Tanah terbiar adalah tanah yang mempunyai hakmilik yang tidak
diusahakan selama dua tahun berturut-turut atau lebih. Tanah tersebut
boleh dimajukan melalui projek:
Kawasan tumpuan pembangunan pertanian (ACDA)
Keluasan minima 30 hektar/projek.
Pembangunan tanah terbiar
Keluasan minima 10 hektar/projek.
Matlamat:
Penggunaan sumber tanah
secara optimum bagi meningkatkan keupayaan sektor pertanian dalam menghasilkan
bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan negara dan eksport.
Tujuan:
Membangunkan tanah terbiar menjadi tanah produktif dan memberi pulangan
kepada pengusaha.
Meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi memastikan bekalan yang
mencukupi serta berkualiti dan selamat dimakan untuk memenuhi keperluan
negara.
Melahirkan ramai usahawan tani komersil dengan mengeluarkan bahan
makanan untuk pasaran segar dan pemprosesan makanan bagi menggiatkan industri
asas tani.
Bantuan Amalan Teknologi:
Bantuan maksimum bernilai
RM20,000/hektar akan dipertimbangkan kepada setiap projek berdasarkan kepada
kertas kerja dan dokumen pemilikan tanah yang dikemukakan oleh peserta.
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Pengusaha individu, usahawan dan syarikat.
Peserta berminat serta mempunyai inisiatif serta berdaya saing.
Mengusahakan tanah sendiri atau sewa.
Keluasan minima tanah terbiar yang
ingin dibangunkan ialah 10 hektar.
Menyediakan kertas kerja yang lengkap.
Mempunyai dokumen pemilikan tanah yang lengkap (geran / surat kebenaran).
Peserta atau pekerja kepada pengusaha seboleh-bolehnya berada di kampung /
lokasi yang dipilih.
Cara Memohon Dan Kelulusan:
Permohonan melalui borang permohonan dan hendaklah dikemukakan kepada
Pejabat Pertanian Daerah beserta kertas kerja lengkap berkaitan projek yang
dirancang dan dokumen pemilikan tanah.
Kertas kerja perlu mempunyai maklumat asas peserta, maklumat lengkap
projek, kos yang disediakan sendiri dan yang dipohon serta kaedah pemasaran
hasil.
Kelulusan tertakluk kepada kertas kerja lengkap, dokumen pemilikan tanah,
siasatan kesesuaian tanah, lokasi dan peruntukan yang ada.
Jenis Tanaman dan Komoditi:
Projek ACDA:
Projek tanaman dan projek integrasi antara projek tanaman dengan projek ternak
air, ternakan haiwan dan industri asas tani (pemprosesan hasil projek).
Projek Pembangunan Tanah Terbiar
Tanaman singkat masa, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi
yang cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai pasaran.
Sebarang pertanyaan mengenai projek / program ini hendaklah berhubung terus
dengan Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.
Khas Untuk Pengunjung
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
25 January 2010 05:31:07 PM