|
PENGURUSAN
TANAH BRIS
UNTUK PERTANIAN
Pengenalan:
BRIS adalah
singkatan dari perkataan "Beach Ridges Interspersed with Swales' iaitu tanah
endapan pasir laut yang terdapat di kawasan permatang pasir berselang seli
dengan paya dan selari dengan pantai. Tanah Bris dikategorikan sebagai
salah satu daripada tanah bermasalah kerana ciri-ciri fizikal dan kimia tanah
Bris memberi limitasi kepada pembangunan pertanian.
Di Malaysia,
terdapat sejumlah 21 siri tanah Bris iaitu Jambu, Rudua, Rhu Tapai,
Cherating, Chenering, Nibong, Nerus, Rusila, Baging, Pauh, Ular, Rompin.
Permatang, Melawi, Ibai, Beoh, Penaga, Bakong, Merchang, Fkri dan Kerpah.
Berdasarkan kepada siasatan tanah separuh lengkap, terdapat sejumlah 95,371
hektar tanah Bris di Semenanjung Malaysia sebahagian di Pantai Timur iaitu
Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ciri-ciri Fizikal Tanah Bris
-
Teksur berpasir,
peratusan pasir melebihi 90%
-
Keupayaan pegangan
air yang rendah
-
Peratus ruang
rongga tinggi (>1.3g/cm2)
Ciri-ciri Kimia Tanah bris
-
Kandungan bahan organik sangat
rendah
-
Kandungan karbon yang rendah (<1%)
kecuali pada lapisan spodik
-
Keupayaan pertukaran kation (CEC)
sangat rendah (<5 cmo(+)/kg tanah)
-
Kandungan zat pemakanan makro dan
mikro sangat rendah
-
Ketepusan bes adalah rendah
-
Kandungan ferum dan aluminium
tinggi menyebabkan pH tanah rendah
-
Kandungan ferum dalam air bawah
tanah tinggi (>1.0 ppm).
Cara Mengatasi Masalah Tanah Bris
Pemilihan Jenis Tanaman
Tanam-tanaman sesuai dan sederhana sesuai seperti tembakau, gajus, kelapa,
tembikai, sayuran, mangga, belimbing, nangka, roselle, limau dan pastura.
Mengguna Baja Pada Kadar Yang Tinggi
Baja diperlukan dalam kadar yang lebih tinggi daripada tanah biasa. Baja
diberi secara sedikit-sedikit tetapi kerap untuk mengurangkan kehilangan baja
melalui larut lesap. Menggunakan slow release fertilizer (bebas
nutrien secara perlahan) juga dapat membantu kehilangan baja melalui larut
lesap yang berlebihan.
Penggunaan baja Organik
Penggunaan baja organik seperti najis ternakan dan kompos untuk membaiki
struktur tanah supaya dapat meninggikan daya pegangan, menggalakkan aktiviti
mikroorganisma dan mengurangkan rongga pasir. Contoh: penggunaan
sisa baki kilang kelapa sawit seperti POME (palm oil mill effluent) ke dalam
tanah.
Sungkupan
Sungkupan boleh dilakukan dengan menggunakan jerami padi, lalang kering,
plastik silvershine dan seumpamanya. Faedah sungkupan:-
- mengelakkan kehilangan air dan nitrogen
- menyejukkan permukaan tanah
- mengurangkan pertumbuhan rumpai
- menjadi baja apabila reput
- meningkatkan bahan organik dalam tanah
- memperbaiki struktur tanah
Pengairan
Menggunakan sistem pengairan sprinkler atau drip untuk mengatasi kekurangan
air terutama di musim kemarau.
Tanaman Penutup Bumi
Tanaman kekacang penutup bumi dapat membantu mengawal suhu tanah terutama di
musim kemarau. Di samping itu ia juga dapat membantu menambahkan unsur
nitrogen ke dalam tanah.
Potensi Tanah Bris Untuk Pertanian
Walaupun terdapat beberapa masalah, tanah Bris masih berpotensi untuk pertanian.
Melalui sistem pengurusan yang baik serta amalan agronomi yang bersesuaian,
potensi untuk mengusahakan tanaman yang menguntungkan di tanah Bris adalah
terbuka luas.
|