berombak : 3D(Gnt); Terain berbukit: 4DG(nt); Terain curam : 5G(D).
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar kawasan Segamat, Johor dan Kg. Awah, Temerloh, Pahang.
Sifat-sifat
utama tanah:
Coklat pekat (7.5 YR 4/6, 5/6,
5/8); lempung berat; berstruktur butir dan blok subsegi, saiz halus, gred
lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga ke berombak;
keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes
rendah; horizon diagnosis kandik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain beralun: 2Gn; Terain
berombak : 3G(nt)
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Kebanyakan di kawasan Senai, Johor.
SIRI
SUNGAI
MAS
Klasifikasi
Tanah:
USDA Soil
Taxonomy:
Haplic Hapludox, very fine kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO
Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat
utama tanah:
Merah tua (2.5YR 3/6); lempung
berat; berstruktur butir dan blok subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat
peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain berombak hingga curam;
keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes
rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan:
Sederhana hingga sangat serius.
Saliran: Serius
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 3D(Gnt);
Terain berbukit : 4D(nt); Terain curam : 5G(D)
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar kawasan Raub, Pahang dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sifat-sifat
utama tanah:
Kuning coklat
(10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung; berstruktur
blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi;
dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran
kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis
argilik.
Halangan Tanah
Kecerunan: Sederhana
hingga sangat halus
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2Gnt;
Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar Kota Tinggi, Johor, Bukit Tinggi, Pahang dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Sifat-sifat
utama tanah:
Merah kuning (5YR 4/6, 5/6, 5/8)
ke merah (2.5YR 4/6, 4/8, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur blok
subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam;
salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan pertukaran kation < 5
cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan Tanah
Kecerunan: Sederhana
hingga sangat halus
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kumpulan1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain berombak : 2Gnt;
Terain berbukit : 3D(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian
tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:
- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan
hakisan tanah.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:
Di sekitar Raub, Pahang dan Jeli, Kelantan.
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
09 July 2009 12:53:06 AM