Struktur Tanah
 

 

Petikan : Panduan Mengenali Siri-siri Tanah Utama di Semenanjung Malaysia terbitan Ogos 1993
 

PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA
DI SEMENANJUNG MALAYSIA

 

SIRI-SIRI TANAH KUMPULAN 6: 
Tanah terbentuk dari aluvium sungai hampir tua

 

SIRI BUKIT TUKU
 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy: 
    Plinthaquic Paleudult, fine loamy, kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Plinthic-Gleyic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); banyak arau kelabu (10YR 6/1) dan merah (2.5YR 4/6) dan plintit; lom  lempung berpasir halus, berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; tak sempurna ke agak tak sempurna salir; terdapat di terain yang rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes tinggi; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

 

     Kumpulan 6

  1. Saliran:  Sederhana.

  2. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.

  3. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana.

  4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata :  2dnt;            Terain beralun :  2dnt(G).

Kesesuaian tanaman: 
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:
- Kekalkan paras air pada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
- Membajak dan menggemburkan tanah bagi tanaman kontan.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

SIRI GONG CHENAK

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Plinthaquic Paleudult, clayey, kaolinitic isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Plinthic-Gleyic Acrisol

Sifat-sifat utama tanah:

Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); agak banyak arau coklat pekat (7.5YR 5/6, 5/8); dan merah kuning (5YR 5/6, 5/8), sedikit arau merah (2.5YR 4/6), plintit dan kelabu (10YR 6/1); lempong berpasir halus ke lempung; berstruktur blok bersegi, saiz halus hingga sedang, peroi; dalam; tak sempurna ke agak tak sempurna salir; terdapat lapisan terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

 

 

Kumpulan 6

Halangan tanah:

  1. Saliran:  Sederhana

  2. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.

  3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata:  2dn;    Terain beralun : 2dn(G)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:
- Kekalkan paras air pada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
- Membajak dan menggemburkan tanah bagi tanaman kontan.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI HALU
 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Duriudalf, fine loamy, mixed, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend:  Gleyic Lixisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kelabu muda (10YR 7/1, 7/2); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok bersegi ke subsegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana hingga kuat; agak teguh ke teguh; cetek; kurang salir ke agak kurang salir;  terdapat di terain rata  hingga beralun; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

 

 

Kumpulan 6

Halangan tanah:

  1. Kedalaman ke lapisan padat:  Serius ke sangat serius.

  2. Saliran:  Serius

  3. Kecerunan :  Tiada hingga kecil.

  4. Tekstur dan struktur:  Sederhana

  5. Ketidakseimbangan nutrien :  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata       : 4cd(nt), 5c(d)
Terain beralun :  4cd(bt); 5c(d)

Kesesuaian tanaman:
Padi, padang ragut, tanaman jangka pendek dan buah-buahan seperti pisang, pempelam dan lain-lain.

Pengurusan:
- Kekalkan paras air pada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
- Membajak dan menggemburkan tanah khusus lapisan keras bagi tanaman selain daripada padi.
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Teres hampir tua (subrecent terraces) di sekitar Lenggong, Perak, Padang Terap, Kedah dan Raub, Pahang.

 

 
 

SIRI HOLYROOD

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Kandiudult, fine, loamy,  kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lom lempung berpasir kasar; berstruktur blok subsegi, saiz halus, gred lemah; peroi; dalam; sederhana salir ke salir; terdapat di terain rata hinga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

 

Kumpulan 6

  1. Saliran:  Tiada hingga kecil

  2. Kecerunan:  Kecil

  3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

  4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata      :  2nt,  2nt(d)
Terain beralun:  2nt(G),  2nt(dG)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa, kelapa sawit, koko, getah, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:
- Pembajaan yang sempurna dan kerap.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di negeri hampir tua (subrecent terraces) di seluruh semenanjung Malaysia khususnya di negeri Johor, Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak.

