BALER JERAMI PADI
Dipetik dari majalah Teknotani Bil. 2/2000
Membakar jerami
adalah amalan yang merugikan petani kerana jerami boleh dikutip dan diproses
menjadi bahan lain yang lebih bermanfaat seperti membuat kompos, bahan sungkupan
tanaman, tikar jerami untuk mencegah hakisan tanah di kawasan cerun bukit dan
juga sebagai bahan campuran makanan ternakan lembu dan kambing bagi menambahkan
pendapatan petani.
Memproses jerami padi menjadi kompos
memberi pendapatan yang lumayan. Secara kasarnya, setiap satu tan jerami
boleh menghasilkan kira-kira 0.5 tan kompos setelah diproses selama 3-4 bulan.
Dengan menganggarkan harga kompos sebanyak RM0.60 sekilogram dan jumlah jerami
kering yang dapat dikutip sehektar ialah 1.5 tan maka pendapatan tambahan yang
dapat diperolehi dari setiap hektar kawasan padi ialah kira-kira RM450.00.
Bagi mengatasi masalah ketiadaan
mesin yang sesuai untuk mekanisasi pengutipan jerami padi, sekumpulan pegawai
daripada Pusat Kejuruteraan Pertanian Telok Chengai, Kedah telah mengambil
inisiatif untuk merekacipta sebuah mesin baler jerami yang bersaiz sederhana,
berharga murah, praktikal dan sesuai dengan keadaan sawah tempatan.
Mesin yang dibangunkan ini dikelaskan
sebagai jenis round baler dan menggunakan metal rollers untuk menggulung jerami
yang dikutip. Konsep rekacipta ialah sesuai dengan keadaan sawah tempatan,
kos fabrikasi dan operasi yang murah dan mudah mendapat komponen gantian.
Baler Jerami tempatan ini mempunyai beberapa komponen utama yang terdiri
daripada:-
kerangka badan dan chassis, termasuk
3-point linkage
'baling rolers' untuk menggulung
jerami
'straw pickup' untuk mengutip jerami
di sawah
sistem transmisi terdiri daripada
shaft PTO dan Gear Box
Kebanyakan komponen mesin ini
diperbuat daripada keluli lembut iaiau dalam bentuk plate, flat bar, round bar,
channel dan angle. Bahagian-bahagian dan alat gantinya seperti bahagian
baling rollers, tinebar, chain drive dan sprocket boleh dibuat dan mudah
diperolehi daripada pembekal tempatan. Kos fabrikasi baler ialah RM24,000
seunit.
Baler jerami yang dihasilkan ini
disangkut pada traktor menggunakan 3-point linkage. Traktor dipandu di
sepanjang barisan jerami yang dituai oleh jentuai. Kuasa daripada injin
traktor disalurkan ke kotak gear melalui PTO drive. Kotak gear pula
memusingkan semua baling rollers & straw pickup melalui sistem chain dan
sprocket dan pulley & belt. Jerami padi dikutip dari sawah oleh
pengerakan tinebar yang flexible di bahagian straw pickup. Jerami
seterusnya dikaut masuk ke dalam baling chamber dengan bantuan strawguide dan
barguide. Proses pengulungan jerami di dalam chamber semakin
membesar dan mampat, seterusnya membentuk bandela jerami yang berbentuk
silinder.
Sebaik bandela jerami mampat di dalam
baling chamber, ianya akan diikat dengan menggunakan tali rafia biasa.
Tali dihulurkan dengan bantuan sistem pengikat tali (twine mechanism) ke
bahagian chamber secara perlahan-lahan. Apabila fail rafia mula membelit
bendela jerami, tali digerakkan dari kiri ke kanan dengan bantuan motor berkuasa
bateri sehingga membentuk lilitan yang sempurna. Tali kemudiannya
dipotong dengan sendiri oleh pisau yang terpasang pada sistem pengikat ini.
Faedah:

[ke Belakang] |