 

 

SIRI HUTAN

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Plinthic Paleaquult, clayey, kaolinitic,  isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Gleyic-Ferric Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Kelabu cerah (10YR 7/1, 7/2); ke kelabu coklat cerah (10YR 6/2); banyak arau plintit merah (2.5YR 4/6); lempung; berstruktur blok bersegi ke subsegi, saiz sedang hingga kasar; gred sederhana; ke agak teguh; dalam; agak kurang salir;  terdapat di terain rata; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

 

Kumpulan 6

  1. Keadaan Semasa:
    Saliran:  Serius
    Tekstur dan struktur:  Sederhana
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana
     

  2. Setelah diadakan saliran:
    Saliran:  Sederhana
    Tekstur dan struktur:  Sederhana
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana

Kesesuaian tanaman:  Kelapa sawit, sagu, sayur-sayuran dan padi.
Selepas diadakan saliran:  Tanaman kekal dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

  1. Tanaman Padi:
    - bekalan air yang mencukupi.
    - ratakan tanah.
    - pembajaan yang sempurna.
     

  2. Tanaman selain daripada tanaman padi:
    - turunkan paras air kepada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
    - membajak dan menggembur tanah bagi tanaman kontan.
    - pembajaan yang sempurna.

Taburan:
Kebanyakan yang berhampiran dengan tanah laterit, khususnya di negeri Kedah.

 

 

SIRI KAMPUNG PUSU

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Aeric Plinthic Kandiaquult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Gleynic-Plinthic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Kelabu muda (10YR 7/1, 7/2); agak banyak arau kuning merah (7.5YR 5/6, 5/8); dan arau plintit (2.5YR 4/6); lempung; berstruktur blok bresegi ke subsegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana; teguh; dalam; agak kurang salir; terdapat di terain rata; keupayaan pertukaran kation < 5 (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

  1. Keadaan semasa:
    Saliran:  Serius
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana
    Tekstur dan struktur:  Sederhana.

 

Kumpulan 6

  1. Setelah diadakan saliran:
    Saliran:  Sederhana.
    Ketidakseimbngan nutrien:  Sederhana.
    Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Keadaan semasa            :  3d(nt)
Setelah diadakan saliran :  2dn

Kesesuaian tanaman:
Keadaan semasa:  Kelapa sawit, sagu, sayur-sayuran dan padi.
Setelah diadakan saliran:  Tanaman kekal dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

  1. Tanaman padi:
    - bekalan air yang mencukupi.
    - ratakan tanah.
    - pembajaan yang sempurna.
     

  2. Tanaman selain dari tanaman padi:
    - turunkan paras air kepada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
    - membajak dan menggembur tanah bagi tanaman kontan.
    - pembajaan yang sempurna.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 


SIRI KERAYONG
 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Plinthic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend:  Plinthic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kuning coklat (10YR 6/6, 5/8) agak banyak arau merah dan plintit (2.5YR 4/6, 4/8); lempung berlodak; berstruktur blok bersegi ke subsegi; saiz sedang; gred sederhana; peroi ke agak teguh; dalam; sederhana salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

Kumpulan 6

  1. Saliran:  Kecil

  2. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.

  3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata        :  2n(d)
Terain beralun  :  2n(dG)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa,  kelapa sawit, koko, getah, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Johor, Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak.

 


SIRI LUNAS
 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Kandiaquult, fine loamy,  kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Gleynic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kelabu muda (10YR 7/1, 7/2); sedikit arau kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) dan merah (10YR 4/6, 4/8); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; kurang salir; terdapat di terain rata; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

Kumpulan 6

  • Keadaan semasa:
    Saliran:  Serius
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana
    Tekstur dan struktur:  Sederhana.
     

  • Setelah diadakan saliran:
    Saliran:  Sederhana.
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana.
    Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Keadaan semasa            :  3d(nt)
Setelah diadakan saliran :  2dn

Kesesuaian tanaman:
Keadaan semasa:  Kelapa sawit, sagu, sayur-sayuran dan padi.
Setelah diadakan saliran:  Tanaman kekal dan tanaman jangka pendek.

  • Tanaman padi:
    - bekalan air yang mencukupi.
    - ratakan tanah.
    - pembajaan yang sempurna.
     

  • Tanaman selain dari tanaman padi:
    - turunkan paras air kepada 50-75 sm dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
    - membajak dan menggembur tanah bagi tanaman kontan.
    - pembajaan yang sempurna.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI NANGKA

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Hapludox, coarse loamy,  kalonlitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) lom berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz halus; gred lemah; sangat peroi ke peroi;; dalam; salir;  terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

 

Kumpulan 6

  1. Saliran:  Tiada hingga kecil.

  2. Kecerunan:  Tiada hingga kecil.

  3. Ketidakseimbangan nutrien:   Sederhana.

  4. Tekstur dan struktur:  Sederhana.

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata           : 3T(n).  3T(dn)
Terain beralun     :  3T(n)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa, kelapa sawit, koko, getah, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI RASAU

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Kandiudult, fine loamy, kaolinitic isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok bersegi; saiz halus; gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; tiada horizon kandik

Halangan tanah:
Saliran:  Tiada hingga kecil
Kecerunan:  Tiada hingga kecil.
Ketidakseimbangan nutrien:  Serius
Tekstur dan struktur:  Sederhana.

 

Kumpulan 6

 

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata        :  2nt
Terain beralun  :  2nt(G)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terrances) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI SOGOMANA

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Kandiaquult, clayey,  kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Gleyic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kelabu muda (10YR 7/1, 7/2) ke putih (10YR 8/1, 8/2); banyak arau kuning merah (5YR-7.5YR 6/6, 6/8, 7/6, 7/8) lempung berat; berstruktur blok dan prisma; saiz  kasar, gred sederhana ke kuat; lekit dan plastik; dalam; kurang ke agak kurang salir; terdapat di terain rata; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:

 

Kumpulan 6

  1. Keadaan semasa:
    Saliran:  Kecil
    Saliran:  Serius
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana
    Tekstur dan struktur: Serius
     

  2. Setelah diadakan saliran:
    Saliran:  Sederhana
    Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana
    Tekstur dan struktur:  Serius

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Keadaan semasa              : 4dt(n)
Setelah diadakan saliran   :  3t(dn)

Kesesuaian tanaman:
Keadaan semasa :  Sagu dan padi.
Keadaan setelah diadakan saliran :  Kelapa, kelapa sawit, pisang dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:

  1. Tanaman padi
    - bekalan air yang mencukupi.
    - ratakan tanah.
    - pembajaan yang sempurna.
     

  2. Tanaman selain daripada tanaman padi
    - turunkan paras air kepada 50-75 dari permukaan tanah dengan mengadakan sistem saliran.
    - membajak dan menggembur tanah bagi tanaman kontan.
    - pembajaan yang sempurna.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI TAWAR

 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Kanhapludult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berpasir kasar; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi;  dalam; salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation < 5cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.

Halangan tanah:
Kecerunan :  Tiada hingga kecil
Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana.
Tekstur dan struktur:  Sederhana.

 

Kumpulan 6

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata          : 2nt
Terain beralun    :  2nt(G)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.

Pengurusan:
- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

SIRI TEBOK
 

Klasifikasi Tanah:

  1. USDA Soil Taxonomy:
    Typic Paleudult, clayey,  kaolinitic, isohyperthermic.
     

  2. FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.

Sifat-sifat utama tanah:

Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain rata hingga beralun; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Halangan tanah:

 

Kumpulan 6

  1. Kecerunan:   Tiada hingga kecil.

  2. Ketidakseimbangan nutrien:  Sederhana

Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:
Terain rata        :  2n
Terain beralun  :  2n(G)

Kesesuaian tanaman:
Kelapa, kelapa sawit, koko, getah, buah-buahan dan tanaman jangka pendek. 

Pengurusan:

- Pembajaan yang sempurna.
- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan dan tanaman penutup bumi.
- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.
- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.

Taburan:
Terdapat di atas teres hampir tua (subrecent terraces) di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 [ke Laman Utama]       [ seterusnya ]


 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
10 February 2010 02:22:09 PM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.